Isnin, 27 Mei 2019

IFTAR di luar

Bulan puasa ni, kalau dapat Iftar di luar memang senyum sampai ke telinga lah.
Tak payah terkejar-kejar nak balik masak, dapat lebih rehat dan dapat lah lebihkan amal ibadah gitu.

So, last week ada beberapa kali Iftar di luar dan ada beberapa plan Iftar juga terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Iftar di Hotel Tenera. Ni under tempat kerja. Thank you office! Meriah food kat Tenera ni. Sebelum berbuka rasa nak makan semua tapi bila dah berbuka, tak termampu pun. Haha!

Sedap bubur lambuk dan sup daging Tenera. I makan tu je. Selection food banyak, tapi bila kau ada anak yang tak duduk diam, nak kejar masa solat lagi, so, just enjoy makanan seadanya lah.

While waiting waktu berbuka, bagi diorang buat coloring. Membantu juga lah bagi mereka diam. Tapi lepas berbuka, masing-masing macam terlebih gula.

Lepas Iftar, kami berterawih. Request satu bilik untuk berterawih bersama rakan pejabat dan ahli keluarga. Bagus Hotel Tenera ni, disediakan kelangkapan solat sangat lengkap. Ada selipar, kain sarung, kupiah, sejadah  dan telekung. Telekung SK lagi kau! Haha.

Berkesempatan juga beberapa kali berbuka di rumah Mertua. Time yang ni, berkolaborasi dengan MIL masak juadah berbuka. Walau simple, tapi puas hati dapat masak-masak sambil borak-borak dengan Mak mertua kat dapur. Bukan selalu dapat sembang walaupun rumah sekangkang kera je.

Iftar with International student. Bagi anak-anak rasa macam mana Iftar duduk makan bersila and bersyukur dengan apa aje makanan yang ada.

Yang ini Iftar di rumah tapi food dari luar. Thank you Mak Mertua. Gigih suruh along hantar my favorite food. Pecal! Mak mertua kalau buat pecal lawan dia ayam rempah kicap! Haishhh, sedapnya pecal! Rasa macam nak buat hari ni je tapi fikirkan renyah, terus malas =p

Support program kengkawan. Jom kita berbuka di masjid. Mami happy gantung kuali, anak-anak pun dapat pengalaman Iftar di masjid =)

2 ulasan:

  1. iftar di hotel biasa juga tp iftar di masjid belum pernah merasa..pernah tgk kwn setiap kali ramadhan mmg ari2 die iftar di masjid besi ..meriah juga tgk..wah hotel tenera siap telekung SK ye

    BalasPadam
  2. alhamdulilah.. seronok tengok. akak waktu anak2 kecik dulu berbuka di luar macam dah jadi keutamaan. tp lama2 macam realize that kami makan sikit tapi membayarnya macam tak berbaloi. perut kita kecik kan. now bila dah getting older ni i rasa seronok makan di rumah. tambahan akak mmg tak kerja ikut office hour like u. kalau tak, suka gak. hehehehe.

    BalasPadam