Dari sehari ke sehari I nak buat air resipi si Wahida ni, tapi tak juga buat-buat. Manjang tak cukup je bahannya. Daun pudina ada, lemon takda. Lemon ada, ais krim soda lak tak jumpa. Hai la hai.
Alhamdulillah, time Iftar dengan saudara-mara kat Melaka haritu, tercapai juga hasrat nak buat air ni. Since I tahu pakcik I, si tokey air, dah confirm air dia ada macam-macam jenis, so, air I tu I bancuh sebotol je lah. Konon I dan husband je lah nak merasa.
Tapi tak sangka betul, air yang I buat tu menjadi rebutan semua sampai tak laku air yang pakcik I buat. I dengan husband dapat minum seorang secawan je. Ampun lah pakcik ya sebab air tu jadi rebutan dan menewaskan 4 jenis air pakcik yang lainnya. Haha.
So, meh kita kongsi resipi air yang sedap dan jadi rebutan tu. Mudah nau-nau sangat nak membuatnya. Rasa pun sangat menyegarkan.
Bahan-bahan:
1 botol besar Air Ais krim soda
2 biji Lemon
Segenggam daun pudina
1 tin buah longan (airnya dibuang)
Cara-cara:
Campur semua bahan dalam satu juga. Kacau bagi sebati. Tunggu waktu berbuka. Minum dan nikmatinya. Mmmmmm so refreshing!
Selamat mencuba!
laaa....awat air longan tu ko buang? aku tuang sekali terus...sedap oiii!! haha..
BalasPadamanyway, tahniah kerana mencuba resepi air yg sedap nak matik ni...ekekek...
Aku taknak memanis nau, tu yg aku buang airnya
Padamkecur lak airliur bace resepi airnye...hahaha klau guna laici ok x??
BalasPadamBoleh je tukar ke buah laici. Janji suka dan sedap.
Padam