Setiap lantikan, dari sekecil-kecil jawatan atau jawatankuasa hingga ke sebesar-besarnya, semua ada peranan untuk dijayakan dan amanah yang perlu ditunaikan. Maka, laksanakanlah ia sebaik mungkin kerana lantikan adalah tanda kepercayaan dan ia menunjukkan keikhlasan kita dalam menunaikan arahan.
Haha.
Itu pendapat I lah. Untuk setiap jawatankuasa yang kita dilantik, dari sebagai Pengarah Program hatta penyambut tetamu je pun, semuanya perlu digalas dengan sebaik mungkin. Takda jawatan yang kecil, pincanglah si jawatan yang besar. Kedua-duanya saling melengkapi dan memerlukan. Dalam pada masa yang sama juga, melalui lantikan jawatankuasa ni, kita dapat banyak belajar banyak perkara dan benda.
Ingat lagi dulu, masa mula-mula masuk kerja, I selalu dilantik sebagai Penyambut Tetamu untuk program yang dianjurkan oleh company. Ada orang tak suka benda ni sebab rasa macam malaslah, apalah, nak kena sambut-sambut orang, nak kena senyum-senyum, manis-manis muka semua.
Tapi pada I, I suka ja. Malah, kalau dilihat dari lantikan itu, banyak benda yang kita boleh belajar sebenarnya. Belajar dan bulid rasa confident berhadapan dengan orang, belajar tentang jenis-jenis manusia, belajar tentang protokol dan macam-macam lagi lah.
Alhamdulillah, untuk orang yang masa kecilnya dahulu, pemalu yang amat, kalau orang datang je lari masuk rumah, kini hasil daripada selalu dilantik sebagai penyambut tetamu, dah boleh dah sekarang hadap orang datang dan tau je dah macam mana nak entertain tetamu kat rumah. Haha.
Menjadi gadis pentas juga bukanlah satu tugas yang semudah disangka. Ingat ianya sekadar angkat dulang bagi kat orang? Tidak ya. Walaupun nampak mudah, tetap ada protokol yang perlu dipatuhi. Ada step yang nak kena ingat lagi-lagi kalau yang datang adalah si raja-raja. Ada juga di mana nak kena gunakan tenaga jantan sepenuhnya sebab nak mengangkat hadiah yang besar dan berat macam rumah. Haha.
terus terang beb...aku macam ko..aku suka je jadi penyambut tetamu ni...
BalasPadammacam ko cakap tu lah, byk kita belajar dari situ...
tapi ko lagi hebat la...event yang melibatkan raja2...kelasss ko...
amboiii Che Ain kita ,kemainnn segakk lg =)
BalasPadamsihat Ain?
selamat berpuasa ye ;p