Isnin, 27 Julai 2015

Ais dan gula punca berat badan berlebihan.

Bulan puasa hari tu, try buat eksperimen. Kurangkan ais, dan cuba kurangkan gula. Tapi ada gak la terlajak sekali-sekala pi togok ais dan makan yang manis-manis. Nasi tetap makan, tapi kurangkan lah.

Kalau berbuka rumah mertua, bila mak suruh makan nasi, memang makan macam biasa ja sebab tak nak derhaka tapi balik, work out sesikit untuk hilangkan rasa bersalah ambil nasi berlebihan.

Result memang memberangsangkan. Haha. Sebulan dapat kurang 5 kilo.
Kemain senyum lebar time tu. Banggalah (baca perlahan-lahan, bangga, bukan bangla tau) konon.

Eloknya je 1 Syawal, beraya satu hari non-stop, belasah ais, air manis bergas, ketupat, rendang, lemang, segala mak nenek lemak, ambik kau, naik balik dua kilo dalam satu hari je.

T___T

Nak turun berat badan tu kan mainlah payah, nak naik, kemain, sekejapan je dia.

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang nak kurangkan berat badan, sila lah jangan sentuh ais dan sila kurangkan gula dalam air atau makanan. Memang membantu sangat.

=)


1 ulasan:

  1. Betul sangat setuju..ais tu pun melesukan juga..bagi yang sedang berusaha untuk turunkan perut atau turunkan berat badan..silalah berpantang ais dan manis manisan..

    BalasPadam