Isnin, 21 April 2014
Ketam bercili campak asparagus.
Bahan-bahan:
5 ekor ketam yang dibersihkan.
Segenggam cili kering, selabu bawang, dua ulas bawang putih diblender.
Asparagus ikut suka hati lah nak letak berapa banyak.
Dua batang serai, titikkan.
Sos cili ikut suka nak banyak mana.
Lada hitam ikut suka nak banyak mana.
Garam.
Gula ikut suka kalau nak manis letak, kalau tak nak tak payah letak.
Air asam jawa/perahan limau.
Cara masak:
1. Tumis bahan blender sampai pecah minyak.
2. Campak serai, campak sos cili, lada hitam, garam, air asam jawa dan gula. Gaul rata.
3. Campak ketam. Gaul mesra sampai ketam tukar warna.
4. Campak asparagus.
5. Kacau-kacau. Godek-godek. Siap dan hidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
masak untuk aku plak wehhhh
BalasPadamEleh, yang dia tu beli gajet masak kemain macam-macam, lepas tu request aku masakkan lak.
Padamitu masak simple2 aje. takde lagi ketam dimasak guna gejet. hahahhaa
BalasPadamxdpt nk bayangkan sos cili kne campak. kahkahh
BalasPadamtp nangis gak la tgk gmbr ni, huwaaaaaaaaaa....