Rabu, 2 April 2014

Cinta hati, selamat hari jadi!

Semua gambar kredit to FB Azreen Jamian. Maaflah, kita curi gambar awak tau. :P

Dear my cinta hati,
Terima kasih kerana sudi menjadi:

1. Ex-boyfriend yang memahami serta sot ba ro,
2. Ex-tunang yang gagah menghadapi pelbagai dugaan alam pertunangan,
3. Suami yang sentiasa di sisi baik ketika bangun tidur, pergi kerja, balik kerja, menonton tv, teman pergi kencing di malam hari, susah, senang, sedih, gumbira serta lain-lain lagi hahaha,
4. Imam yang sentiasa membimbing ke jalan yang lughuihhh,
5. Daddy, si warrior yang disanjungi Iman Raneeya dan Iman Reezqy,
6. Partner untuk segala aktiviti hinggalah sekadar melayan I berselfie,
7. Menantu yang bertimbang rasa dan baik budi,
8. Abang Long kepada Ikin, Wan dan Amy,
9. Anak, adik dan pakcik buah yang sentiasa menghormati dan menyayangi mak, abah, abang, kakak-kakak dan anak buah-buahan,
10. Pemujuk yang tak pernah jemu merangka pelbagai teknik dan cara menambat hati ratunya,
11. Die-hard supporter tukang memekak sakit telinga suruh isterinya kurus semula,
12. dan lain-lain lagi yang tak dinyatakan di sini.

TERIMA KASIH.

Terima kasih daun keladi,
Semoga Tuhan membalas segala budi.

Terima kasih daun keladi,
Eh, selamat hari jadi my cinta hati, my suami.

Terima kasih daun keladi,
Shut your mouth! jangan gatal menghela sibuk NAK KAWIN LAGI. *aku pang kanggg!

Terima kasih daun keladi,
Sila pastikan rambut sentiasa pacak kacak tegak berdiri.

Terima kasih daun keladi,
Mummycantik, Iman dan Reezqy lebbiu Daddy!

Terima kasih daun keladi,
Semoga semua yang dirancang dan dihajati dapat dikecapi.

Amin.
=)

1 ulasan: