Khamis, 24 April 2014

Throwback Thursday: Birthday celebration & cousin's wedding.

Sebelum gambar dalam handphone ni I delete, meh la kita mengenang balik peristiwa-peristiwa yang dah berlalu haritu. Haha.

Surprise birthday for Faruq & Nur. Dua-dua sambut birthday 28 Feb, so kita bagi kejutan lah kat diorang. Hopefully diorang happy.

Birthday bos kecik dan En. Rejab jatuh bulan Mac. Ni surprise juga, tapi tak berapa nak surprise sebab adik kedai tu kantoi kan. Boleh pula dia cakap takde peti ais nak simpan kek. Adoiiiaiii. Lepas tu time sambut ni, bos kecik Puan Aina siap keluar air mata sebab Faruq paksa dia pakai topi tu. Haha. Ampun ye puann, bukan saya yang suruh ea, tu memang idea Faruq. Nanti jangan kenakan saya pulak :p

Birthday Mac babies kami sambut kat Watie Corner. Lauk-lauk kat sini memang sedap. Tengok lauk kuning piring yang tengah tu? Ikan tenggiri masak tempoyak wehh. Nangis makan sebab sedap.

Sebelum Iman Reezqy demam panjang haritu, end of March bawa dia pergi gunting rambut. Even daddy dia tak bagi, I berkeras juga nak bawa sebab nak bagi dia nampak macam boboy sikit lepas tu nak pacakkan rambut dia. Haha.

28 Mac 2014, cousin's Azreen menikah. So, cuti lah kita dah berkampunglah kami kat Masjid Shah Alam pagi tu.

Azreen sibuk nak cari baju time ni konon nak ikut tema hijau. I cakap tak payah. Kita pakai baju raya sudah. Sibuk  nak cari  baju, macam dia pula yang nak menikah haihhh!

Time majlis nikah ni juga, kebetulan ada rombongan dari Korea datang melawat masjid dan nak tumpang bergambar. SIL dan Makcik Azreen kong ajaq siap cakap kat diorang, I ni pun orang Korea juga masuk Islam. Haha. Mungoks.

Menantu. Kakak Ipar. Makcik bongsu.

Sabtunya pula, Majlis Resepsi Perempuan kat Dewang Gemilang, Klana Jaya.

Family potrait.

Trending: Monopos a.k.a MONOPOD. Haha.

My hereos with pacak hair style. Handsome!

Tengok si kakak. Hangin je I dengan dia ni. Tak pernah nak semenggahnya  rupa sekarang ni kalau nak ambil gambar dia.

See, dia kembungkan pipi pulakk!

With Azreen's cousins, the pelamin, the decos and cake. Eh, cake sponsor dari Dewan Gemilang ni, I tengok sepesen je semua lah :p

Ahad, kita mengadap Majlis Bertandang pulak. Hambikkk, terus kena buat persembahan satu keluarga.

Again, my handsome hereos :) Yang kenit tu, bagi gajet, diamlah dia.

SIL dengan baby Athira, FIL dan MIL. Ikut tema sangat, GO GO GREEN!

Kami bertiga, sebab Daddy tukang snap gambar.

1 ulasan: