Alhamdulillah, lepas dua minggu berperang dengan demam, jarum, nurse dan doktor, bermandi muntah termasuk Mummy sekali, kena rendam dalam air jam dua tiga pagi, bertukar diaper dua tiga jam sekali sebab asyik tercirit, Iman Reezqy nampaknya macam dah sembuh. Nak kata sembuh sepenuhnya tu tak berani la lagi, tapi dua hari yang lepas ni, tidur I ada jugalah kedengaran dengkurannya. Itu menandakan, Mummy dah boleh tidur lena sikit lah. Haha.
Pengalaman Iman Reezqy demam dua minggu ini memang sangat menakutkan I sampai satu tahap I bermohon pada Dia, Ya Allah Ya Tuhankan, jangalah kau ambil dia lagi dari aku. Sembuhkanlah penyakit dia, janganlah kau uji Dia macam tu sekali =,( Sampai tahap macam tu sekali. Sekuat-kuat I, bila tengok anak lembik macam tu, tak dapat nak membantu kurangkan sakit dia, I nangis juga sebab dah tak tertahan lagi.
Time duduk hospital lak, kalau boleh, I nak bawa lari je Reezqy time nurse dan doktor tak perasan. Rasa macam tersiksa sangat Reezqy lagi-lagi bila time ambil darah. Dari luar bilik tu, I tahan rasa je bila dengar dia meraung sampai hilang suara. Lagi jadi hiba, bila lepas ambil darah dia tersedu-sedu tengok muka kita.
Time dia demam haritu juga, I rasa macam kesian je kat dia sebab tengah-tengah pagi buta, I paksa, I mandikan dia sebab even dah pakai cool fever, dah basahkan badan dia, panas tak juga surut-surut. Memang meraung sakan dia, tapi sebab I takut jadi benda tak baik kat dia, takut sawan ke sebab badan panas sangat, I tetap rendam dia dalam air even dia meraung-raung kesejukan. Demi kebaikan ko dik, mahapkan lah Mummy sebab layanan Mummy time tu memang nampak macam mak tiri je.
Paling kesian masa dia demam dua minggu lepas, bila susu, bubur semua tak boleh ditelan. Banyak mana yang masuk, banyak tu juga yang keluar. Tak keluar ikut mulut, keluar ikut bontot. Memang terlepek lah mamat tu. I sendiri tak usah cakaplah, memang dah jadi BFF dengan muntah dah. Mandi air dengan mandi muntah dah sama taraf je dah. Sedih sangat bila melihatkan Reezqy yang terlepek tak bermaya, tak aktif macam biasa. Badan tak terima susu dan makanan kan, memang tak berdaya lah.
Siap masa Iman Reezqy demam, I memang minta pada Tuhan, bagi sakit dia tu pada I. Biar I yang tanggung. Memang mendapat lah kau kan tapi satu setengah hari jelah Tuhan bagi rasa. Memang time I sakit tu, si Reezqy sihat walafiat terus dapat keluar wad. Hazab juga I menghadap bila asyik muntah siap tidur pun tercirit sampai kena pinjam underwear MIL sebab underwear sendiri habis kena cirit. MIL I siap cakap, I ni pregnant kot sebab muntah-muntah tu. Haha. Tapi tak pregnant pun.
Elok je I sihat, lepas tu Reezqy demam balik. Berpanjangan balik panasnya sampai satu tahap Doktor issue surat lagi suruh masuk wad since si Reezqy ni ada masalah platlet darah. Time ni jugalah, Ibu I suruh balik kampung, kita ikhtiar cari air penawar lak. Alamdulillah, dapat air penawarnya, bagi minum dan dimandikan. Abah pun siap baca-baca kan madu dan telur ayam kampung bagi Reezqy makan. Lepas je try ikhtiar cara kampung, dengan izin Dia, terus keluar semua merah-merah dari badan Reezqy. Bila refer Doktor, dia kata campak.
Kesian ko dik, macam-macam ko kena hadap, last-last yang keluar campak je. Haha. Takpelah, sakit tu kan kifarah dosa dik. Harapnya, lepas ni, takdelah nak kena hadap macam ni lagi. Mummy doakan lepas sembuh ni, adik terus tambah skill berjalan je dah. Yang penting, lepas adik sihat, hujung bulan ni kita potong kek ye dik.
Lega hati Mummy adik dah sihat dan aktif macam biasa. Dan, selepas Iman Reezqy sihat ni, Mummy kenalah tunaikan nazar Mummy untuk berpuasa deret seminggu sebab itu nazar Mummy pada Dia kalau Iman Reezqy sihat seperti sedia kala.
bila anak sakit, orang yang paling risau adalah ibu kan. moga anak-anak kita sentiasa diberi kesihatan & kesejahteraan.
BalasPadamAlhamdulillah reezky dah sihat.. Insyaallah sihat smpai bila2..
BalasPadamsame la mcm eshan dulu, nak masuk umur setahun je 2 kali warded..
kesian time ambik darah kan dah la kite duduk luar, tah mcm mane la doc duk godek tangan dgn kaki anak kite tu..
aritu siap sy masuk bilik ambik darah tu tak tahan dgr eshan nangis nak dekat sejam kat bilik tu.. sy kate " doc, boleh bagi anak sy tu kejap tak, sian die berpeluh2 nangis, nanti bile dah ok sy bg anak sy balik"... sob sob..
tp tu semua pengalaman.. :)
nasib dah sembuh yek. haaa mummy tunaikan tanggungjawab yekk ;))
BalasPadami pun penah ada pengalaman mcm ni smpai cuti abis tepakse cuti separuh gaji... be strong k
BalasPadam