Sebelum ni, setiap kali lepas daki Bukit Broga, tiada keinginan nak singgah pun kat Rabbit Fun Land tu, tapi lepas
Lieyalatif post time dia sekeluarga pergi haritu, terus ada rasa nak pergi. Lagi-lagi sebab Iman Reezqy suka nau tengok binatang, maka haruslah kita terjah tempat tu.
Lokasi Rabbit Fun Land (RFL) ni berdepan dengan parking Bukti Broga je ye kawan-kawan dan bayaran masuk hanya RM5.
|
Masuk-masuk je tempat ni korang akan jumpa jambatan gantung kontot ni, so boleh lah kita abadikan kenangan di sini. |
|
Raneeya cakap: Tak malu ke Mummy ambil gambar peluk-peluk Daddy? Haishh, tu rapat la Iman Raneeya bukan peluk! |
|
Banner: The largest rabbit farm in Malaysia kataaaaanyee. Haha. |
|
Poloh-poloh budak dua ketul ni meneroka kawasan. |
|
Tengok muka Reezqy: eeee geramnye aku dgn rabbit ni! |
|
The black and white rabbit. |
|
Iman Reezqy memang suka datang sini. Nampak rabbit je dia kata yawwwwww (ingat kucing lettew) |
|
Masuk ke sini, silalah beli carrot yang dijual. Seplastik RM5. Lepas tu suaplah segala binatang dalam ni sebab semua binatang makan carrot. |
|
Rusa pun makan carrot. |
|
Kambing pun, makan carrot juga. Patutlah slim uols. |
|
Rabbit ni takdelah jinak mana pun. Cuma kalau kita sua carrot dia datang, tapi kalau nak tangkap dia lari. |
|
Cubaan Iman Raneeya nak suap rabbit. Tu bukan suap, tapi lebih pada mencampak. |
|
Muka cheeky je nak pi kejar rabbit. |
|
Sebelum balik ambil gambar sekeluarga kat sini. |
|
RFL ni tepi jalan je. So agak-agak korang tak nak membazir RM5, sila tengok dari luar je lah. |
|
Dah selesai tengok semua binatang yang ada lebih kurang 10 jenis kat sini, maka meh la kita pulang. |
Lepas ni nak try bawa budak dua ketol ke Farm in the City kat Seri Kembangan tu pulak.
besttttttttt ;))
BalasPadam