04 Disember 2014

Zoo Melaka, again and again! Haha.

Tah kali ke berapa tah pergi Zoo Melaka ni. Haha.
Tiap kali balik Melaka, bila husband tanya nak bawa budak-budak pergi mana, tu jelah jawapan I. Tak pergi pantai, pergi Zoo Melaka.

Tempat lain tak terfikir langsung nak pergi. Mungkin sebab stage Iman Raneeya dan Iman Reezqy sekarang yang sukakan binatang, terus jangkit dengan mak sama asyiklah nak pergi zoo. Nasib korang lah nak oii.

Pagi-pagi lepas breakfast kat rumah Ibu, terus keluar. Adik happy faces je sebab dapat naik kereta. Kakak sokmo gitu lah. Kalau suruh senyum, sibuk nak jelir lidah.



Entrance fees. Ramai yang kata harga dah naik. Iyalah kot agaknya.

Time beli tiket dia bagi maps ni sekali supaya kita takkan sesat dalam zoo.

Masuk je dalam zoo, binatang pertama yang korang akan nampak ialah burung kakak tua hinggap di jendela..

Jangan haraplah kan I nak jalan. Maka, meh kita naik tram je. Bayaran, RM5. Tak kira dewasa ke kanak-kanak, siapa yang letak bontot di seat, memang kena bayar RM5.

Lepas dah turun dari tram, husband ajak tengok Bird Show, maka meh la kita berjalan sikit ke amphitheater.

Best juga tengok Bird Show ni, tapi keadaan yang panas dan bersesak buat kanak-kanak jadi tak selesa.


Tengok adik baju belang tu. Dia pegang RM10, burung datang collect duit dari tangan dia. Bijak betul burung tu. Pandai pilih warna duit. Haha.


Budak-budak, bawalah diorang pergi mana pun, tengoklah apa pun, playground tetap pilihan nombor satu.

Ok, dah lecak ketiak mengharung panas dalam zoo, maka, jom lah balik.

Seperti biasa, family potrait sebagai kenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan