|
8 years and still counting!
Marriage, lets you annoy one SPECIAL person for the rest of your life.
Haha! |
Mostly yang single, selalu bersedih, selalu rasa down bila lambat bertemu jodoh. Lagi-lagi bila menerima soalan cepu emas daripada makcik bawang, lagilah kesedihan bertambah-tambah terus kemurungan. Dah kemurungan, tu yang pi bawa diri ke Pulau Perhentian, menyelam tengok ikan-ikan hari hari dengan harapan, time menyelam tu nanti akan bertemu jodoh dengan abang pilot yang membawa hati yang lara juga kat sana. Kah kah kah! Life is not a drama swasta TV3 ya Ain!
Yes, I salah seorangnya macam tu dulu.
Bila ingat balik, gelak sorang-sorang je lah.
Punyalah sampai ke Pulau Perhentian, tak dapat abang pilot, kot la jodoh orang Pantai Timur, sekali jodoh satu kampeni aje nye punnnn. =p
Aturan Allah, yang sekangkang kera juga jadi jodoh kita.
Nak kahwin, iya Allah tunaikan.
Plinggg, Aku bagi Kau kahwin. Hambikk.
Bila dapat berkahwin, iya, rasa happy sangat. Bahagia sebab dah ada orang sayang. Bahagia sebab tidur malam dah berteman. Bahagialah, kau tengok muka kau, aku tengok muka kau dan lain-lain lagi.
Bahagia itu memang point utama la, tetap perlu diingat, bukan hari-hari ya bahagia manis macam gula sepertimana dalam drama adik kakak semua.
Sebulan sekali pun belum tentu lagi. Punya sibuk dengan macam-macam hal rumahtangga, kadang tu tak sedar pun eh, dah sebulan berlalu, eh dah setahun, eh, anniversary, eh eh eh!
Lepas dah beberapa tahun kahwin, ditambah pula anak berderet yang masing-masing sedang nak membesar dengan pelbagai ragam dan perangai. Ya Tohan, baru sekarang faham, apa yang mak bapak kita rasa dulu!
Maka bermula lah cerita,
Bahagia itu ada la, tapi sometime kau rasa, sometime, cabaran dan dugaan dia, Allah saja yang tahu segalanya. Phewwww!
Yang penting, pandai-pandai lah kau adjust sini sana, sebab bahagia dan BAHAGIAN kau, kau saja yang dapat rasa dan alaminya.
Eh, kang ada pula makcik bawang kata I ni tak bersyukur.
Dah Allah bagi kahwin, merungut lak dia.
No, bukan merungut, cuma berkongsi rasa je.
Tak semua indah seperti yang kita sangka.
Tapi tak semua juga teruk, ada juga manis terselit dalam yang pahit.
Yang penting, ingat satu je,
Kalau kau rasa hidup kau tak best, ada orang lain lagi yang hidup dia tak berapa best, malah jauh lebih teruk dari kau.
Kalau kau rasa hidup kau bahagia, ada orang lain yang lain double triple bahagia dari kita.
Cuma, yang bahagia jangan terlalu mendabik dada, kang tersembam terus rasa seperti acah-acah dalam neraka.
Yang kurang bahagia,
chill, Allah jadikan semua bersebab, Dia sahaja yang tahu segalaNya.
Insha Allah, nanti semuanya akan baik-baik saja.
Hidup ni tiada yang sempurna.
Ketaksempurnaan itu kalau kita lihat sedalamnya, sebenarnya itulah yang melengkapkan hidup kita.
Selamat ulangtahun kelapan hidup bersama-sama Azreen.
Terima kasih kerana sentiasa melengkap dan menutup keTAKSEMPURNAan saya.
Umur kami sebaya. Nak panggil abang macam tak kena gaya.
Rasa dia tua lak.
Dulu panggil B, dah semua anak pun ngikut panggil B.
I B, dorang pun B, I tukar D. Pun, diorang panggil D.
Mami panggil D.
D.. meh makan.
D.. abang nak berak.
D...
Haha. Hailah anak!
Nak panggil dear macam adik nombor dua panggil suami dia,
Nanti Reezqy tanya lak,
kenapa makngah panggil pakngah dear. Dear tu rusa kan mami.
Haha.
Korang ni, dah besar nanti korang paham lah anak-anak oi!
Dah lapan tahun kan, dah tak tahu nak cakap apa dah.
Tapi, tak cakap pun, I tahu you faham semua. You tahu apa yang I rasa. Agaknya lah kot.
I jeling je pun you dah faham, apatah lagi kalau I diam tak bersuara, you sendiri faham tu signal apa kennnn?
Dah lapan tahun, anak pun dah tiga.
Masing-masing dah tahu peranan sendiri.
Part dapur siapa, part sistem kumbahan siapa!
Kita struggle pergi dan balik kerja sebab rumah jauh, dengan berantakan dalam kereta lagi, dengan Mami pagi-pagi jadi monster lagi, dengan ragam anak lagi, and the list goes down dengan pelbagai rutin rumahtangga yang kadang-kadang I terfikir, I dan suami tak mampu tanggung dah tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.
Lagi rasa susah, lagi Dia mudahkan. Inilah orang kata rezeki anak dan rezeki berkahwin.
Hambik kau, rasa lah nak rasa sangat kan.
Dulu I takut anak ramai. Tiga pun I dah rasa ramai dah.
Of course sebab utama, I tak suka dengar budak menangis. Rasa rimas, rasa nak pang je. =p
Tapi bila ada anak sendiri, nikmat yang Allah bagi rasa, kau jadi pandai handle semua.
Adalah terkucil juga kadang hilang sabar, tapi as manusia biasa kan, siapa aja yang sempurna seratus peratus.
Semoga Allah swt sentiasa permudahkan segala urusan kami, pelihara dan rahmati kami sekeluarga dunia akhirat, Insha Allah.
24 Julai 2010 - 24 Julai 2018
Alhamdulillah, terima kasih Allah!
Wassalam.