Sabtu, 5 Jun 2021

Aidilfitri 1442H

Salam semua, 

Hari ini dah 24 Syawal.  Semua masih lagi kekal beraya di rumah sendiri, menghabiskan kuih raya yang ada sebab orang lain tak boleh datang beraya serta masih jujur  patuh SOP. Moh la kita mengabadikan kenangan raya di sini.

Ikut plan, akan masak-masak dengan kejiranan petang raya tu, tapi kerajaan dah keluarkan arahan baru, kita balik rumah Mak Mertua yang sejengkal tu ajelah tolong dia masak. Mak mertua pun dah tak larat, kenalah kita ada bantu mana yang patut. Selesai raya, malam tu balik rumah, Ya Allah, macam-macam makanan ada kejiranan bagi. Dah semua tak balik kampung, semua pakat-pakat masak agihakan pada jiran-jiran semua. 

I simpan aja lauk, makanan tu semua dalam peti ais. Tak larat nak makan dah.

Esoknya, pagi raya, get ready semua, jom bergambar. Raya norma baharu. Pagi raya di rumah sendiri. Tahun pertama untuk I sebab last year, I mohon rentas negeri balik kampung.

This year warna tema raya pilihan suami. Ikutkan ajelahh. Ikut hati nak warna putih haha.


Kemudian gerak ke rumah mak mertua. Kami ni memang kena pi rumah mak mertua juga. Dah masak kat situ, makan pun kena kat situ jugalah.  Don't worry, kami memang hari-hari berjumpa walaupun rumah lain-lain.

The Imans! Si adik tu payahnya nak beli baju dia. Halus nau. Kain tu kena lipat 3-4 kali baru tak labuh. Baju Reezqy sepasang dengan seluar, tapi nak samakan dengan Dedinya, gigihlah pi cari seluar  hitam.

Port wajib bergambar. Luar pagar rumah tu je ye. Takde merayau jauh mana pun. Hmm, I pakai tudung yang ex-bos bagi, payah betul nak adjust tudung mahal ni. Haha. Dah bad tudung day pepagi raya. Anyway, thank you bos bagi tudung ;)

 

Awkward raya tahun ni sebab Abah dah takda. Ibu bertiga dengan adik ajelah di kampung. We miss you Abah. Al-Fatihah untuk Abah.

Gambar kenangan dengan Mak dan Abah mertua. Mak tu sebab nak bagi sama warna dengan Abah, gigih pakai baju lama. 

Family adik kedua di Semenyih. Baju anak-anak kami sama kedai, warna aja yang berbeza. Selamat Hari Raya Ikin dan keluarga!

Petang tu balik ke rumah sendiri, panaskan ajelah lauk-lauk yang ada. Anak-anak main bunga api, makpak mengadap makanan yang ado.

Video call dengan kawan-kawan. Paling jauh yang telekung putih tu, pengantin baru dari Sabah. Selamat Hari Raya gaiss!

Esok paginya, bersarapan sambil pakai baju raya lama. Gigih la iron baju untuk semua. Walau tak ke mana, mood raya tu tetap dikekalkan. Sampai hari Ahad rasanya I suruh diorang ni pakai baju raya.

Janggal rasanya bah, tahun pertama beraya tapi Abah takda. Allahu akhbar. Nasib sebelum puasa dapat balik dan ziarah kubur Abah.

Malam raya paling syahdu sebab Abah suka buat takbir raya. Raya pun, Abah orang yang paling ceria menyambut raya. Abah akan pakai full set baju melayu siap bersamping dari pagi sampai ke petang.

Terasa-rasa lagi macam Abah ada. Bukan tak terima kenyataan, tapi hati ni rindu je =(

Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin.

Hargailah masa-masa yang ada dengan orang tersayang kerana semua yang dipinjam Dia, sampai masa akan diambil semula, dan tinggallah kita dengan kenangan yang ditinggalkan.


 

Selasa, 1 Jun 2021

Mei: Happy birthday Nurain!

Assalamualaikum semua! 

Selamat menikmati total lockdown di samping family tersayang. Haha! Dah kali kedua ke ketiga tah, harap takda lagi yang panik pi borong semua makanan. Kesian, orang yang tak bergaji lagi, yang susah tu, terkulat-kulat ajelah menengok hangpa borang semua.

Hantaran (posting) tergendala lagi ni. Majlis sambutan hari lahir yang ke 38. Allahuakhbar, makin mendekati ke 4 series dah. Insha Allah, moga sampai ke umur itu.

Life begins at forty kata omputih. Ada I  baca kat FB pula, time umur empat puluh tahun juga, apa yang kita buat itulah yang akan mengikut kita ke umur seterusnya.

Tahun ni, memang dah tahu dah akan sambut di luar. Macam biasa, Iman Reezqy lah yang tukang pecah lubang. Haha. Cuma, menunggu penuh debaran aja sama ada boleh proceed makan di luar atau tidak. Musim covid ni kan, Kerajaan suka bagi kejutan!

My birthday jatuh pada 12 Mei, petang mantai, esoknya Raya. Haritu jugalah Kerajaan announce 13 Mei PKP seluruh negeri dan sambutan raya tak boleh berziarah. Hmm, rosak semua program yang telah dirancang. Since pada 12 Mei, banyak kedai tak buka dah, so husband dan anak-anak sambut awal birthday I iaitu pada 11 Mei 2021.

Kira, inilah kali terakhir kami makan di kedai sekeluarga. Lepas raya semua berkurung. Kali ni try Iftar di Hutan Cafe, Jalan Labu, Nilai, Negeri Sembilan.

Elok aja sampai parking, nampak seat yang ada belon-belon, I dah gelak dah sambil tanya, tu ke surprisenya D? 

Azreen tarik muka. Haha!

Lepas berbuka puasa, ajak balik cepat, Azreen kata, tunggu la kejap. I gelak lagi sambil cakap, mesti ada kek ni. Memang betul pun, lepas tu staf kat situ keluar bawa kek sambil nyanyi lagu birthday. 

Then masuk kereta, I tanya lagi, ada hadiah kat  belakang kan?Terus Raneeya cakap, eeeee Mami ni semua Mami tahuuu!! 

Alah korang ni, dah 38tahun mami hidup, semua dalam tangan je. Kan mami dah kata, kita makan-makan aje, dah lah. Tak payah surprise-surprise ni. Mami dah tua.

Apapun, terima kasih suami dan anak-anak. I enjoy makan kat tempat tu. Bila malam, ada lampu-lampu memang cantik. Tempat bergambar pun lawa. Really appreciate your effort to celebrate my birthday! Thanks B. 14 3 =)

Hadiah yang diterima awal sehari dari Kokin dan Konee. Terima kasih sisters!

I beli sepersalinan pakaian putih sebagai hadiah pada diri sendiri. Risau niqab tu tak sampai sebab order kat shopee. Alhamdulillah, tengahari 12 Mei tu sampai juga. Dapatlah merasa pakai petangnya.

Rupanya kalau pakai niqab kena pakai face mask juga ye kat dalamnya. Time kes nilopa tu lah baru I tahu!

Birthday cake! Bukan dari my fav Baker tapi I like the decoration. Simple and sweet je. Thanks B.

Alhamdullillah, dalam usia 38 tahun, masih dipinjamkan usia untuk melihat anak-anak membesar dan dapat sambut hari jadi dengan mereka. Syukran Ya Allah.

Terima kasih juga pada semua atas segala hadiah, ucapan dan ingatan. Moga segala doa yang dikirimkan, yang  baik-baik berbalik kepada kalian juga.

 

Birthday gift dari suami dan anak-anak. Beriya masing-masing sorok-sorok nak balut hadiah supaya I tak perasan. 

Terima kasih pada adik yang konon nak buat surprise, sekali dia dan budak delivery yang tersurprise. Penat mencari I kat mana. Terpaksa tinggalkan hadiah kat Pondok Guard Pejabat je. So, Azreen la yang kena acah-acah jadi mamat delivery sampaikan kat I. 

Thank you Koyam! Apa ni bagi bunga? Nak suruh kita suka bunga juga ke apa? Apapun, thank you so much kak. Bunga pun bungalah, yang penting ingatan tu kan? Dan persahabatan yang tulus ikhlas.

Hadiah yang #roadtoforty sangat ni. Alhamdulillah. Elok pula warna lebih kurang aja semua. Terima kasih Koyu & Adik. Insha Allah, moga I terus istiqomah memperbaiki diri dan mendalami Al-Quran.

Hadiah terkini beg tu yang dapat last week dari Korose. Siap kene perli dengan Azreen, sambutan birthday you ni sebulan ke?

Haha!

Tak payahlah nak jelous suami oi. Mana tahu ni birthday I yang terakhir. Bagi la peluang pada semua yang tersayang meraikan =p

Terima kek ni dari Ibu. Dia suruh Azreen belikan. Dalam banyak-banyak yang I terima, I sedih bila tengok kek ni. Tak perlu susah-susah bu. Cukuplah Ibu kuat berjuang dan terus sihat. Itu pun dah cukup. Hari-hari tak pernah putus doa agar Allah kurangkan bebanan sakit Ibu. Time covid ni, lagi terseksa rasa. Serba salah antara nak balik ke tak. Bila call Ibu, pedihnya rasa dengar suara Ibu yang lemah. Cepatlah covid berlalu =(
 

Terima kasih Ibu, terima kasih juga pada Arwah Abah.
Tanpa Ibu dan Abah, takkan ada Nurain Syazrin pada hari ini.

Till then semua.
Jaga diri dan family elok-elok ya.
Moga kita semua sentiasa dilindungi dari covid dan dapat kehidupan kita yang dulu semua, Insha Allah. Take care & wassalam.




 


Jumaat, 21 Mei 2021

Birthday: April Babies

Hello April!
Post tertangguh lagi  ;)
Sambutan hari lahir yang tersayang di bulan April.

~2 April 2021~

Happy birthday suami tersayangggggggggggg. Haha. Panjang sayangnya tu tak terkira ya. Pagi birthday tu kita belanja la dia breakfast.
 
Malamnya kita ajak dia dinner di luar. Bagi surprise sikit ajak Mak dan Abah dia. Happy muka dia tengok yang tersayang ada sambut birthday dia.

Makan-makan kat SDS je. Birthday dia tapi Raneeya yang pilih tempat. Itupun kantoi sebab pi makan-makan kat sini, post kat whats app storiy, tu yang Raneeya tahu. Terus dia request nak sambut birthday Daddy kat sini.

Thank you Mak tolong snapkan gambar!

Paksa juga mak dan abah ikut malam tu. Bukan selalu dapat keluar. Anak bongsu punya birthday kann, haruslah diraikan.

Kebetulan tengahari tu Mak mertua call tanya apa plan nak sambut birthday husband, so I suruh siap aja, lepas maghrib I datang ambik.

Mak pun dah tak berapa sihat, tak payah la susah-susah mak. Kita dinner kat luar je sudah.

Happy 38th birthday rakan sebaya, rakan seperjuangan melayari bahtera rumahtangga, Insha Allah rakan sebilik di syurga juga nanti, Insha Allah.Moga awak selalu dalam rahmatNya, dikurniakan umur dan hidup yang diberkatiNya serta beroleh kebahagiaan di dunia (dengan I haha) dan akhirat juga. Satu empat tiga cinta!

End of April pula birthday Iman Raneeya dan Iman Reezqy.
Surprise kan diorang dengan sambutan harijadi time jiran-jiran buat makan-makan.



Happy birthday Kak Iman (27 April) dan Iman Reezqy (29 April)! Kek tu pun surprise juga. Siap tanya, macam mana Mami tahu kakak suka sakura dan abang suka mobile legend.

Haha. Mami yang melahirkan kau nakkkk, takkan lah mami tak tahuu =p

Kek order dari rakan sepejabat je. IG: Thelawyer kitchen. Sedap macam biasa keknya. Sekejapan dah habis. Nasiblah sempat ambil se slice makan kat rumah.

Family potrait di bawah lampu jalan. Lighting tak berapa ok, gitu ajelah gambarnya.  Thank you jiran tolong snapkan.

To anak-anak Mami, happy birthday mami ucapkan. Mami doakan semoga anak-anak mami sentiasa dirahmati Allah selalu, dijauhi dari segala wabak penyakit, hidup bahagia dunia akhirat. Mami, Daddy dan adik sayang abang dan kakak sangat-sangat tau!

Next, blog post tentang birthday diri sendiri lak =p

Till then!
 

Rabu, 19 Mei 2021

Ibu positif Covid19

Salam semua, 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 7 Syawal dah kita beraya dalam PKP.  
Anak-anak pun dah mula PdPR sejak Isnin lepas. 
Mak kau hijau aja ni sebab bila turn bapak jaga, depa tak nak buat, tang omak selambak nak kena kejar homework.

Kes covid hari-hari makin bertambah aja. Kalau turun pun sekejap, lepas tu mencanak balik naiknya. Dengan Palestinnya kena serang, dengan covid lagi, mendung aja dua tiga hari ni. Bumi pun seakan turut bermuram durja dengan keadaan sekarang.

Moga semua ini cepat berakhir dan kita semua dapat kembali hidup seperti dulu bebas nak balik kampug, bebas nak ke sana sini. Aminn Ya Allah, amin  Ya mujib.

Since kes covid makin naik ni, nak share juga pengalaman kami bila Ibu disahkan positif covid =(  Dalam punya berjaga, Allah nak uji, ada juga ahli keluarga yang mendapat jangkitan virus ni.

End of February haritu, ada balik sekejap sebab Ibu ada prosedur di Hospital Ampang, kita ambil peluang la balik jumpa Ibu. Early March prosedur di Hospital Ampang,  5 haribulan Ibu keluar hospital dan start daripada itu Ibu batuk.

Dalam seminggu Ibu batuk, dua tiga kali pergi klinik, doktor bagi ubat,  makan ubat, batuk tetap tak berkurang. Kami pun lupa, salah satu simptom covid ialah batuk.  Serius semua tak ingat.  Call hari-hari pun  bila borak, suggest macam-macam suruh ibu makan untuk kurangkan batuk. 

17 haribulan Mac, Ibu demam teruk. Badan menggigil. Adik bawa ke bahagian kecemasan Klinik Kesihatan, since Ibu pesakit kanser, depa tolak ke hospital. Prosedur hospital sebelum admit kena swab, then result keluar semua speechless. Dalam tempoh 10 hari itu rupanya virus covid dah menyerang.

Dah macam-macam berita lagi hebat dari ni dah pernah diterima, so rasa terkejut tu macam percaya tak percaya je lah. Sedih juga, Allah bagi ujian lagi. Ibu pula insan yang terpilih, tapi kena hadap jugalah. 

Ikutkan minggu tu juga I nak mohon rentas negeri nak jumpa Ibu. Dah Ibu positif, adik dua orang lak kontak rapat kena kuarantin, terus cancel balik kampung.

Sepanjang adik  dan makcik (kontak rapat sebab hari-hari datang jumpa Ibu) kuarantin di rumah, memang polis datang aje pantau. Bantuan beras gula juga diterima dari JKK Kampung. YB pun bagi duit sagu hati.

I takda sorok-sorok pun Ibu kena covid.  Memang inform kat Whats App status keadaan Ibu dan minta maaf siap-siap. Mohon juga pada ada yang berjumpa Ibu, pantau keadaan diri. Memang tak terjangka akan terjadi macam ni sebab Ibu golongan berisiko, memang kami jaga tak bagi ke mana. Keluar pun setakat ke kubur Abah dan temujanji hospital. Dalam berjaga-jaga, mendapat juga.

Alhamdulillah, dua adik I dan makcik, lepas dua kali swab, result negatif. 

Dalam situasi macam ni, kita tak perlu kalut. Tenang-tenang aja sambil pantau keadaan.
Yang penting selalu lah scan mysejahtera walau di mana berada sebab if jadi macam ni, senang kita nak trace record keberadaan kita. Seboleh-bolehnya elakkan lah tulis-tulis  ni bila check in di mana-mana sebab nak trace record payah.

Dah semak keberadaan kita, check pula sama ada kita kontak rapat ke tidak. If kontak rapat, nak mudah pi swab, then kuarantin. KKM pun semak senarai kontak pesakit covid. If tersenarai, KKM akan panggil swab.

Bila confirm Ibu positif, petang tu KKM datang untuk sanitasi seluruh kawasan rumah dan kereta.

Minggu pertama di hospital, Ibu guna alat bantuan pernafasan. Oksigen dalam badan Ibu pun kurang. 
Bila call, kadang tu ibu suruh letak aja sebab dia tak mampu nak bercakap. Risau kita kat rumah ni Tuhan aje yang tahu.

Ada satu hari tu Doktor buat Whats App call dengan kami adik beradik minta persetujuan if anything happen, pihak hospital akan ambil prosedur yang sepatutnya. Kami setuju ajelah. Kita pun memang tak boleh jumpa Ibu, apa lagi yang kami boleh buat melainkan setuju.

Dengan keadaan penyakit Ibu, doktor memang tak bagi Ibu turun dari katil. Takut terjatuh. Terbaring ajelah Ibu. Nurse akan bantu lap badan ibu atau tukar pampers.

Sepanjang di wad, kami tidak boleh hantar makanan. Ada juga cuba penuhi hajat Ibu yang nak makan bihun sup dengan milo ais time tu, beriya cari kawan yang kerja hospital, tapi bila sampai ke wad, memang tak boleh bagi. Hanya sekali sahaja dapat hantar pakaian dalam, telekung dan selipar. Semua tu tak boleh bawa balik, kena tinggal di hospital bila keluar.

Minggu kedua, dah boleh hela nafas lega sebab bila call Ibu, dah boleh dengar suaranya semakin ok. Ibu sendiri pun dah tak sabar nak keluar sebab bosan terlantar di katil sahaja.

Alhamdulillah, selepas 15 hari kuarantin, Ibu dibenarkan pulang. 
Ya Allah, dia punya lega tu, Allah saja yang tahu. Syukurnya Ya Allah.


Covid is real guys. 
Sentiasa jaga diri dan keluarga, patuh SOP. Alert juga dengan simpton jangkitan covid supaya senang nak pantau lebih awal.
Please, jaga diri, jaga kesihatan!
Kita ni, selagi tak kena pada kita atau ahli keluarga, memang kita buat tak tahu je. 

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
 (Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi) 

 “Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” 
 (Hadith Riwayat Abu Daud)


Selasa, 23 Mac 2021

Terima kasih Wanderlust DJ!

 Assalamualaikum!

Pagi ni masuk office, time baca email terperasan ada buat silly mistake pasal kerja. Adoi terus pagi-pagi  rasa down! Bila dah buat salah ni kau faham-faham ajelah. Terbang segala mood. Try juga ceriakan diri sendiri. Mood tak  best kang, semua tak menjadi. So, kita dengar lagu kuat-kuat nak hilangkan rasa bersalah.

Sibukkan diri buat kerja dalam pukul 12 ada nombor yang tak dikenali call nak cakap dengan Dayah. I cakap salah nombor kot. Nama saya Ain, bukan Dayah. Caller cakap, eh silap. Ada makanan dari Dayah untuk Nurain. Saya dari Food Panda.

Ya Allah, lupa betul yang DJ nak belanja makan harini sebab jawab soalan kat blog dia. Terus laju-laju turun, ambil KFC dan minta tolong adik tu ambilkan gambar sebagai bukti.


Terima kasih banyak-banyak Wanderlust DJ.  Moga murah rezeki DJ dan keluarga.

Sebenarnya saja suka-suka jawab kuiz 8th anniversary blog Wanderlust DJ. Jawab pun satu soalan je, tapi tak sangka pula jawapan diterima dan DJ berbesar hati nak belanja makan.

I try jawab soalan minuman kegemaran bila DJ naik flight. 

Jawapan yang I beri kopi Vietnam sebab DJ selalu post pasal kopi vietnam  bila dia naik AA. So, bila kita naik flight, terliur punya pasal, kita tiru order juga. Haha. Terus jatuh cinta dengan kopi Vietnam.

First time ni tau Blogger belanja makan. Even tak face to face, happy sangat dah bila dapat. Tak sia-sia baca blog DJ. Haha!

Bercerita pasal blog DJ ni, I suka baca posting DJ pasal traveling. Dia selalu share gambar cantik-cantik bila dia travel. Kita ni nak pergi entah bila, dapat tumpang baca cerita orang share pun dah rasa  best dah. Bab makan pun dia kongsi juga. Baca ajelah sambil menjejes air liur =p

DJ ni juga slalu OOTD time travel. Kagum kita tau, even dia plus size (sorry DJ), tapi dia confident dalam bab OOTD.  

Dia juga suka beli baju kat Curve. Salah satu branch ada kat Masjid Tanah (kampung kita tu). Disebabkan itu, I pun sibuk juga singgah kedai tu konon nak beli  baju. Malangnya, takda size sebab size paling kecil kat situ ialah M dan ia bersamaan dengan size 4XL untuk plus size.

During pandemik tahun lepas, DJ juga adalah salah seorang daripada backbone yang menyediakan info untuk laporan Dr. Noorhisham. Tahniah DJ & team.

Once again, terima kasih banyak-banyak DJ.
Teruskan update posting best-best kat blog tau!