Khamis, 3 September 2020

Hello Morib!

Salam semua, 

Cuti Awal Muharam yang lepas rasanya ni, kami pergi Morib Gold Coast, Banting. Since sekarang weekend kena balik Melaka, maka bila ada public holiday memang ambil peluang untuk masa bersama keluarga kecil I ni. Time ni je lah yang ada untuk bonding time.

Tak stay sini pun, hanya beli water park ticket. Pricey juga lah datang time public holiday ni tapi nak bagi anak-anak happy, kita hadap ajalah. Sejak PKP memang diorang dah lama tak mandi kolam, so saja lah bawa pi sini.

 
Thanks husband! *__* Ginilah kau kan kalau minta tolong ambil gambar. Dah la tak nak teman anak-anak naik slide, tak nak mandi, tak nak kena panas, suruh ambil gambar pun gini aje yang terbaik kau boleh bagi? Suruh ambil kan gambar, sekeping ni ajelah yang dia ambil. Hmmm, sakit hati makkk nakkk!

Happy Raneeya! Tak habis-habis cakap terima kasih Mami Dedi bawa kakak pergi sini. Kakak suka sangat! Haha. Tengok anak happy mak pak pun tumpang happy anak-anak oi. Nak selalu pergi macam ni, tolonglah jangan gaduh adik-beradik selalu dan dengan cakap mak pak ang ni ye.


 
Orang pun tak ramai sangat, so memang semua slide dua beradik ni je conquer.

 

Reezqy paling suka naik slide yang biru cair tu. Suka tu takpa, yang jadi masalahnya nak naik kena berteman. Apaknya memang dah cakap awal-awal tak nak naik. Maka, kita yang kenderaan berat ni lah kena temankan siap pakej turun slide sekali. 5-6 kali kita happy ajelah layankan, lepas-lepas tu,  ommak dah slow aja daki tangga. Kahkahkah! 

Mengah oi. Siap kena sound dengan Reezqy, lambat la mami ni, kalau kurus macam dedi mesti laju. Kongasam punya anakkk! Masalahnya dedi kau takut tinggi, kang naik benda ni pening pitam, haku juga lak yang kena drive bawa dia balik =p

Ini budak pun sama super duper happynya. Berendam tak nak naik, tak nak makan, sampai rentung kulit. Siap melalak tak nak balik. Alahaiii adik, nanti-nanti kita datang lagi ye?


Insha Allah, ada rezeki kita jalan-jalan lagi ya anak-anak. Sorry lah tiap-tiap minggu memang kena balik Melaka aja. Bagilah chance Mami berbakti kepada Ibu Abah Mami ya. Nanti Mami Dedi dah tua, tolong jaga kami elok-elok ye (kalau panjang umur) macam Mami, Maklang, Pakcuwan dan Mak ngah jaga Atok Abu dan Nenek Ani tau!

Till then guys! Wassalam.
 

Selasa, 25 Ogos 2020

Rezeki: Kenaikan pangkat

Salam semua,
Alhamdulillah, semalam, tempat I bekerja dah serahkan watikah kenaikan pangkat. Rezeki yang tidak dijangka sebenarnya.

Tahun 2020 ni, dengan macam-macam dugaan, dengan PKP, dengan Ibu sakit, berulang-alik hospitalnya, drama orang sakit, Allahu akhbar, Allah hadirkan sedikit sinar pelangi dalam bentuk rezeki yang tak diduga.

At first bila menerima berita ni, I sendiri rasa macam tak percaya. Tiga kali I call HR, untuk clearkan benda ni. Patutnya I rasa gembira, tapi bila dah pasti tentang benda ni, rasa takut, serba salah, mula timbul. Bila group bawang tanya siapa yang dapat pun, I hanya diamkan diri.

Waktu hantar permohonan ni, I hanya mencuba nasib. Iya, memang dah tahu, tiga kekosongan yang ada ini dah bertuan, tapi I hanya pesan pada diri, ada rezeki, ada. Kalau takda, KUP nanti kan ada. Itu ajalah. Empunya badan juga I tahu menghantar permohonan, so lepas hantar borang, I senyum ajalah.

Takpalah, pujuk hati, at least rekod perkhidmatan I dah dikemaskini dengan hantar permohonan ini. Sejujurnya, I tidak ada niat nak caras senior, atau mengenepikan calon sedia ada. Hanya mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.



Hari yang ditunggu tiba. Meraikan diri sendiri, husband suruh beli sehelai baju =) Thank you ye.  I should be happy. Allah dah kata, rezeki kau, maka ia memang milik kau lah. Time husband hantar ke tempat majlis, I cakap, tak payah pergi kot. Pergi pun nanti, buat orang marah. Dia pujuk cakap, dah rezeki you, turun ajelah. Ini hari you, raikan.


Hari yang patutnya buat I rasa gembira dengan kenaikan ini, turn out to be the saddest moment.
Allahu akhbar.
I tanya pada diri sendiri, kenapalah Allah bagi kalau perlu jadi macam ni.

Ditanya dengan soalan,
Dah tahu tempat tu ada yang punya, kenapa mohon?
Kami ni beralah nak bagi laluan kat senior, kenapa mohon?
Luluh hati orang yang tak dapat tahu tak?

Of course rasa sedih ditanya macam tu, tapi I sedih bila soalan seakan I ni Tuhan yang tentukan semua =(




Allah yang gerakkan hati I untuk mohon.
Allah yang mudahkan semuanya.
Allah yang kurniakan rezeki itu pada I.
Allah aja yang ada jawapan untuk semua.
Itu ajalah yang mampu I ucap untuk pujuk diri sendiri.

"Be, and it is" (36:82)
Ya Allah, andai rezeki ini salah alamatnya, Kau perbetulkanlah segala ikhtilaf.
Andai ada yang terluka dengannya, Kau hadirkanlah kegembiraan paling tertinggi kepada mereka supaya hilang segala pedihnya.
Andai ini sememangnya sudah tertulis untukku, Kau permudahkanlah segalanya, leraikanlah segala kekusutan yang ada dan lapangkanlah pintu rezeki ini seluas-luasnya.
Sesungguhnya, hanya Kau yang lebih mengetahui mana yang terbaik untuk umatmu dan Kau yang berkuasa untuk segala apa yang terjadi.

Terima kasih USIM, terima kasih family, terima kasih kawan-kawan, terima kasih para Penilai 360'

=(





Khamis, 13 Ogos 2020

Birthday Rayeesa lagi!

Salam Khamis semua,

Esok dah Jumaat, then weekend. Yey!

Jom sambung lagi cerita birthday Rayeesa. Walaupun kami decide nak sambut birthday Rayeesa dengan family Azreen je, tapi esoknya balik Ibu suruh pi cari kek. Nak sambut juga birthday Rayeesa kat Melaka.

Saya yang menurut perintah Ibuku!
Pi lah cari kek kat Masjid Tanah. Cari kat Secret Recipe, kek habis, hatta yang se slice pun takda. Eh, kuat betul orang Masjid Tanah makan kek ye ;p
Nasib sebelah tu ada Baker's Cottage, so beratur lah berejam kat situ demi sebiji kek harijadi.

Ini ajelah kek yang dapat dibeli. Ambil apo yang ada je. First time makan kek Baker's Cottage. Not bad juga kek ais krim ni. Tak sepenuhnya aiskrim, campuran denga kek span vanila.

Cousin pun balik kampung, so ajak la dia join sekali. Meriah sikit ada ramai kekanak. Happy muka Rayeesa nak tiup lilin lagi =)

Tengok Reezqy! Dia memang tak puas hati malam tu. Kenapa Rayeesa sambut birthday dua kali. Haha! Dia cakap, birthday Abang takda orang datang. Dah lah kena share kek dengan kakak.Adik sambut birthday dua kali. Abang takkkk.

Sabar yelah Reezqy. Dah birthday awak time PKP. Memang tak boleh nak jemput orang. Itupun nasib boleh order kek. Dapatlah merasa kek boleh share dengan unicorn. Kalau tak lagi menganga ajelah kita sambut harijadi ala kadar.

Buat bakar-bakar juga kat Melaka. Ada kambing, ayamg, ikan dan puyuh. Menu lain, potluck, makcik makcik bawa sorang sikit.

Rakan sebaya. Raneeya dan Kasih. Jaga makan kak, kang dah gemuk tu. Esok nak berolahraga, tak laju dah lari =p

Esok paginya, since makanan malam tadi banyak lebih, kita panaskan bawa ke breakfast. Tambah roti puri sikit since kari semalam ada.

Happy birthday Adik! Untunglah awak potong kek dua kali. Jangan naughty naughty tau!
Since start PKPP, I dah stopkan tadika Rayeesa. Tinggalkan dia kat Mak Mertua kalau pergi kerja.

Sedih juga dia, tapi takpalah. Baru 4 tahun. Cakap kat Rayeesa, adik 4 years old. Nanti 5 years oleh baru pi school ye. Dia angguk dan ok je tapi hari-hari lah tanya, Mami adik dah 5 years old ke? =p

Rayeesa yang good girl. Sebab banyak tengok ragam abang dia kot, Rayeesa ni jenis yang banyak mengalah. Abang menangis pun dia siap cakap. Abang diam. Abang dah besar jangan menangis. Haha, tiru ayat I lettewww.

Tiga orang anak, dengan tiga macam ragam. Semua pun Mami sayang anak-anak semua termasuk yang terpaling banyak ragam tu. Takda pilih kasih pun. Takda mami sayang adik banyak pun. Takda Mami tak sayang abang sebab mami selalu marah abang. Time marah memang marah sungguhlah. Marah untuk mengajar aja pun. Harap anak-anak tak simpan dendamlah kat Mami bila kena marah tu.

Alhamdulillah, dengan semua pinjaman Dia =)

Till then! Assalamualaikum.




Selasa, 11 Ogos 2020

Aidiladha 2020

Salam Aidiladha 2020 semua! 

Dah 10 hari berlalu pun. Tahun ni sambutan tak semeriah tahun-tahun lepas tetapi Alhamdulillah, tetap bersyukur masih berpeluang sambut dengan yang tersayang dan tak 'berkurung' macam PKP dulu ;)

 
Malam raya, update status ni sambil masak rendang ayam. Aidiladha tahun lepas, walaupun Abah sakit, Ibu ada lagi menguruskan segala persediaan raya. Tahun ini, dedua lak dah sakit. Makin terasa suramnya. Kami yang dah kahwin beraya di rumah mertua maka, adik yang nombor tiga lah mengambil alih memasak juadah raya di rumah Ibu.

Aidiladha tahun ni juga jatuh pada hari lahir Rayeesa, 31 Julai. Malamya kami celebrate dengan FIL sambil bakar-bakar. Happy birthday Adik. Teruskan mood positif anda dan jangan ikut perangai Abang. Awak perempuan, kena lemah lembut. Haha!

 
Buah tangan untuk mertua di pagi raya. Jadilah. Family mertua tak ramai pun, so kita masak seekor ayam buat rendang, then tanak periuk kera. Emak mertua buat lodeh, rebus nasi impit dan ayam masak merah.

 
Salam Aidiladha! Tunggu yang lelaki balik solat raya, then bergambar dengan siapa yang ada.

 
Jadilah. Ada gambar raya. Nak tunggu semua helokkkkk comel lottee bergambar memang tak la. Janji ada gambar pagi raya.

 My nyawa, The Imans! (tutup mulut tu dik!)

 
The reality bila bergambar. Hadap je lah. Kenangan juga ni =)

 
Kena warning dengan Dedi. Please Reezqy bagi kerjasama. Orang nak bergambar ni.

 
Since tak buat korban, dan masjid pun takda buat sebab hari jumaat tak sempat, maka, kami hanya makan-makan, bergambar, lepas tu tukar baju dan tengok tv.

Malamnya sambung dengan bakar-bakar sambil sambut hari jadi Iman Rayeesa. Kambing tu dah marinate 2 hari sebelum, then I frozen kan. Ayam tu, petang sebelum raya tu Kak Ipar hantar minta tolong marinate kan.


 
Happy birthday Rayeesa!

 
Hello Hana Sophea! Cucu yang lahir time PKP. Memang kena gomol ajelah malam tu sebab siang dia pi raya rumah Tok dia. Reezqy request adik boy pula. Haha. Mahap, permintaan ada tidak dapat dipenuhi!  =p




 
Alhamdulillah, semua ada tahun ni. Dapat berkumpul. Sambil berkumpul tanya khabar parents I juga. Thank you family for your love & support. 💗

 
Malamnya, dapat makluman dari Kak Jijie, ketua korban kemboja. Alhamdulillah, tercapai hasrat nak buat korban di Kemboja. Insha Allah, moga diterima ibadah korban kita semua, aminnnn.

Till then! Wassalam.



Rabu, 29 Julai 2020

Hilltop Cuisine, Kota Warisan

Salam semua,

24 Julai yang lepas anniversary kami yang ke sepuluh tahun. Alhamdulillah, through thick and thin we stand strong together. Dalam sepuluh tahun  bersama ini, 'laut' mana yang tak bergelora, pantai mana yang tidak dilanda badai? Ada, tetapi sama-sama lah kita atasi dan baiki. Umur dah meningkat, anak pun makin membesar, dalam apa jua keadaan dan keputusan yang nak dibuat, kena fikir baik buruk, lebih dan kurang dalam setiap permasalahan. Haha!

Untuk tahun ini, Azreen ajak  makan kat tempat yang sedang viral sekarang iaitu Hilltop Cuisine, Kota Warisan. Ikut ajalah. Kita bagi peluang dia urus sepenuhnya. Janji dekat, sebelum pukul 10 malam dah sampai rumah dah.

Happy 10th anniversary B! Kita tidak sempurna, kita tidak hebat mana, moga segala ketaksempurnaan dan kekurangan kita menjadi asbab untuk kita sentiasa memperbaiki diri sebagai umatNya. Jangan berhenti menyayangi I kerana Allah taala ye B!

The Imans, the Amanah dariNya! Terima kasih menjadi anak  kami, penyeri hidup untuk sepuluh tahun ini,  memberi peluang kepada kami menjadi ibu bapa, menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberiNya sebaik mungkin. Kadang kecundang dalam mendidik mereka, tapi tetap kena  bangun supaya tak putus asa.

Hmmmm, Reezqy yang masih addicted to gadget sebab time PKP dulu inilah BFFnya. Kerja sekolah pun kat situ juga, dah jadi habit dah. Sehari tak pegang hp macam ada aje yang tak kena kat dia.

Thank you Kak Iman jadi photographer haritu.  Melayan ajelah makpak bergambar. Makan kat sini,  bertabah ajelah sambil makan, sambil orang lalu lalang bergambar. View kat sini lawa lagi-lagi kalau time sun set.

"I like your eyes you look away when you pretend not to care, I like the dimples  tahi lalat on the corners of the smile that you wear, I like you more, the world may know but don't be scared"
Kali ini dia buat surprise. Haha! Tahniah, anda berjaya. I gelak besar ajalah. Malu pun ada sebab I tak beli apa-apa =p Order shopee hari-hari, tapi hadiah anniversary nan hado untuk dia kahkahkah.

My fav picture. Tengok gambar ni teringat pokok dalam drama Korea Hotel Del Luna. My fav drama juga tu. Bila  malam, memang limpahan cahaya memenuhi tempat ni. Kalau guna camera mahal memang dapat capture sebijik sebijik cahaya.


Landmark kat sini. Beratur orang nak bergambar. Kita pun menyelit sama sambil minta tolong orang ambilkan. BBNU ambilkan, so cantik la elok gambarnya. Thanks Dik =)


Tempat ni jadi viral sebab view lawa kot. Lepas tu gambar time sunset lawa macam kat oversea (orang kata la), I tengok biasa je. Almaklumlah, I bukan selalu travel ke luar negara. Untuk food, rasa dia ok je pada I. Bila makan tu, sekadar makan dan takda rasa nak repeat lagi. Apapun, selera orang lain-lain. Sedap kat korang, mungkin ok je kat tekak kita. Kan?

Lepas makan, Azreen ajak lepak sampai pukul 10 malam. Minta mahap zahir batin ajelah ye B. Moh la kita pulang aje ke rumah. Landing baring-baring kat katil lagi best dari melangok kat tempat ramai orang ni. See, faktor umur, ginilah! Makin tua, makin lagi suka melepek dan berada di rumah.

Akhir kata, teruslah bercinta seperti esok kau akan pergi, nescaya kau akan menghargai dan menikmati setiap detik dan saat yang ada semaksimanya.

Till then semua!
Selamat Hari Raya Aidiladha  dan selamat berhujung minggu bersama keluarga.
Stay safe & stay healthy too.
=)