Rabu, 17 Julai 2019

Chocolate and Coffee Caffe, Nilai

Salam,

Lamanya tak update blog!
Busy training untuk SUKANUN this coming weekend.
Majlis kahwin anak buah Azreen pun akan berlangsung this weekend juga. Kalaulah boleh bahagi dua badan ni Ya Pak Mertuaku, memang dua-dua event pun kita nak datang tau!

Dalam busy, sempat juga entertain Melen yang turun ke Nilai. Dapatlah ber me time sekejap tanpa drama golek-golek Reezqy kalau pi AEON Nilai. Haha!

Tak tahu  nak lepak mana, so kita try satu caffe yang baru buka dalam AEON Nilai, Cholocate and Coffee Caffe. Mostly dalam menu tu, macam banyak chocolate dari coffee. Tengok harga pun agak pricey juga, tapi dah duduk, kita order ajelah.

I order Chocolate Milk Shake. Teringin pula nak benda sejuk dan manis-manis. Bila order sampai, kecewa lak sebab sebenarnya nak Ice Blended, tapi pi order Milk Shake. Apa yang difikir tak seiring dengan yang diucap. Haha.

Kak Muna order Brownies & Ice Cream.

Melen order lempeng je sebab dia pun baru jumpa ex-Pensyarahnya, kenyang lagi, so ini je yang dia nampak boleh ditelan time tu.

Lama juga kami borak. Sepatutnya, turn I ambil  Raneeya kat sekolah petang tu tapi I pass to Azreen aje sebab masih belum puas borak. Macam-macam cerita yang keluar sebab dah lama tak jumpa. Siap gosip Oksana pun masuk sekali =p

Melen dan Nur.

Me and Kak Muna.

Thank you korang for the time! Kalau tak jumpa macam ni, memang busy dengan weekend rutin ajelah.

Jumaat, 5 Julai 2019

Keadaan Abah sekarang

Salam semua,

Harini nak cerita tentang perkembangan Abah. Boleh throwback kisah abah ni kat SINI ye.

Tentang kesihatan Abah, mana yang negatif aja bagi pandangan tu, kita senyum buat tak tahu ajelah. Sekarang bahagian kami, esok lusa bahagian kau, baru tahu rasa macam mana.

Yang penting, kami adik-beradik dah cuba buat yang terbaik. Insha Allah, Dia nampak usaha kami.

Ramai yang tanya perkembangan Abah. I pun dah tak update FB sangat tentang Abah. Kalau tanya atau PM baru kita jawab.

Last Saturday, 30 Jun, Doktor bagi kebenaran Abah discharge. Alhamdulillah. Tapi ada few appoinments yang perlu dihadiri. Insha Allah, masing-masing dah volunteer turn siapa patut cuti.

Ada kawan yang kata, Untuk korang dapat berlumba-lumba mengejar pahala.
Insha Allah, semoga kami ikhlas dan moga pahala ganjaran kami, hendaknya. Aamin.

Doktor dah ajar cara nak angkat, cara nak dudukkan, all exercise yang abah kena buat,  dan segala yang patut cara nak handle Abah, since after operation haritupun, takde progress pergerakan kaki Abah.

Gambar jahitan operation di spine haritu.  Simpan kat sini sebagai kenangan. Panjang, termasuk yang bertutup tu. Neck collar pun dah tentu hala jadinya sebab abah tak reti duduk diam. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Abah memang tak boleh bergerak dari pinggang ke kaki, tahu, memang tak selesa serba tak kena. Jari pun dah tak boleh mencengkam, sampai nak menggaru pun payah.

Emosi lak tak payah nak kata lah. Memang menduga keimanan, tapi Dia sedang menguji Abah,  dan Dia juga sedang menguji tahap ketabahan kami semua. Hanya boleh bersabar, sabar, sabar semaksimum yang boleh.

Cuba bayangkan kita kat tempat dia, dengan tak boleh bergeraknya, memang hangin sentiasa lah

Kanser primer Abah dah diketahui. Latest news, selain dah merebak ke semua tulang, kanser juga dah merebak ke hati =(

Semua bersedih, teramat sedih untuk berita ini. Abah lagilah. Kalau video call dengan kakaknya tu, asyik menangis aje.

I dan adik-beradik, seboleh-boleh memang cuba buat lawak, cuba buat takda apa-apa depan abah. Memang tak nak bagi dia sedih, walaupun kadang-kadang dia keluarkan ayat sedih.


Abah!
Termenung mengadap reban ayam dan itiknya. Dah balik rumah ni, boleh lah angkat bagi duduk kat wheel chair so dapatlah juga menghirup udara di luar.

Takmau sedih-sedih bah! Kami kuat, abah pun kena kuat =)

Home sweet  home!  Baik-baik di hospital, baik lagi  bila dah ada di rumah. Cuma mungkin penjagaan kami tak sebaik macam nurse kat hospital, tapi yang penting, dah ada kat rumah, dah dapat dengar bunyi ayam itik semua kan bah!

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan penyembuhan abah, kau ringankanlah sakitnya, dan kau sembuhkanlah penyakitnya, aaamin.

Khamis, 4 Julai 2019

Open house office suami

Salam semua,

This year, untuk potluck sambutan raya office suami, I tak masak. Dia order je.
This year juga, dia takda ajak pun datang.

Dia WA pagi tu tanya nak shawarma tak, dia nak hantar.
I jawab tak nak.

Ada tanya nak shawarma aje? Ingat I takde perasaan nak makan makanan lain. Haha! Terus kita buat surprise, datang je terus ke office dia. Office dedekat kan, apa ada hal! Tak sedondon kami haritu sebab masing-masing gosok baju sendiri. I suruh pakai pink, dia tamau. Dulu masa bercinta semua redho aje haha.

Antara makanan yang ada, salah satunya adalah miangkham. My first try! Not bad pun rasa dia. Rasa kacang, sos, bawang, cili padi dan halia overshadow rasa daun kaduk. Takdelah seteruk yang I bayangkan rasa dia =p

Ada kambing bakar juga. Kan main tanya I nak shawarma je ke padalah ada kambing tapi langsung tak ditanya nak ke tak ye suami. So, dapatlah merasa walaupun datang dah nak habis majlis.

Sup tulang pun sedap. Makan dengan nasi impit. Tapi kalau ada mee atau bihun ni mesti lagi sedap. Haha.

Sambil beraya sambil membawangkan hal bola tampar. Haishhh, seram pula rasanya, game dah dekat! Harap semuanya akan ok, Insha Allah.

Geng tetampa tanpa Kak Mas! Thank you Kak Najwa, sudi jemput. Nak harap suami kita, dia nak tapaukan aje =p


Rabu, 3 Julai 2019

Minggu akhir raya 2019

Salam semua,

Minggu akhir raya ni banyak pula programnya. Dapatlah juga bawa budak-budak ni pergi beraya.

Si kakak haritu tanya:

Raya dah habis ke Mami?

Belum. Kenapa kak?

Kita takda pergi raya pun? Duduk rumah aje. 

Sorry lah kakak.
Bukan taknak pergi raya. Memang tak berapa ada mood nak beraya pun. Macam sekarang, dah dapat adapt dengan sakit Atok Abu, so, dah tahu cara nak handle dan dapat rentak dah.

Awal haritu tak tentu arah semua. Dengan berulang ke hospital lagi.
Dengan tukar shift menjaga di hospital.

Alhamdulillah, now, keadaan semakin ok maka, marilah kita menghabiskan sisa raya 2019 yang ada ;)

Semua food sedap. First time jumpa lemang tepung yang coklat tu. Sedap, rasa macam kuih bakar.
First jemputan last week, daripada jiran rumah. Dah jemput lama dah untuk open housenya, sekali tak disangka, Abangnya pula pergi menemui Ilahi dua hari sebelum majlis.

Jiran macam dah  nak cancel aje majlis open housenya, tapi ada kakak ni pujuk, jangan macam tu.
Kita buat tahlil dulu, then jamulah tetamu dengan makan. Takkan nak cancel order semua kan, maka niatkan bersedekah untuk arwah abangnya.

Salam takziah untuk As sekeluarga.


Lepas hadir Open House As, kita ke Majlis Meraikan Cinta anak Big Bos pula. Merasalah makan nasi kenduri.
Tak sempat nak bergambar dengan Pengantin sebab budak-budak ni bukan boleh berlama-lama. Akan mula bosan, habis diexplore semua. Dah la kat sini banyak tempat untuk bergambar yang dihias cantik. Kalau tak control, mampuihhh hancur semua deco.

Si Kakak & Abang. Tahun depan Abang dan darjah satu dah bang. Semoga makin eloklah perangainya. Haha!

Bergambar dengan Penyambut tetamu yang merupakan rakan sekerja juga. Ada gambar dengan big bos tapi, kat kamera sapa tah. Malas nak minta-minta.

Setel majlis di Bangi, terus shoot ke Senawang. Wakil Ibu dan Abah beraya ke rumah Pak Itam (adik Ibu). Tudung si kakak terbang dah haha. Thank you Pak Itam dan Mak Itam jamu kami dengan makanan yang sedap-sedap.

On the way nak balik rumah, ternampak pula ada belon panas ni. Konon nak stop bergambar acah-acah model. Mampu berangan ajelah sebab takdenya anak-anak nak bagi peluang. Tengok, memang nak menyelit aje si adik tu.

Next day, Ahad, memang plan nak balik tengok Abah tapi sebelum balik pergi singgah Open Day Seqy.

Dapatlah jumpa blogger comel Sepet dan suaminya ni. Ramah betul depa suami isteri. Beli baju kerja je dua tiga  helai.

Thank you Sepet dan Kery!  Nanti buat Open Day, roger  tau. Semoga sentiasa murah rezeki dan rajin buat sales lagi ;)

That's all for last week's activities. Next updates, maybe pasal perkembangan Abah lak.

Till we meet again in next post!

Assalamualaikum!


Isnin, 1 Julai 2019

Geng bas sekolah belanja makan

Alhamdulillah, hari ni rezeki, orang belanja makan nasi arab dan menyambung lepas tu makan durian.
Malas nak pi sebenarnya tapi dah diorang kata, jom lah heh, boleh release stress tu sikit, so, mengikut ajelah kita. And yes, asyik bergelak ketawa aje, hilanglah juga penat duka segala.

Nasi arab mix makan berenam. Sedap aje makannya. Nasi kan, berani kau kata tak sedap.


Geng Bas Sekolah, pelbagai makam. Haha.  Ada yang makam tinggi dan sederhana.
Who's turn next? Jangan main terkejut aje ye. Kang nak kena bayar duit tanam. Tinggal seorang je lagi yang belum berpunya ni. Semoga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodohnya, aminnnn.

Lepas settele nasi arab, kami meneruskan misi mencari durian. Pun, orang belanja juga. Terima kasih Tuan Pengarah ;)

Durian D24 kot ni. Tak berapa gemar sebab isinya tebal. Tapi dah orang belanja, kita telan ajelah. Eh, makin nak menguruskan badan, makin banyak lak ujian makan datang!

Yang ni IOI. My Fave! Sedap. Tak pahit, lelemak sesedap rasa aja.

Geng Tetampa! Lepas makan durian pi site visit rumah orang tu yang lawa kemain. Alahaiii, rumah lawa-lawa nak pi mana ni? Haha. Semoga cepatlah terisi dengan bunganya maka, makin berseri lah rumah tu nanti.

Once again, semoga dimurahkan rezeki pada yang belanja.
Kawan yang baik juga rezeki kan?
Alhamdulillah, syukran Ya Allah =)