Selasa, 17 Mac 2020

Hikmah di sebalik Covid-19

Salam semua,

Malam tadi PM dah announce sekatan pergerakan untuk rakyat Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac 2020. Ada yang happy, ada yang sedih dengan pengumuman tu.

Bagi I, rasa lega since Rayeesa tengah demam sekarang, so tak perlu korbankan cuti rehat. 19 Mac pula nak kena bawah Abah ke temujanji hospital, jimat juga cuti rehat di situ.

Untuk dua orang adik I yang kerja swasta, memang akan tolak gaji disebabkan cuti ni. Bertabahlah ye. Mana yang kita boleh bantu, kita bantu. Tulah guna adik  beradik.

 Seorang lagi, office dia decide kena seminggu kerja, seminggu cuti tapi dalam tempoh cuti tak boleh ke mana-mana. Get ready je if ada keperluan untuk datang ke pejabat.

Kawan I di Putrajaya, husband and wife kena bekerja. Tengah risau mana nak letak anak-anak. Kesian juga. If dekat boleh juga bantu untuk jagakan anak-anaknya, tapi I sendiri pun ada komitmen dengan keluarga.

Di media sosial pula macam-macam perkongsian yang lalu lalang kat wall. Dengan panick attact membeli barang keperluannya, dengan 'menganjing' kes orang panik dan macam-macam lagi. Kita  baca ajelah.

Tapi I tertarik dengan satu post ni iaitu hikmah di sebalik covid -19. Menarik untuk dibaca, so I kongsi kat sini. Mana tahu berguna untuk kita ;)
 - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sedar atau tidak, sebahagian besar tempat awam sudah dan sedang menjalani proses ‘pembersihan’ secara besar-besaran oleh pihak yang berkaitan.Inilah hikmah dalam tidak sedar, bagaimana Allah kirimkan Covid-19 dan kita terpaksa membersihkan setiap ceruk tempat awam.

Itulah kebaikan buat semua nanti apabila segalanya berakhir dengan izin Allah.Negara kita akan bersih zahir dan batin.Dan mulai 18 sehingga 31, semua rakyat Malaysia akan mula ‘berkurung’ di rumah masing-masing.

Bagi yang mahu berfikir, inilah masanya untuk:

❤ Bonding time bersama seisi keluarga.
❤ Solat berjemaah bersama keluarga sebanyak 70 waktu sehari semalam.
❤ Puasa sunat Isnin Khamis sebanyak 4 hari bersama keluarga.
❤ Tadarus Al-Quran seisi keluarga. Ambil peluang dengan menghabiskan 2 juzuk sehari dan kita akan khatam pada 31 Mac 2020 dengan izin Allah.

Sama-sama kita berdoa agar wabak Covid-19 ini akan pulih sepenuhnya di negara kita selepas 31 Mac 2020.

Ya Allah, perkenankanlah!

#copyandpaste
#KAB
#IlmuAmalPerniagaan
#Share

Isnin, 16 Mac 2020

Tahniah Hajar!

Salam semua,

Last weekend balik Melaka lagi. This month memang sokmo je balik Melaka. Alhamdulillah sebab dapat jumpa ibu abah ;) Kali ni sebab nak meraikan majlis pertunangan my cousin, Hajar.

Risau juga nak buat majlis ni sebab virus covid, tapi majlis dah rancang kan, takkan nak cancel. Kita teruskan ajelah dengan beringat-ingat dan tawakal kepada Allah swt.

Me & my sisters. Janji mula nak pakai sama warna maroon, lepas tu tukar hitam, tukar nude, tukar biru, tukar pink. Ehhhh, lantak situ, last last pakai biru. Kecoh pilih warna macam kau pula yang nak bertunang =p

I ada baju untuk majlis ni sebenarnya tapi sebab tak sempat nak basuh (baru siap), dan si kakak taknak pakai sebab warna pink tu dia tak suka, kita pakai je lah baju plan B. Biru juganya.



Jemputan pun tak ramai, sesama ahli keluarga aja. So, sebelum majlis bermula, kita bergambar kenangan dengan bakal tunangan orang.

I ditugaskan gubah hantaran. Takda la hebat mana pun menggubah, tapi bolehlah. I happy buat benda-benda gini tapi dengan syarat orang tu tak banyak songeh, kita pun lapang dada nak mendeconya.

Yang sireh junjung tu, i visual cara hias lain, sekali time nak  buat, Ibu tegur,  belah perempuan mana boleh letak tepak sireh, kita menerima. Huhu. Kena la keluarkan tepak sireh dari gubahan =(

Haishhh, mana nak tahu. Last minit kena ubah design, celaru kepala otak, mendapatlah gitu aja sirehnya. I tak boleh nak fikir dah, sebab majlis dah nak start. Dua lagi hantaran adalah pulut kuning dan kek SR.

Kami without Daddy. Semua taknak bergambar. Ommak ea paksa juga. Hi Daddy, rajin-rajinlah bekerja ya! We love you.


My cousin yang ditunangkan, Hajar. Bertunang dengan orang sedaerah juga. Takdalah pening majlis jauh-jauh. Tahniah Hajar. Ni anak Paklong I. Insha Allah,  dipermudahkan segala urusan untuk disatukan November nanti, amin. Nak suruh buat hantaran kahwin nanti roger la den lagi ye ;)

I post gambar ni kat FB dengan caption Tahniah Kak Iman! Haha. Kan main ramai komen dan like, siap tanya kenapa tak jemput.

Haha!

Kak Iman menyelit aja kat I tapi tak cakap nak  bergambar kat pelamin. Bila suruh pi duduk situ, kain main senyum dia. Time majlis pun siap tanya, mana boyfriend makcu. Haha. Budak sekarang kan main lagi ye!

Selesai majlis, petang tu juga I balik Nilai semula sebab Reezqy ada training bola, dan esoknya juga nak penuhi jemputan majlis perkahwinan di Klang.



Sabtu, 14 Mac 2020

Majlis Bertandang Cousin

Tahiah Faisal! Semoga bahagia sampai ke syurga dengan pasangan.
 Salam Sabtu,
How's weekend? I, nak get ready buat sirih junjung untuk majlis bertunang cousin ni. Cousin belah Ibu nak bertunang pukul 2.30 petang ini. Harapnya menjadi lah as I visualize ;)

1 Mac lepas my cousin belah Abah buat majlis resepsi. Ikut plan asal nak bawa Abah. Abah pun semangat sungguh nak pergi tapi sebab Abah baru keluar hospital, tak larat, maka, yang sihat ajalah hadir sebagai wakil.

Kami kami yang ada. Ada juga yang dah balik awal. Makcik Pakcik saudara semua makin uzur, maka ada yang tak boleh tunggu lama.

Rasa janggal bah, pergi majlis perkahwinan anak buah Abah, tapi Abah takda. Iya, memang bonding tu ada, borak-borak, makan-makan, gelak-gelak, tapi tetap rasa kosog sebab Abah takda sama.

Reezqy dah Umar. Rakan sebaya. Umar ni anak adik sepupu. Macam kembar lak sekali tengok budak berdua ni. Kenakalan pun sama naik tak boleh duduk diam.

Tahniah Apak, terima menantu. Apak, adik bongsu Abah. Yang duduk tu pula Kakak Abah.

Since tema maroon untuk belah kami, sauk baju kerja yang yada je lah. Anak-anak pun sama juga, apa yang ada la yang kita sarung. Yang penting kehadiran untuk memeriahkan majlis tu ada.

Now, makin panas isu covid 19 sana sini. Banyak program yang kena tangguh sebab virus ni. Semoga semuanya akan baik-baik saja lah ye untuk kita semua dan Malaysia.

Rasa janggal pula jumpa orang tengok aja tak bersalam. I pun kadang terlepas, tersalam juga orang. Hmmm, cepatlah semua ni berlalu, amin.

Till then, selamat berhujung minggu semua.

Wassalam!

Jumaat, 13 Mac 2020

GCB: Lunch treat for Korose

Salam Jumaat barakah semua,

Mulakan hari dengan membaca surah Al-Kahfi untuk elak fitnah Dajjal.

Alhamdulillah, last Friday berkesempatan untuk keluar lunch dengan Geng GCB bagi meraikan hari lahir Kak Rose atau kami panggil Korose.

Cukup enam orang dengan terpaksa heret seorang watak tambahan. Azreen kursus di Port Dickson, kena lah bawa Rayeesa sebab malas nak  berulang-alik hantar dia ke rumah MIL.

Kan main happy dapat ikut Ommak ea dating with BFF. Siap time nak hantar rumah Grandma, dia melalak tak nak turun. Dah belanja brownies with ice cream pun tetap buat perangai ye dik!

This year, kami takda plan nak bagi hadiah. Cakap nak bagi hadiah tu senang, tapi nak memikirkan apa yang nak bagi sebagai tanda kenangan tu, payah. So we decide akan cari satu hari, spent time together di tempat pilihan.

Dah tua-tua ni, dapat keluar berjumpa pun dah happy dah bila masing-masing busy dengan tuntutan kerja seharian.

Happy birthday Kak Rose. Insha Allah, Kak Rose akan terus fit dan aktif mendaki semua gunung, haha dan hidup bahagia dengan keluarga dunia akhirat, amin.

Makan ramai-ramai ni seronok. Order menu berbeza, kemudian boleh rasa sikit-sikit menu yang lainnnya.

Dapat hadiah daripada Korose sempena birthday Dia. Miniature perfume dia bagi sorang satu. Thank you!

Alhamdulillah, untuk nikmat yang dipinjamkan. Insha Allah, kita semua sentiasa dirahmatiNya selalu, amin.

Wassalam.


Khamis, 12 Mac 2020

Nikmat balik kampung, makan masakan Ibu

Salam semua,

Makanan dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. Haha!
Ceritalah nak kurus semua, tapi bila datangnya makanan, terus kurus tah pi mana je tah.




Last week, balik kampung on Saturday. Pagi tu, malas nak masak breakfast beriya, so kita kukus frozen food yang ada je lah. Pau Ayam dan dimsum. Since dah tahu, Ibu masak macam-macam, kita makan ringan-ringan sebagai alas perut.

Tengahari gerak balik Masjid Tanah, sampai-sampai je Ibu tengah makan mee kari. Resipi dia ambil perkongsian kat FB.
Sedap betul mee kari ibu buat. Pekat, isi banyak, sayur lak dia rebus gitu aja. Yang paling penting, mee kuning ibu buat sendiri ;)

Malamnya, since mee kari banyak lagi, Ibu masak lauk simple-simple aja. Goreng ikan, buat sambal bilis terung pipit. Tu sayur I buat ulam. Ambil sayur mee kari.

Hello Sunday at Masjid Tanah! Ibu buat kacang pool. I tak reti makan ni, tapi boleh la telan. Boleh makan, tapi bukan kesukaan. Actually, kacang pool tu makan dengan telur mata, tapi sebab ada lebih telur mee kari, kita belasah aja lah. Roti tu pun ibu buat juga.

Since kuah mee kari ada lebih, I minta ibu bancuhkan adunan roti puri, then I goreng untuk sarapan. Nyum nyum, sedap makan lupa bab kenaikan berat badan.

Since dah ada roti, of courselah anak-anak request nak cicah kaya. Plingggg, terus Nenek kacaukan kaya, siap ada lebih buat bekal bawa balik rumah sendiri. Thank you Ibu.

Sebelum pulang ke sarang, merasa lah makan bihun sup tulang. Ada option nak makan dengan mee, bihun atau nasi. Ibu dah masak, pandai-pandailah sendiri ambil dan makan.

Alhamdulilah masih dipinjamkan nikmat merasa air tangan Ibu. Tak paksa pun Ibu masak semua tu. Ibu sendiri yang masak dengan rela hati. Semua pengaruh FB. Ibu memang ada akaun FB dan selalu intai-intai resipi. Banyak aja masakan yang dia buat. Buat kek pun hebat. Dulu time abah sihat, rajin pi join kelas. Sekarang, menjaga Abah, memang skrol resipi online ajelah.

Kadang tu, kat office dia boleh pos kek la, lauk la, yang dia buat ikut resipi dari FB. Telan air liur lah kita yang jauh ni.

Semoga Ibu sentiasa dapat buat perkara-perkara yang boleh happykan dia. Sambil menjaga orang sakit, sambil melayan hobi dan kegemaran sendiri.

Wassalam.


Selasa, 10 Mac 2020

Jambu botol merah

Salam semua,

Minggu lepas balik kampung, merasa lah makan jambu botol merah. Lama dah menunggu buah ni. Dari pregnant anak ketiga lagi. Sekarang, susah nak jumpa buah jambu botol merah ni.



Ini lah ghope buahnya. Dahlah payah nak jumpa, bila dah berbuah, terpaksa pula kongsi rezeki dengan Cik Nyet. Haha. Dia dulu yang makan buah ni. Sempat selamatkan beberapa biji.

Di kampung sekarang, apa pun buah, kena selamatkan cepat sebab monyet memang tengah berleluasa makan buah-buahan yang ada. Pisang, mangga, betik,  nenas, even telur ayam pun diambilnya.

Buah ni makan gitu je pun sedap. I suka kupas gini, lepas tu cicah dengan kicap campur gula dan cili padi dipenyek-penyekkan. Haishhh sedap betul. Terkenang-kenang lagi rasanya tu.

Isnin, 9 Mac 2020

Februari datang lagi, selamat hari jadi Amy!

Salam,

Bulan Februari selalunya Ibu akan buat kenduri arwah Emak sebab Emak meninggal dunia pada 19 Februari 2015 tapi tahun ni sebab Abah sakit, takdalah Ibu meneruskan rutinnya. Kadang kami malas nak endahkan bulan Februari, haha, tapi sebab ada sorang tu besday nya on 18 Feb, kenalah buat-buat sedar juga, eh dah bulan Februari rupanya =p

Since I ada bengkel di Putrajaya, ajak adik-beradik dengan ibu abah datang Shaftsbury. Abah tu susah nak ajak keluar rumah, so kita umpan kata nak sambut birthday Amy. Anak kesayangan dia kan, mestilah dia setuju nak ikut.

Sabtu petang Adik bawah Ibu Abah ke Shaftsburyy. Dah pesan kat adik lelaki beli makan malam sesiap. Orang lelaki ni kan, kalau membeli, tak reti sesikit. Dia bantainya beli kan main banyak, siap esok boleh panaskan balik then buat breakfast. Thank you Pakcu Wan!

Adik kedua dan anak-anaknya datang join esoknya. Pun, I pesan beli breakfast untuk Abah Ibu, selambak juga dibawanya. Alhamdulillah, rezeki makn melimpah-ruah.

Ahadnya kami sambut besday Amy di Volcanu Shabu Shabu & Grill, Putrajaya. I dapatkan service Mycutiemutie untuk flower bouquet dan belon. Thank you Mycutiemutie ;)

Terkejutlah juga Birthday Girl. Walau dia dah tahu makan-makan sempena besday dia, tapi dia tak tahu ada belon bagai.


 Alhamduillah, complete semua ada <3 .="" allah="" dipinjamkan.="" nikmat="" p="" setiap="" syukran="" untuk="" ya="" yang="">

 Belek hadiah adik. Abah kata, ni je kau bagi kak? Cukuplah tu bah. Dia macam-macam ada dah. Ingatan tu lagi penting dari hadiah.


 Happy birthday Amy. Semoga sentiasa dirahmatiNya selalu. Terima kasih tolong jaga Abah time kami jauh. Semoga diberi ganjaran pahala yang tinggi untuk setiap bakti dan keikhlasanmu.


 The beradiks. Dulu kecik-kecik takda nak sambut-sambut birthday ni. Dah  besarlah baru merasa. 

Birthday girl request nak pavlova sebab tak makan kek. Kita turutkan ajelah dengan syarat, sila habiskan.


With anak buah bongsu setakat ni, Ayra Hana. Takyah nak tunjuk muka tak sangat dekat Maklong ye Ayra. Haipppp, biasa dia tu! Terus Ayra bagi muka menyampah.

While orang sibuk makan, yang tiga orang ni sibuk merebutkan belon yang dah berpintal-pintal. Sorang chop hitam, sorang chop pink, lagi sorang nak semua. Tah siapa punya belon birthday tah!

Selesai majlis, semua pulang ke sarang semula untuk meneruskan rutin harian. Insha Allah, selagi ada rezeki, akan sentiasa make memories together, amin.


Sabtu, 7 Mac 2020

Shaftsburyy lagi!

Salam semua,

Cepat masa berlalu, dah bulan Mac dah. Banyak aktiviti di bulan Februari yang tak masuk blog, so since ada masa on weekend ni, kita masukkan mana yang best untuk di kenang.

Sekali lagi, my office berbengkel di Shaftsburry Stellar, Putrajaya. Walau tarikh dah lama tahu, tapi tak bercerita langsung pun dengan The Imans sebab malas nak layan kang 80kali tanya bila nak pergi. Packing baju pun malamnya, time semua dah tidur. Jumaat pagi pun masih tak cakap. Bila ambil dari sekolah, laluan tak menuju ke rumah, baru semua tanya, kita nak pergi mana?

Ommak dan bapak tetap senyap. Sampailah diorang dah  nampak bangunan Shaftsburyy, semua menjerit happy, Yey! tidur Shaftsburyy.

Orang yang paling happy sampai tak lelap tidur sebab nak mandi kolam dah tentulah Iman Reezqy. Bila suruh tidur, asyik cakap, abang tak sabar ni nak mandi kolam.

Walaupun hotel sebelah Alamanda, bagi tujuan penjimatan, ommak kau masak je untuk semua. Lagipun kat hotel ni dah siap ada rice cooker, peti ais, microwave, washing machine semua. Dah bayar kena lah gunakan!
I bawa segala mak nenek bahan untuk nasi lemak, so I masak nasi lemak je untuk diorang. Sambal tu dah masak kat rumah. Menu ni membawa sampai ke petang sebab diorang tak makan pagi tu, sibuk mandi kolam, tak ingat makan dah, tengahari naik bilik baru kelaparan.

My happy kids! Sorry lah, saja rahsiakan! Suka tengok reaksi  terkejut semua bila sampai Shaftsburyy. Berendamlah puas-puas ye while Ommak bekojo sekueknyo.

As usual, Iman Rayeesa, pakai beriya tapi setakat duduk di kerusi tepi kolam ajalah. Bukan forte dia mandi mandi kolam ni. Haha!



While anak-anak dan bapa bergumbira di kolam mandi, ommak dan rakan-rakan meneruskan misi persediaan menghadapi Audit Sirim.

Thank you Sakinah for the pixa! Insha Allah, segala usaha kami semua akan dipermudahkan pada hari Isnin ni untuk menghadapi Audit Sirim, amin.

Hari juga merupakan hari lahir adik kedua, Happy birthday Ikin! Semoga sentiasa dalam lindunganNya, diberkati hidup dunia dan akhirat dan bahagia hingga ke syurga.

Happy weekend juga untuk semua ;)

Wassalam.




Jumaat, 6 Mac 2020

Dating dengan Mak Mertua

Salam Jumaat barakah semua!

Emak mertua I memang selalu sebut nak pi visit Abah  tapi tu lah takde siapa yang nak bawa. Kami lak if balik kampung, memang akan tidur Melaka, so payah juga la kalau nak bawa.

Disebabkan last week Abah masuk hospital, maka, I ajak la emak pi visit besan dia. Laju aja dia setuju. Dah siap masak semua untuk Abah Mertua yang tak nak ikut (busy tengok tv ikut perkembangan politik haha), maka berlima lah kami ke Hospital Alor Gajah.

Grandma and the kids. Sorry ye mak, chaos dalam kereta. Tak tenteram semua. Cucu-cucu mak tu memang gitu tapi diorang baik ;)

Dalam 2jam pi visit Abah, sebelum balik Nilai, I ajak mak pi makan. Yang sebenarnya, I yang teringin nak pi makan cucur udang. Semua orang dok sebut cucur udang Alor Gajah, kita yang dari Melaka sendiri pun tak pernah makan. Ada kesempatan ni, meh kita gunakan.

Ini lah ghope cucur udang yang jadi sebutan tu. Sepinggan gini RM3 tapi sebab I tambah nugget 3 ketul jadi RM6. Isi dia cucur udang, tauhu, telur rebus sebiji, ada fish cake kot. Kalau ada timun, mesti lagi best ni. Kuah cili tu sedap tapi cucur udang kalau dapat yang panas, mungkin I boleh bagi 5 bintang. I suka makanan yang panas-panas.

Orderjuga Sate Fahmy ni sebab si Reezqy nak sate. Sedap! I habiskan yang daging. Tak tahulah sebab lapar ke, atau sate tu panas, tapi sedap aje I makan. Tak liat pun.

Emak ada order mee sup juga. Dia kata, kalau mak tahu Ain order sate dengan cucur udang, takde mak order mee sup. Alah mak ni, makan ajelah mak. Bukan selalu pun kita dapat makan kat luar macam ni.

Elok aje kami habis makan dan bayar, nak gerak balik tu segerombolan group superbike sampai siap polis escort lagi. Ha, nampak! Bertapa famousnya cucur udang ni, tapi I baru je try =p

If korang nak try sila la pergi ke Medan Selera Pasar Menggong, Jalan Dato Dol Said, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Wassalam.