Seperti biasa, I terpilih lagi menggantikan orang untuk pergi berkursus. Dan sekali lagi Azreen kena beralah dengan I sebab untuk kursus yang ini, I juga kena pergi, dia tak boleh. Haha. Ampun lah ya suami. Ni lah kalau dah dedua minat aktiviti outdoor, bila ada nama dedua, salah seorang kena beralah.
Kursus kali ini bertajuk Kursus Pemerkasaan Citra Pentadbir Muda anjuran kampeni I dengan kerjasama Pusat Latihan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak. Dan sekali lagi I suka kursus ini sebab dia bukanlah kursus yang kau kena dengar ceramah semata tetapi ianya penuh dengan pelbagai aktiviti yang dapat menghilangkan tekanan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan kerja. Kursus kali ini juga melibatkan peserta dari universiti lain iaitu, UNISZA, UMS dan UTHM.
Hari Pertama.
Perjalanan mengambil masa tiga jam dan kami sampai di PGA ini pada pukul 12.30 tengahari.
Sampai sahaja, di sapa salam perkenalan oleh pegawai di sana, kemudian kami telah dibekalkan dengan 2 pasang uniform, sehelai T'shirt akiviti, sepasang boot dan set cadar dan sarung bantal. Untuk malam pertama, kami bermalam di berek polis yang lengkap dengan bilik mandi dan katil untuk tidur. Maka selepas itu bermulalah jadual yang padat mengikut aturcara yang telah disediakan.
Aktiviti pertama selepas check in bilik adalah Taklimat Ringkas oleh PGA. Kemudian diikuti oleh Sesi Taklimat Kompas Prismatik oleh staf PGA iaitu Tuan Shamsudin. Selesai taklimat, petang itu terus diuji dengan Latihan Amali kompas dalam hutan.
Lawak time ni sebab team I salam baca kompas, siap sesat masuk kawasan team lain, terus kena denda buat semula dari awal. Haha. Padan muka semua!
|
Sempat bergambor sebelum Tuan polis sampai. |
Berkursus dengan anggota badan berunifrom, kalau takde kawad memang tak sah. So, sebelum mana-mana sesi bermula, kami perlu berkawad dahulu untuk mengira semua ahli kursus cukup atau tidak. Bangunan belakang itu adalah bilik tempat kami bermalam.
Selesai latihan kompas, malamnya pula adalah aktiviti night trail di dalam hutan. Agak berdebar juga nak mengadap night trail ni tapi I cuba juga lah atasi perasaan takut yang ada. Lagi best, time sesi night trail, urusetia siap datang borak dengan I, terus takde rasa takut dah. Haha. Dalam hutan, sebenarnya event kita bayangkan gelap, tapi bila lama-lama dalam tu, bila dah mesra dengan sekeliling hutan, keadaan gelap bertukar terang. Eh, paham ke apa yang I cuba terang ni. Haha.
Hari Kedua.
Helo Perak di Hari Kedua.
Haha. Kemain berhelo-helo kau ye.
Lepas hadap aktiviti kedua, terus rasa, cepat lah hoi, nak balik nak beli air sirap. Sepanjang kat sini, time breakfast, time lunch, time hi tea, time dinner, semua air yang disediakan adalah air panas. Hazab hakak tak dapat air ais selamat tiga hari.
Aktiviti hari kedua di mulakan dengan sesi Kecergasan Fizikal (mengujji tahap ketahanan PIES) di tengah padang kawad yang penuh dengan lecak. Memang menguji sangat lah kan kena bergolek dalam lecak, meniarap ala cicak, merangkak ala bayi di tengah lecak dan macam-macam lagi. Kalau pelatih dah jerit down tu, toksah lah ko nak lenggang mak limah terkedek-kedek nak lemab-lembap, memang mendapat lah semua kena buat semula nanti.
Gambar latihan memang tak dapat nak diletakkan kat sini sebab kamera adalah kemara Urusetia, tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak dapat softcopy. Kita letak gambar mana yang ada je lah.
Selesai aktviti pagi dan bersarapan, kami di beri masa untuk mengemas semua kelengkapan peribadi untuk di bawa bersama untuk aktviti seterusnya dan kami akan bermalam di dalam hutan pada malam kedua.
|
Bersedia dengan kelengkapan peribadi masing-masing. |
Aktiviti seterusnya adalah Inokulasi Seksyen dan Individu bagi menguji dan membina kerjasama dalam pasukan. Ada dua sesi time ni. Untuk sesi pertama, tiada gambar. Kami kena meredah parit dan halangan.
Gambar yang bawah ni semua sesi kedua di mana kami secara berpasukan kena meredah kawat untuk menyelamatkan diri dari musuh.
|
Down! Haha. |