Selasa, 22 September 2015

Run Ain run!

Phewwww, Alhamdulillah, berjaya juga tamatkan larian 5km dengan jayanya dengan catatan masa 1jam 15 minit. Haha. Lambat gilo macam siput. 

Even lambat gilo macam siput, kira ok lah sebab kali kedua I join larian seperti ini, I lari juga, takde berjalan macam kali pertama join  larian dulu. 

2km pertama I lari non stop, kemudian jalan, eh sedap pula jalan, jalan lagi, sekali nampak orang-orang yang di belakang dah potong I, terus datang rajin balik nak lari,  maka hamik kau, jadi semput sebab kejap lari, kejap jalan. Haha.

Apapun, dapatkan habiskan larian dah kira ok dah lah tu. Ingat senang! Lagi-lagi bila mental dah crash kat starting point bila tengok adik India, kategori kanak-kanak yang kaki kurus bak kayu tu, dah pecut meninggalkan semua peserta walhal time tu laluannya adalah bukit oi! 

Down Hakakk tengok adik tu memecut di bukit tau. Tapi down sekejap je lah. Malas nak layan sangat down tu, akak  lari jelah sambil layan perasaan untuk mengejar suami yang telah jauh di hadapan. Kali ni lari tak start sesama dengan suami. Peserta lelaki dilepaskan dulu, kemudian baru perempuan.

Proud finisher walaupun semua tak dapat nombor satu. Kahkahkah. Baju biru peserta, baju pink urusetia.

Geng Kampeni Kubah Biru.



Kan main happy dapat habiskan walaupun tak dapat nombor satu. Kahkahkah.

Hakak di starting point. Tengok adik India tu. Tengok peha dia. Kurusnya lahai. Patutlah kau laju dik oi. Tegok hakak lak yang di leher ada towel pink tu. Peha besar mana pulak. Patutlah kau tak dapat nombor satu hakak oi.

Muka kami lagi.

Dan lagi.

Muka laki bini. Ko tengok, macam mana nak dapat nombor satu. Habis je lari, terus pegang bihun sebekas!

Hakak, realitinya  dengan posing tanpa sorok badan.


Hakak lagi dengan my personal trainer. Trainer yang selfish dia ni. Dia train hakak, tapi dia je lah yang selim, hakak, tetap kekal maintain seperti itu. Haha.

Ini kali kedua join larian 5km. Kali ketiga, tak tahu lah bila lagi pula. Apapun, semoga akan terus melibatkan diri dengan aktiviti seperti init. Fit for your life. Zaman sekarang ni kan, macam-macam penyakit senyap datang. Semoga bila join program seperti ini, dapatlah menjauhkan diri dari penyakit-penyakit tersebut dan dapat menghilangkan stress mengadap kerja yang tak pernah habis, Insha Allah.

Kredit gambar: USIM eGallery, Cha & Mr Marwan.

2 ulasan:

  1. Salute lah sis. Bukan senang habiskan larian ni kalau tak cukup stamina.

    BalasPadam