Jumaat, 18 September 2015

Kursus ala-ala Perang di Pusat Latihan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak

Seperti biasa, I terpilih lagi menggantikan orang untuk pergi berkursus. Dan sekali lagi Azreen kena beralah dengan I sebab untuk kursus yang ini, I juga kena pergi, dia tak boleh. Haha. Ampun lah ya suami. Ni lah kalau dah dedua minat aktiviti outdoor, bila ada nama dedua, salah seorang kena beralah. 

Kursus kali ini bertajuk Kursus Pemerkasaan Citra  Pentadbir Muda anjuran kampeni I dengan kerjasama Pusat Latihan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak. Dan sekali lagi I suka kursus ini sebab dia bukanlah kursus yang kau kena dengar ceramah semata tetapi ianya penuh dengan pelbagai aktiviti yang dapat menghilangkan tekanan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan kerja. Kursus kali ini juga melibatkan peserta dari universiti lain iaitu, UNISZA, UMS dan UTHM.

Hari Pertama.

Perjalanan mengambil masa tiga jam dan kami sampai di PGA ini pada pukul 12.30 tengahari.

Sampai sahaja, di sapa salam perkenalan oleh pegawai di sana, kemudian kami telah dibekalkan dengan 2 pasang uniform, sehelai T'shirt akiviti, sepasang boot dan set cadar dan sarung bantal. Untuk malam pertama, kami bermalam di berek polis yang lengkap dengan bilik mandi dan katil untuk tidur. Maka selepas itu bermulalah jadual yang padat mengikut aturcara yang telah disediakan.

Aktiviti pertama selepas check in bilik adalah Taklimat Ringkas oleh PGA. Kemudian diikuti oleh Sesi Taklimat Kompas  Prismatik oleh staf PGA iaitu Tuan Shamsudin. Selesai taklimat, petang itu terus diuji dengan Latihan Amali kompas dalam hutan.

Lawak time ni sebab team I salam baca kompas, siap sesat masuk kawasan team lain, terus kena denda buat semula dari awal. Haha. Padan muka semua!

Sempat bergambor sebelum Tuan polis sampai.
Berkursus dengan anggota badan berunifrom, kalau takde kawad memang tak sah. So, sebelum mana-mana sesi bermula, kami perlu berkawad dahulu untuk mengira semua ahli kursus cukup atau tidak. Bangunan belakang itu adalah bilik tempat kami  bermalam.

Selesai latihan kompas, malamnya pula adalah aktiviti night trail di dalam hutan. Agak berdebar juga nak mengadap night trail ni tapi I cuba juga lah atasi perasaan takut yang ada. Lagi  best, time sesi night trail, urusetia siap datang borak dengan I, terus takde rasa takut dah. Haha. Dalam hutan, sebenarnya event kita bayangkan gelap, tapi bila lama-lama dalam tu, bila dah mesra dengan sekeliling hutan, keadaan gelap bertukar terang. Eh, paham ke apa yang I cuba terang ni. Haha.


Hari Kedua.

Helo Perak di Hari Kedua. 

Haha. Kemain berhelo-helo kau ye. 
Lepas hadap aktiviti kedua, terus rasa, cepat lah hoi, nak balik nak beli air sirap.  Sepanjang kat sini, time breakfast, time lunch, time hi tea, time dinner, semua air yang disediakan adalah air panas. Hazab hakak tak dapat air  ais selamat tiga hari. 
Aktiviti hari kedua di mulakan dengan sesi Kecergasan Fizikal (mengujji tahap ketahanan PIES) di tengah padang kawad yang penuh dengan lecak. Memang menguji sangat lah kan kena bergolek dalam lecak, meniarap ala cicak, merangkak ala bayi di tengah lecak dan macam-macam lagi. Kalau pelatih dah jerit down tu, toksah lah ko nak lenggang mak limah terkedek-kedek nak lemab-lembap, memang mendapat lah semua kena buat semula nanti. 

Gambar latihan memang tak dapat nak diletakkan kat sini sebab kamera adalah kemara Urusetia, tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak dapat softcopy. Kita letak gambar mana yang ada je lah.

Selesai aktviti pagi dan bersarapan, kami di beri masa untuk mengemas semua kelengkapan peribadi untuk di bawa bersama untuk aktviti seterusnya dan  kami akan bermalam di dalam hutan pada malam kedua.

Bersedia dengan kelengkapan peribadi masing-masing.

Aktiviti seterusnya adalah Inokulasi Seksyen dan Individu bagi menguji dan membina kerjasama dalam pasukan. Ada dua sesi time ni. Untuk sesi pertama, tiada gambar. Kami kena meredah parit dan halangan.

Gambar yang bawah ni semua sesi kedua di mana kami secara berpasukan kena meredah kawat untuk menyelamatkan diri dari musuh.

Down! Haha.



Taklimat berkenaan sesi ini diberikan oleh Pegawai PGA.

Nampak kawat tu, kami kene meniarap dah melalui kawat tersebut.

Setiap laluan ada macam-macam halangan.

Di hujung laluan ada paya kena harung sambil membersihkan diri.

Panjang kawat ni. Tapi I tak habiskan, sebab dah setengah jalan, kaki cramp tak boleh bergerak. Kena lah keluar dapatkan bantuan kecemasan.



Muka happy dan ceria selepas kena rendam dalam lumpur. Haha!
Sesi petang adalah Pendedahan Kelengkapan di Hutan dan Pertandingan Memasak dengan bekalan yang dibekalkan.

Semua daun yang dihidangkan ada pelbagai kegunaan.

Acecece, kasi close up sikit muka hakak yang beriya mendengar.

Meh  hakak belanja muka hakak yang  suci tanpa mekap. Tak larat nau dah tu tapi tahankan aje kemengantukan.

Antara bahan yang dibekalkan untuk dimasak. Beras, buluh, bahan mentah, garam. Tu je. Blur I nak masak apa. Kot ada santan ke, cili ke, sedap sikit lah kan dan buat masak lemak. Haha. Nampak tak daun yang mula-mula tu, best sangat daun tu. Kalau guna dalam masakan, lauk jadi sedap sangat.

Master chep in the jungle! Tengah balut beras dalam daun nak masak dalam buluh.

Masak pun guna air sungai je hakak oii!

Team 1 - kumpulan I dapat nombor dua untuk pertandingan memasak. Tempat pertama di menangi oleh team budak UMS yang hebat menggunakan bahan-bahan hutan untuk memasak.


Selesai masak, kami diberi rehat untuk memasang kheman dan membersihkan diri dan bersedia untuk taklimat oleh Bos kampeni di malamnya pula.




Time taklimat ni mata memang dah tak larat sangat nak dibuka. Macam digam-gam aja. Tapi tahan juga lah sampai taklimat selesai.

Selesai taklimat, kami dijamu makan oleh makanan yang dimasak sendiri oleh Pegawai-pegawai yang melatih kami.  Sedap sangat lahai semuanya. Guna bahan ringkas je masak, tapi sedapnya tak terkata.


Malam tu juga I bersengkang mata menyiapkan teks Emcee untuk majlis penutup. Even dah pilih Emcee lain pada mulanya, Urusetia minta tolong juga I untuk mengendali acara since acara penutup adalah acara yang penuh dengan tertib dan protokolnya.

Dan malam tu juga, I tidur-tidur ayam je di bawah khemah sebab asik la dok terfikir benda-benda mistik sampai takut nak tidur. Kot lah kak pon, selak kain tutup mata I ke, kot lah... Haha. Macam-macam sangat lah kan dalam hutan tu!


Alhamdulillah, kurus kami tamat dan kami bergraduasi dengan jayannya. Tiada kecedaraan mental dan fizikal pun time kursus berlangsung. Haha!

Thank you PGA! Ada rezeki, panjang umur, bertemu lagi kita di Fasa Kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan