Raw picture credit to google. |
Pagi-pagi, on the way nak ke office:
Best lagu ni Yang. *senyum-senyum
Teringat masa kita mula-mula bercinta.
Awak ni dah kenapa?
Cepat sikit drive tu. Kang lambat sampai office kang.
*___*
Haha. Kesian suami pagi tadi sebab I malas nak melayan. Pagi-pagi nak pergi cari rezeki, tak boleh mood jiwang-jiwang ok. Kang ke laut semua kerja I kang sebab asyik mengingat Dea, mood bunga-bunga kang.
Nak jiwa-jiwa sila malam karang ye. Eh? =)
Apapun, meh kita lihat lirik lagu yang suami I suka sangat ni.
Aku suka dia oleh Ainan Tasneem.
~ lagu nak bajet muda rumaja jers!
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
~ Hehe. Ye, betul. Awak yang dulu tegur I kat court tu B setelah 3 tahun tak bertegur sapa. Kalau awak tak tegur I on that day, jangan haraplah I nak tegur you dulu sampai bila-bila pun, memang tak kahwin la kita macam harini. As you said, ego I kan tinggi setinggi gunung Himalaya.
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
~ Lepas you tegur tu, I rasa biasa-biasa je. Tapi I tahu you ada rasa sesuatu kat I. I boleh baca semua dari pandangan mata, tutur kata, sms you yang hari-hari I terima semua tu lah. Tapi, I buat-buat tak tahu je dan I tak boleh kata apa pun time tu sebab masing-masing ada komitmen dengan pasangan masing-masing. You dah bertunang dan I pun konon-kononnya nak kahwin dah.
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
~ Betul sangat. Rasa itu lama-lama datang. Even nak elak, tapi dia datang melonjak-lonjak lak. Lagi-lagi bila masing-masing terlibat dengan krisis perhubungan cinta yang dihempas badai gelora, terus masing-masing jadi rapat berkongsi duka dan menangis bersama.
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
~ Perhubungan cinta masing hancur di ketika itu. Disebabkan itu, I cuba jarakkan diri antara kita sebab I taknak disebabkan masing-masing putus cinta, I takut nanti kita membina cinta atas rasa kasihan terhadap apa yang menimpa. Macam-macam alasan lah I bagi. Lagi-lagi bila you sibuk banget ajak jumpa, pi dating semua. Selagi boleh elak, I elak sehabis mungkin. Tapi, lagi I jauhkan diri macam-macam alasan I bagi, lagi galak lak you mendekati. Galak ahhh you ni!
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
~ Ye, you ada cakap semua ni kat I, dan you kata, you taknak hilang I lagi untuk kali kedua. Tapi, I serba salah nak terima, dan I rasa elok kita kawan saja. Macam-macam ooo yang I dah tempuh dalam bercinta, ingat I senang-senang saja nak terima you dengan tangan terbuka. So, I cakap, kalau ada jodoh kita, ada la, kalau takda, tukan dah ketentuan Dia.
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
~ You tetap mencuba, mencuba dan terus mencuba walaupun I buat tak tahu aja. Yang lirik ni I tak berapa tahu lah nak komen sangat. Boleh? ;p
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
~ Yang ni, I takde bagi you nota apa-apa pun. I hanya hantar satu sms yang terang lagi jelas, takde nak berkias-kias bagi hint,
Kalau you suka I, nak sangat I ni, pi jumpa mak bapak I, pinang I, kita kahwin. Ha, hadaplah muka I hari-hari lepas tu. Kalau takat nak bercinta-cinta macam remaja tu, I rasa I takda masa dah kot. Umur pun dah berapa, ingat hidup I ni nak dihabiskan untuk bercinta je ke. I dah penat, bercinta-cinta, plan itu ini, lepas tu putus. Haha. Ambik kau, nak sangat kan.
~ Alhamdulillah untuk diri I juga lah, sebab you memang beria, you memang ikhlas, terus you ikut I balik jumpa ibu abah dalam bulan Oktober gitu, bincang-bincang, I lak jumpa parents you, terus bertunang Februari tahun berikutnya. Lepas tu tak nyempat-nyempat, terus set date kahwin bulan Julai. Haha lagi, padan muka I, terus kena gari. Berani sangat kan cabar-cabar you!
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
~ Alhamdulillah dan terima kasih Tuhan. Bukan takat cinta je yang dah you terima dari I rentetan dari semua kat atas tu. Macam-macam dah lah you dapat. Kasih sayang, kebahagiaan, kepergaduhan, kemerajukan, masam manis perkahwinan, mmuah mmuah haha, benih cinta dah nak masuk dua, badan yang selim jadi gemok- gedempol, segalanya lah, tak tertulis semua. Semua dah dapat kat you. Haha. Suka tak? I rasa you suka dan gembira. Ini berdasarkan pengamatan I dari keadaan fizikal badan dan tidur nyenyak mu tiap malam.
Aku suka dia
~ Suka je ke? I bukan takat suka dah kat you tau. I cinta you sampai syurga. Love till Jannah omputihnya ok. Sebolehnya, segala yang I buat adalah untuk memastikan kita sama-sama ke syurga nanti, Insya Allah. I taknak jumpa orang lain dah kat sana sebab I dah biasa menatap muka you hari-hari kat dunia ni. =)
Ok dah.
Luahan perasaan untuk seorang insan yang nama dia ada sama-sama dengan I. Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan wanita tak berapa cantik ni dan sudi melayan karenah mood tsunami tak menentu dia hari-hari tanpa jemu. Nak sangat kan tahu isi hati I, ha, ambik kau! Bacalah sampai muntah.
Notalipscumel:
Semoga dia akan baca dengan penuh perasaan lah. Almaklomlah, mamat tu bukan jenis nak baca tulisan panjang-panjang. Bagi surat cinta dulu pun, dia baca paragraph 1 je, yg lelain tak baca. ;p I ni tak reti sangat nak cakap-cakap sebab kalau cakap yang keluar semua bahasa menyakitkan hati je, so I tulis lah. Semoga you happy ye.