Awal Julai haritu, lepas Aidiladha, Kakak dan Abang terpilih mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). Pengalaman pertama untuk mereka berdua join aktiviti luar sekolah.
Yang Abang dulu, waktu di tahap 1, selalu menangis kenapa asyik kena mewarna je kalau tahap dua ada program sukan. Macam-macam ragam ye! Bila dah darjah 4 ni terpilih, memang happy la dia.

Since venue program di kawasan office je, memang kami cuba cari masa untuk support untuk setiap acara.
Mami datang tengok kakak nanti?
Mami cuba kak, kerja mami ni tak tentu. Datang angin puting beliung kat office tu, memang tak boleh buat apa la.
Mami datang tau tengok abang. Nanti Abang nak tengok mami kat hujung time abang dah habis lari.
Cikgu siap offer, siapa dapat pingat emas pertama untuk sekolah nanti cikgu bagi duit. Dapat la Abang duit raya haji dari cikgu-cikgunya.
Gambar-gambar kenangan sepanjang kejohanan. Merasa la Abang bergaul dengan abang-abang senior.
Frust dia tak menang. Siap ditenangkan oleh Ustaz favourite dia. Nasiblah dia tak nampak I, kalo tak mahu banjir Nilai haha.
Untuk MSSD ni, 67 buat sekolah rendah dan menengah Daerah Seremban 1 turut serta . Saringan untuk setiap acara pun ada yang sampai 11 saringan. Jenuh Ommak ea berpanas menunggu.
Ommak mampu pujuk je la yang Kakak patut bangga, dari ramai-ramai kat sekolah, kakak terpilih. Ini pun pencapaipan yang patut kakak syukuri sebab memang kakak nak dari dulu. Cuma rezeki memang Allah belum nak bagi. Kenalah kakak berusaha lebih lagi lepas ni kalau betul minat acara ini.
Mostly yang masuk acara adalah kawan-kawan kelab bola Abang juga. So, memang rancak la dia berborak sambil tunggu turn.















