Sabtu, 9 Februari 2019

Lempeng cicah sambal bilis


Hello weekend!
Korang pi bercuti mana tu?
Kami tak pi mana pun. Rutin biasa je minggu ni, daki bukit, jogging sesikit, masak-masak, makan-makan kat rumah, basuh cadar towel semua.

Next week nak balik kampung sebab ibu buat kenduri, so minggu ini, kita enjoy kat rumah sendiri je lah.

Having my comfort food pagi tadi. Ya Allah, sedapnya!
Haha, gila masak sendiri lepas tu puji sedap.

Tekak ni tak sedap, pi AEON semua rasa nak makan, tapi ending macam tak kena dengan tekak.
Makan buah je, tepu lak rasa.

Lempeng tepung je, masak garing-garing dengan planta.
Lepas tu tumis bawang cili, bagi pecah minyak, masuk ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu.
Buat tiga keping je lempeng sebab husband dan anak-anak tak berapa lalu makan lempeng ni. Untuk diorang gorengkan mee.

Puas hati dapat makan air tangan sendiri. Cukup rasa semua.
Alhamdulillah =)



Jumaat, 8 Februari 2019

272 anak tangga di Batu Caves Temple!

Last week bawa Abah melawat kakaknya di Gombak dan bermalam di sana. So, kita ambil kesempatan yang ada pi visit Batu Caves Temple.Bila cakap kat adik nak pi Batu Caves, dia gelak. Ingat takda apa kat sana. Sekali kita up gambo lawa kat tangga, terus menyesal tak ikut =p


Batu Caves ni pun salah satu tourist attraction kat Kuala Lumpur. Lagi-lagi sejak dia ada tangga rainbow, memang nampak lawa la dari jauh.Kami pi sini selain nak tengok temple, ada misi sebenarnya.Nak challenge diri turun naik tangga kat situ.

We called it as stair's challenge!



Tarikan utama kat sini adalah patung setinggi  427 meter (140 kaki). Ia adalah patung Tuhan Muruga mengikut kepercayaan penganut Hindu dan adalah yang tertinggi di dunia. 3 tahun ambil masa nak bina patung ni. (Thanks Google!)


Seawal 6.30 dah gerak ke sini. Macam lah jauh kan, padahal 10 minit je pun. Gate tangga pun tak buka lagi. Dalam pukul 7.00macam tu baru buka. Kami lepaskan orang yang menunggu depan pagar dulu naik sambil warm-up.

So lets climb the stairs. First loop I ok je. 272 anak tangga, sambil tengok warna-warni, selfie-selfie sikit, reply WA status haha, snap gambar settle first loop!

Kan main bangga kan padahal husband dah nak settle loop kedua O_O

Lantaklah husband tu, kita tak boleh ikut pace dia. Kita kena sedar diri kita, sebab kang beriya, sakit badan semua, kita sendiri juga yang tanggung. See, alasan I bila husband push suruh cepat.

The biggest challenge adalah time nak turun. Sebab tangga tu kecil-kecil, rasa macam confius, rasa gayat sikit pun ye juga.

Cantik pemandangan dari atas. Good morning Kuala Lumpur!

I stopkan husband sat ajak bergambar. Melayan ajelah dia. Kang banyak cakap, wife sentap =p

Dari dalam gua temple ni. Akibat hakisan, terbentuk la rupa gua macam ni. Cantik je. I telek dan belek. Sebab tu lah lambat aje turun balik. Haha.


Kat bahagian atas gua ni ada kedai-kedai, tapi sebab kami datang awal pagi, so kedai tak buka lagi. Dan korang yang datang sini, sila bawa air ye. Air yang jual kata atas ni boleh tahan mahal. Tourist attraction kan, harga kau paham sendiri ajelah ;)

Nak turun tangga jaga baik-baik ye. Salah cara kang terpeleot lak kaki. I bab turun memang lambat terkedek-kedek sikit. Naik laju juga. Turun tak. Satu, satu anak tangga tu I telek takut tersalah pijak.

Mampu buat 4 loops je lepas tu rasa macam nak muntah pening sikit, so kita tunggulah husband settlekan part dia. Walaupun husband push suruh habiskan sampai 5, I surrender.  Tahniah husband, settled 10 loops! Kita yang beriya ajak datang, baru 4 pusingan dan kecundang. Kahkahkah.

Takat tu jelah bang.
Next time kita datang lagi I janji I buat 5 loops =p

Sambil duduk tunggu husband settlekan loops dia, ada seorang Aunty India tanya I, nak pi daki Kinabalu ke. Selalunya orang nak pi Kinabalu atau Gunung Tahan training kat situ.

I gelak je jawab tak dan explain yang saje singgah sini sementara datang visit saudara.

Aunty tu suggest juga pi hiking ikut belakang temple ni. Hebat Aunty ni semua dia tahu. So i tanya dia selalu hiking ke. Dia jawab ya, dulu selalu, sekarang dah tua, banyak daki tangga jumpa Tuhan je.

Sempat lah juga interview Aunty tu, tanya apa yang I nak tahu tentang apa yang I nampak kat situ, dan dia pun layan ajelah I sembang.

Husband settled part dia, then kami minta diri untuk pulang.

Khamis, 7 Februari 2019

Kemarin by Seventeen

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang… 


It's February!
February marked as bulan kehilangan untuk I dan ahli keluarga lain juga.
Emak pergi untuk selamanya.

Rindu yang paling susah nak diungkap, adalah rindu pada orang yang telah tiada.
Hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu rasanya.

Now, abah pula dah semakin uzur kesihatannya.
Tak nak fikir yang bukan-bukan, tapi ada juga bermain dalam fikiran ni, tapi minta dijauhkan lah.

Semoga kesihatan abah makin baik. 
Susah hati bila tengok abah tak aktif lagi.

Semoga arwah emak tenang di sana.
Kami rindu emak  =)
Al-Fatihah.


Khamis, 31 Januari 2019

Cabaran 10 tahun: macam mana kita sekarang?


Salam semua,

Since sana sini heboh dengan 10 years challenge, kita yang ikut arus semasa ni pun up la gambar ni kat IG.

Sekali ada yang PM, kenapa nak tunjuk gambar time free hair?

Tanjat hakak dik oi.
Perhati bebetul ke tidak sebenarnya gambar tu? It wasn't me lah. Kan Elizabeth Tan tu sayang.
Since ada kawan collage kan gambar ni, bagi kat I, tu yang saja post tu.

Minta maaf sangatlah telah menimbulkan kekeliruan.

I admit 10years before, I memang free hair. Mana kawan yang rapat dan kenal dulu pun tahu tapi Alhamdulillah, semua gambar zaman jahiliyah =p tersebut takda dah I letak di mana-mana media sosial.
Takda rasa nak kongsi lagi dah.
Lagi segan bila anak kau dah sekolah, dan dah  pandai bagi tarbiyah ;p
Kot ada pun ternampak mungkin dari photographer masa kahwin dulu je.

Semua orang buat silap.
Mana ada manusia yang sempurna.

Baru-baru ni pun ada sorang kawan ni bercerita pasal I, kepada kawan yang menyampaikan pada I semula.
Dia tu dulu tak pakai tudung. 

Dan, entah apa lagi yang dia cerita, hanya dia dan Allah je lah yang tahu.


Bila kawan tanya I betul ke tak, I senyum malu, mengaku je lah.
Takda apa yang dibanggakan dengan dulu tak bertudung tu.

Kalau diberi peluang untuk ubah, I nak ubah semula jalan hidup yang dulu.
Nak warnakan cerita I dengan cerita love story yang terus jumpa Azreen je. Terus lahir sebagai anak orang kaya yang harta berkoyan-koyan, takda rasa susah dalam hidup. Tak payah kerja USIM dah.
Haha.

Kalau boleh.
Tapi siapa kita nak melawan segala yang telah Dia rencana?
Dia dah tulis semua.

Apa yang berlaku dulu semua ada hikmahnya.


Macam nak beli rumah baru-baru ni juga.
Azreen penat dengar I mengeluh, kenapa tak beli rumah dari dulu. Kenapa begini? Kenapa begitu?
Seriously, I macam tak bersyukur pula dapat peluang beli rumah. Rasa down sebab tahu ajelah beli rumah second hand ni macam mana kan?  Tak sempurna macam kita beli rumah baharu. Hari-hari rasa nak marah. Tak tahulah marah pada diri sendiri ke, marah pada Azreen ke, entah! Tapi memang rasa stress, down sangat.

Padahal dulu, beriya berdoa minta pada Allah, semoga ada rezeki dapat beli rumah depan tempat kerja.
Bila Dia dah bagi, kau boleh lagi banyak songeh nak itu ini.
Sungguh tak bersyukur kau ni!

Hinggalah pada suatu hari. Allah nak bagi peringatan.
Dalam gembira I pergi membeli-belah, kegembiraan yang sementara itu Allah balas dengan satu pengajaran yang sampai sekarang masih terbayang jelas dalam ingatan I ni.

Termangu I petang tu, terus membawa ke seminggu.
Terkenang, terbayang kesengsaraan teman nan sorang itu.
Bagaimana dia survive dengan sakitnya bertemankan rumah flat yang korang sendiri tahu bagaimana besarnya setiap ruang yang ada kat situ.

Allah tunjuk depan mata I sendiri.
Allah bagi peluang I rasa masuk ruang rumah yang lebih kecil.
Allah tutup keluh kesah dengan bagi peringatan, rumah yang kau miliki itu adalah apa yang kau perlukan.
Allah jentik hati ini dengan erti syukur.
=,(






Apa yang jadi sebenarnya, Allah dah kata bersebab tapi kita sebagai manusia yang sentiasa ada dosa, selalu nak query segala yang Allah dan rencana. Selalu rasa tak adil kalau perkara yang menimpa tak menggembirakan kita dan bukan apa yang kita inginkan.


I mengeluh kenapa tak beli rumah dari dulu, walhal semuanya dah tertulis.
I mengeluh kalau boleh nak ubah semua jalan hidup I yang dahulu, walhal tanpa lalui jalan hidup yang dahulu, tak mungkin I mampu berdiri untuk jalani hidup pada hari ini.
Ada sebab Allah aturkan semua.
Ada sebab Dia tak bagi semua. Dia bagi apa yang I perlukan aje.
Ada pelajaran yang perlu diteladani dari semua perkara.
Hanya Dia yang mengetahui dan Dia juga yang tahu kekuatan dan kemampuan kita.

Allah dah jentik hati I sekali.
Semoga I tak lalai dan leka lagi.
Semoga I sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa memperbaiki diri dan amalan, Insha Allah.


Rabu, 30 Januari 2019

Kejiranan baharu.

Alhamdulillah, dengan izinNya hujung Disember tahun lepas I selamat dah berpindah ke rumah yang lagi dekat dengan pejabat dan sekolah anak.

Walaupun ada keraguan masa nak beli rumah ni dulu sebab tak dapat penuhi segala keinginan I yang terlalu berhajat besar, tapi berkat Allah  swt permudahkan semua proses jual beli, I cuba terima dengan ikhlas dan redha bahawa ini memang rezeki I.  Terima kasih Allah permudahkan segalanya. Siap bagi petunjuk kat I erti bersyukur. Tu pun masih ada rasa ragu-ragu lagi =(

Yang penting sekarang, I rasa hidup I lebih jadi orang.
Haha.

Kalau rumah lama dulu, keluar gelap, balik pun gelap. Weekend hilang, balik kampung. Jiran pun yang kenal betul, yang sebelah rumah je. Itupun seminggu sekali baru bertegur siapa. Anak-anak pun hidup hanya dalam rumah tak kenal orang. Takda life betul! Haha.

Now, hidup lebih bermakna gitu. Jadi Hulk pun dah berkurang sebab dah takda berlama-lama dalam kereta. Kahkahkah!

Rezeki I juga agaknya, kejiranan baharu ni sangat erat semangat kejiranannya.Semoga ukhwah ni akan berpanjangan sampai I pencen dan sampai bila-bila lah, Insha Allah.

Minggu sebelum I pergi Amverton tu, ada buat gotong-royong lorong taman I.  Tempat I sekarang ni panas dengan kes denggi. Asyik lah fogging je. Maka, kami ambil inisiatif membersihkan kawasan persekitaran untuk mencegah denggi.




Pagi tu sebelum gotong-royong, kami telah bersetuju bawa potluck untuk sarapan. Bila bawa potluck ni menu dia meriah sikit lah. I likee!

Dah isi perut, terus mula kerja pembersihan. Tengahari pula, beli lunch guna duit collection.

Di kejiranan baharu ni, anak-anak I dah ada kawan-kawan bermain. Takdelah hidup mereka ni setakat mengadap tv dan muka mak bapak je.

Dapatlah mereka rasa pengalaman macam mana makpak mereka dulu yang tiap-tiap petang mesti nak main dengan rakan-rakan, explore childhood time, bergaduh rebut mainan, kayuh basikal pusing-pusing, jeling-jeling boy handsome sambil control cun kahkahkah. Mak yang lelebih ni!


Kejiranan baharu ni juga rajin buat macam-macam aktiviti. Baru-baru pindah dulu diorang buat BBQ. Lepas tu ada pi mendaki sesama. Mana yang boleh join, I sekeluarga join je.

Dalam hidup berjiran ni, ada juga lah lebih kurangnya. Mana yang lebih, Alhamdulillah, mana yang kurang, kita ambil jadi pengajaran ajelah. Jangan dipanjang-panjangkan sebab fikir kita ni berjiran kerana Allah swt. Mana yang di luar bidang kuasa kita, kita berserahlah pada Dia.

Terima kasih Ya Allah. Kejiranan yang baik juga adalah rezeki Allah =)