Selasa, 29 Oktober 2024

Majlis Perkahwinan Ariff dan Aisyah

Salam semua,

Alhamdulillah, pada 26 Oktober yang lepas, anak sulung Along, abang kepada suami, telah selamat bernikah. Ikutkan tarikhnya memang Along dah book kami lama, tapi tu lah. Kita merancang, macam-macam juga Allah plan untuk kita semua.

Dua tiga hari sebelum majlis, whats app cikgu pun sampai. Reezqy pun tuisyen UPKK berjalan seperti biasa. Takda pilihan, untuk majlis nikah, kami hadir bertiga je la.

Begitulahhhh 😂


Welcoming Board. Comel je. 

Majlis nikah buat di rumah pengantin perempuan dekat Salak Tinggi. Dekat je sejengkal dengan rumah kami. 

Pagi tu lepas sarapan, hantar kakak ke sekolah, hantar Reezqy tuisyen, terus la kami berkumpul di rumah Emak. Pukul 10.00 pagi bergerak ke rumah pengantin perempuan.


Pengantin lama 🙈  Tumpang jap cermin kawin Arep ni. Makcu kawin dulu benda-benda gini belum ada lagi haha. 

Plan asal majlis nak buat kat Masjid Sendayan yang lawa tu, semua pakai putih sama dengan pengantin. Tapi disebabkan kalau buat kat situ, majlis kena ikut masa, tak boleh berlama-lama, tukar ke plan B, buat di rumah je. Dan warna baju family pun patutnya tukar pakai warna bebas  tapi kami tetap pakai putih sebab dah ready baju awal. 


Dengan sekali lafaz, Aisyah sah dan halal untuk Arep.

Dalam setiap majlis nikah, Imam tetap la menjalankan tugasnya menitip pesanan buat pengantin, dalam perkahwinan, suami as Imam kena solattttttttttttttttt, jaga solatttttt, beri nafkah isteri dan banyakkan sabarrrrrrr. Sabar tu diulang banyak kali.

Begitulah Arep, perkahwinan ni tak mudah. Jaga ia, selagi dipinjam Dia =)


with siblings Suami. Yang muda kena duduk sebab hormat yang tua, kata kak ipar 😂


with Pakcu and Makcu Perantins

with Mak Abah 💗

Selesai majlis, kami tak tunggu lama. Minta izin kat Along nak balik sebab nak ambil anak balik sekolah dan tuisyen. Banyak nau urusan dunia kami ni bila time weekend haha. Mak Abah pun nak ikut kami balik, so jom Mak Abah, kami hantar!

Esoknya, Majlis Resepsi pula, buat di Bizmilla Wedding Hall, Putrajaya dengan tema Navy Blue untuk belah lelaki. Mereka combine majlis buat sekali je. Senang kan gitu, save bajet, sekali jalan, sekali penat.

Nampak macam ok je kan kami bergambar, tapi realitinya, kami sampai pukul 3, ahli keluarga belah suami pun semua dah balik, tak sempat nak jumpa, pengantin pun dah nak keluar shooting outdoor. Sebab lambat, kami ada hari sukan sekolah anak  =(  


Tahniah Ariff dan Aisyah. 


The Imans. Sunburn muka masing-masing sebab berjemur.


Adik with Kak Awin. Depa kata muka mereka ni sama.


Alahaiii lawanya pasangan pengantin. Cantik mata memandang, bagai pinang dibelah dua.  

Ya Allah, kurniakanlah kepada Ariff dan Aisyah rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warahmah, keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah kepada mereka nikmat hidup berkeluarga yang berkat, luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki, peliharalah keduanya dan lindungilah mereka Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya rahmatmu dan keredhaanmu Ya Allah.


Adik with her fav pose. Apoo dik, tu style boy la, awak girl!

Bergambar kenangan dengan perantin dan family Along.

Walaupun MC dan announce pengantin nak keluar outdoor shoot, tak boleh bergambar dah, tetap tarik juga family Along nak bergambo. Kita lambat wakkkkk, ni je peluang kita nak bergambar kenangan tau.

Aisyah ni dulu practical kat tempat kerja I. Sempat la join sukan jabatan, acara bola tampar. So geng bola tampar juga memang dijemput ke majlis ni. With Pn. Haida, geng boleh tampar yang sampai lambat juga macam I. 


Last but not least, kamiiiiii, Pengantin lama! =p


Jumaat, 25 Oktober 2024

Bukit Melati, Nilai, Negeri Sembilan

Salam semua,

Berapa minggu kebelakangan ni, during weekend, belah petang mesti hujan. Plan ajak husband naik Bukit Melati (BM) waktu petang time weekend tapi selalunya mesti hujan.

Minggu lepas, kita berharap lagi nak naik, sebab dah lama sangat tak pi BM. Tengok keadaan cuaca macam ada harapan je nak pergi.

Alhamdulillah, cuaca cantik ahad lepas so, moh la kita anak beranak pi hiking, menunaikan permintaan ommak.

Bukit Melakti ni trek dia ok je for beginner. Takda pacak sangat bukitnya. Santai-santai anak beranak sambil cuci mata melihat kehijauan tumbuhan.

Kat sini, pagi meriah dengan orang ramai dan gerai-gerai makanan sebab tu kita suka pi petang. Tenang dan tak sesak.


Si adik yang membesar di Bukit Melati. Memang dari kecil dia dah biasa pi sini.


Ada laluan mudah, dan ada laluan susah. Yang laluan ni, kalau turun, syok je la tapi kalau naik dari sini, hazabedahhh juga bagi yang tak biasa.


Salah satu puncak bukit yang ada di sini.


Banyak bukit lain juga ada kat BM ni. Boleh pilih nak lalu ikut mana.


The Imans!


Lama tak datang, hikers kat sini siap buat wall climbing dah.


Kenangan naik BM untuk tahun 2024 =)


Kakak suruh posing LOVE sebab dia nak snap.  Ada anak-anak estetik sikit la gambo kita ;)






 

Rabu, 23 Oktober 2024

Kisah Raya 2024

Salam,

Disclaimer: Dah taip tapi tak post time bulan raya, so kita post juga la sebab sayang post ni 🙈

________________________________________________

Tahun keempat kami beraya tanpa ibu dan abah. Akward feeling di pagi raya sebab Ibu dan Abah takda, tapi tetaplah meneruskan sambutan raya selama sebulan.


Pakai baju raya pi photoshoot raya sebelum raya di Umangai Studio, Sendayan. Kali kedua kami ke sini. Dulu pi Jabbe Production kat KL sana, tapi tak larat dah la nak masuk KL bulan puasa, kita try service yang dekat je pula.

Sambutan raya kat office. Since food banyak, ajak suami yang baru ambil anak sekolah  naik beraya.

Ex-bos ajak raya. So moh kita! Pernah jadi bos sekejap ja dan rajin komen-komen kat IG story kita. Thanks Dr. Azni for the inviation!

Raya with officemate!


Antara menu jamuan raya office, ni paling win. Singgang daging dan adik-beradiknya. Yang bekas pink tu  I bawa. Sambal tempoyak goreng dengan ikan bilis dan petai.


Buat makan-makan raya kat rumah, sekali terus celebrate kakak dan Abang. Dah besar ni tak nak dah kek bertema. Kakak request pavlova sedap, abang nak devil's chocolate cake.


Raya with Secretaries.


Sama tak? Anak bff I. Diorang kata, macam muka I. Mungkin time pregnant dulu, BFF I asyik teringat I, so mengikut la sorang anak dia muka I.


Teknik Port Dickson #circa2000


Raya company.


Raya company jemput Fauziah Ahmad Daud, so moh la kita mengabadikan kenangan dengan pelakon lagenda negara.


with cinta hati kita lalalala haha.


with anak raja Pro Canselor.


with Mak Wan, geng bola tampar dulu-dulu dan now dah pencen dan menetap di Teluk Intan, Perak


Beraya di rumah jiran yang dah pindah rumah baru.


Balik kampung, Paklong belanja kekanak bunga api. Main lah sampai lebam.


My heroes 💓

Beraya ke Pedas, rumah abang arwah Ibu.


Tragedi raya ketiga rasanya ni. Tayar meletop di highway. Alhamdulillah sempat berhenti  ke tepi lepas kejadian.


Polis suruh duduk di bahagian ni. Kita ikut je lah. 

Si kakak siap cakap, malu la mami raya di tepi jalan.
Hai lah kak, siapa je lah perasan atau kenal kita sebab semua laju-laju kat highway tu ;)


Klasiknya raya


One with Mama untuk kenangan.

Raya kedua kami ke Kuala Lumpur. Ziarah Family Mama, adik arwah Ibu. 
Seronok masuk KL time raya. Trafik lancar je.


Balik kampung, jumpa kawan dari zaman tadika.

Gambar tunggang-terbalik ya. Ni dah ke gambar raya Hari Pertama.

Beraya dengan family Makcik, adik arwah Ibu. Tersama tema pula hijau semua. Memang takda janji pun.


Reezqy dan anak-anak cousin I.

with kakak saudara, kawan I membesar bersama-sama. Dulu apa benda semua cari Kak Yan. Now, masing-masing dah ada family, jarang dapat berjumpa. 

Tempat menumpang kasih, Makcik & Pakcik.


with Cousins sama-sama membesar di kampung.


with cousins lagi. Dalam ni I yang paling tua. Haha.


With adik-adik. Yang kedua raya di Terengganu.


Pagi raya wajib ziarah rumah ibu dan abah.


The Siblings 💚


My small family 💓