Jumaat, 31 Mei 2019

Salam Aidilfitri 1440H


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin =)

Khamis, 30 Mei 2019

Ramadan di pusingan akhir.

Salam,
Alhamdulillah, kita semua berada di minggu akhir Ramadan dan semua sedang berhempas-pulas mengejar lailatul qadar, malam seribu bulan di ketika ini.

I rasa malam tadi dah lailatul qadar sebabnya pagi ni mendung je. Rasa je lah. Wallahua'lam sama ada iya atau tidak. Dan malam tadi pun katanya hujan. Tengahari tadi pula mendung semula selepas cerah sekejap.

Sedikit kecewa untuk diri sendiri sebab memang dah set nak bangun, tapi pukul tiga pagi Rayeesa meragam sampai pukul 5. Suruh garu-garu badan dia, bila I stop, dia menangis. Ingat nak lari jugalah tinggalkan sekejap tapi banyak kali cuba, tetap menangis. Malas nak dengar tangisan dia berlarutan, garu jugalah walaupun tangah dah lenguh. Pukul 5 mengejar sahur.

Ramadan kali ini juga, family kami diduga. Last week abah memang dah tak balance lagi nak berjalan dan tak boleh berdiri sangat. Genggaman tangan juga makin tak kuat. Allahuu. Sedih tapi sebolehnya tak tunjuk depan dia. Cuba juga ajar abah untuk pakai pampers tapi macam nak berperang bila suruh pakai sebab dia tak nak, siap marah.

Ya, kami faham, mungkin abah tengah down sekarang dengan keadaan dia, so kami ikut ajelah kemahuan dia. Sementara kami ada kat rumah, boleh la papah dia, kalau nak ke toilet, dan biarkan dia tak pakai pampers.

Bagi nak memudahkan Ibu handle abah, kami belikan tongkat (ni memang tak boleh guna dah), Adult Walker dan wheel chair. Anak-anak duduk jauh, memang risau tinggalkan ibu untuk handle abah, tapi kami takda pilihan. Kami berserah aje pada Allah agar semua, Insha Allah, akan baik-baik sahaja, ibu dan abah sentiasa dilindungiNya selalu.

Ramadan yang penuh dugaan untuk tahun ini. Terima kasih Ya Allah, atas dugaan, atas peringatan dan atas segala pengajaran. Terima kasih kerana tidak pernah lupakan kami. Dugaan ini juga makin mengeratkan hubungan adik-beradik.

"Allahumma innî as’aluka ridhâka wal jannah, wa ‘azubika min sakhatika wannâr."
Ya Allah, aku meminta redha-Mu dan syurga-Mu dan aku berlindung dari azab api kemurkaan-Mu.

Minggu depan I start cuti dah. This year turn raya Melaka. Alhamdulillah, dalam keadaan macam ni, boleh beraya dengan abah dulu. Rutin raya tahun ni mungkin ada yang berubah. Tengok ajelah nanti, ikut kondisi Abah.

Apapun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua rakan blogger.
Selamat pulang ke kampung dan berhari raya bersama keluarga tersayang :)




Selasa, 28 Mei 2019

Cara bersihkan periuk kera & masak pulutnya

Salam semua,

Hari ni nak share cara bersihkan periuk kera dan cara masak pulutnya.

Firstly, gunting muncung periuk kera, basuh bersih segala kotoran yang ada. Sila berzikir dan bertabahlah ketika membersihkan 🤣

Lagi cenonet lagi rumit dan bersihkan. Time kanak-kanak dulu, kalau kena buat benda ni, memang stress yang amat. Kalau boleh pilih antara mengaji dan cuci sarung periuk kera, rasanya rela lagi mengaji. Haha.



Gunting juga bebulu kat tepi tu. Tak nak pun takpa, takda siapa marah pun. Macam ni lah rupa periuk kera yang telah bersih dan sedia digunakan.

Next, cara masak pulutnya.

Basuh bersih sekilo pulut, toskan dan gaul dengan santan (guna sebelah kelapa je sebab tak suka lemak sangat. Kalau ibu memang dia guna sebiji kelapa). Perasakan garam & gula. 

Isikan pulut dan santan ke dalam sarung periuk kera. Santan perlu menutupi beras. Santan berlebihan akan menyebabkan pulut lembik. Tapi kalau suka yang lembik ok je. I suka yang berasnya nampak butir-butir.

1kg pulut, sebelah kelapa (kalau nak lg lemak lebih lg santan tp ingat kalori juga ye 😛), akan dapat dalam 35-40pcs (ikut size sarung periuk kera)




Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Sedia di makan bersama rendang atau sambal tumis ikan bilis 😋


Ada yang tanya, apa rasa periuk kera ni?
Rasa dia macam lemang tu juga, tapi tanpa kerak. Lemang periuk kera ni juga lagi lembut dari lemang bakar.

Sekian, dan selamat mencuba!

Isnin, 27 Mei 2019

IFTAR di luar

Bulan puasa ni, kalau dapat Iftar di luar memang senyum sampai ke telinga lah.
Tak payah terkejar-kejar nak balik masak, dapat lebih rehat dan dapat lah lebihkan amal ibadah gitu.

So, last week ada beberapa kali Iftar di luar dan ada beberapa plan Iftar juga terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Iftar di Hotel Tenera. Ni under tempat kerja. Thank you office! Meriah food kat Tenera ni. Sebelum berbuka rasa nak makan semua tapi bila dah berbuka, tak termampu pun. Haha!

Sedap bubur lambuk dan sup daging Tenera. I makan tu je. Selection food banyak, tapi bila kau ada anak yang tak duduk diam, nak kejar masa solat lagi, so, just enjoy makanan seadanya lah.

While waiting waktu berbuka, bagi diorang buat coloring. Membantu juga lah bagi mereka diam. Tapi lepas berbuka, masing-masing macam terlebih gula.

Lepas Iftar, kami berterawih. Request satu bilik untuk berterawih bersama rakan pejabat dan ahli keluarga. Bagus Hotel Tenera ni, disediakan kelangkapan solat sangat lengkap. Ada selipar, kain sarung, kupiah, sejadah  dan telekung. Telekung SK lagi kau! Haha.

Berkesempatan juga beberapa kali berbuka di rumah Mertua. Time yang ni, berkolaborasi dengan MIL masak juadah berbuka. Walau simple, tapi puas hati dapat masak-masak sambil borak-borak dengan Mak mertua kat dapur. Bukan selalu dapat sembang walaupun rumah sekangkang kera je.

Iftar with International student. Bagi anak-anak rasa macam mana Iftar duduk makan bersila and bersyukur dengan apa aje makanan yang ada.

Yang ini Iftar di rumah tapi food dari luar. Thank you Mak Mertua. Gigih suruh along hantar my favorite food. Pecal! Mak mertua kalau buat pecal lawan dia ayam rempah kicap! Haishhh, sedapnya pecal! Rasa macam nak buat hari ni je tapi fikirkan renyah, terus malas =p

Support program kengkawan. Jom kita berbuka di masjid. Mami happy gantung kuali, anak-anak pun dapat pengalaman Iftar di masjid =)

Rabu, 22 Mei 2019

12 Mei 2019, kisah hari lahir


Alhamdulillah, Allah pinjamkan lagi umur untuk hidup di duniaNya.
Semoga segala yang dipinjamkan akan digunakan dengan sebaik-baiknya dan beroleh pahala, Insha Allah.

This year, menjelang 12 Mei, masa dihabiskan dengan menjaga ibu dan abah. Masak sahur dan berbuka untuk mereka, ingatkan ibu minum air sebab masih dalam pantauan denggi, basuh baju mereka, sapu rumah, basuh pinggan mangkuk, buat semua yang dah tak dapat dibuat since kahwin.

Pagi sahur 11 Mei tu pun, bila abah kata, esok hari lahir kau kak!
Baru teringat, ohhh!
Gelak ajelah tapi dalam masa yang sama i'm happy sebab abah masih ingat tarikh lahir i.


Pagi 12 Mei, suami dan anak-anak yang tiba di Melaka malam tadi bagi ucapan hari lahir. Tiba turn Reezqy, lepas dah wish I tanya, takda hadiah dan kek ke?

Dia jawab ada.
Dedi beli hadiah dengan kek kat rumah Nilai sebab nak surprisekan Mami.
Lepas tu dia cakap eh! sambil tutup mulut dan pandang muka Bapaknya yang dah tukar hijau. 🤣

Jujur sungguhlah Reezqy oi. Tak boleh simpan rahsia. Penat Dedi komplot, Mami test sikit je dah tak tentu arah bocor rahsia.

Maka, balik Nilai petang tu, terpaksalah berlakon macam takda apa-apa bila masuk rumah 😎

Dah lah kena tunggu dalam kereta lama sebab nak tunggu diorang set up, lepas tu puasa pula, hanya boleh tiup lilin je lah dan malam tu baru makan kek.

Terima kasih suami dan anak-anak atas usaha nak bagi Mami happy =)
Kek pun sedap sangat.

On the way nak balik Nilai juga, terima satu panggilan. Tanya berada di mana sebab nak hantar barang. Bila jawab, yang I takde order apa-apa dan biasa guna alamat office aje, terus pemanggil jujur kata ada surprise delivery!

Maaf lah tiada gambar penerima sebab orangnya berada di luar kawasan. Next time, check dulu penerima ada di mana ye kalau nak bagi kejutan =p

Terima kasih Geng kurus bagi jambangan kurma dan kek red velvet yang sedap sangat. Semoga Allah murahkan rezeki kamu semua dan kita akan bersahabat sampai ke syurga, aminnnn.

Time berbuka di Mantin dengan makcik saudara dan adik beradik juga, sekali lagi potong kek. Kali ni share dengan Daniyal sebab kami lahir bulai Mei.

Macam-macam nikmat dan rezeki yang Allah beri time hari jadi.

Hari lahir adalah hadiah terhebat dari Dia kepada hambaNya. Sebuah hadiah untuk meneruskan kehidupan. Hargai, nikmati dan syukuri pemberianNya ❤️
Alhamdulillah, Syukran Ya Allah.

Jumaat, 17 Mei 2019

Nasi lemak sambal daging


Gara-gara tengok blogger post IFTAR dengan nasi lemak, terus semalam pun untuk IFTAR masak nasi lemak dalam tak larat-laratnya.


Bertambah-tambah suami makan. Suka hati kita. Hilang penat memasak, bila tengok orang berselera makan tau =)

Mak mertua pula kirim rendang, lepas tu kawan perempuan Reezqy bagi kek batik, penuh jugalah meja time IFTAR semalam. Selalu satu dua lauk je.

Dah 12 hari kita berpuasa, maka next week akan mula berkumandang lah lagu raya. Kemudian, menyusul pula malam Lailatul Qadar. Allahuu, janganlah cepat sangat bulan Ramadan berlalu.

Rasa sayang nak tinggalkan bulan yang penuh keberkatan, bulan sekeluarga berkumpul time IFTAR, bulan semua berlumba-lumba menambah amalan.

Semoga puasa dan amalan kita pada tahun ini diterimaNya, Insha Allah.

Khamis, 16 Mei 2019

Awal Ramadan 1440 yang suram

Awal Ramadan tahun ni kami sekeluarga diuji bila Ibu warded di hospital kerana positif denggi. Tak tentu arah rasa time tu tapi nasiblah adik-beradik dah besar semua, so bergilirlah kami menjaga ibu di hospital dan abah di rumah.

Ibu dan abah memang jarang masuk hospital seingat I. Last abah masuk hospital pun tahun 2008, sebab demam panas yang tak kebah-kebah then terus detect penyakit kencing manisnya. Time tu I bujang lagi. Merasalah berulang-alik hospital, time lunch hour keluar hantar makan pada Ibu yang tunggu abah di hospital, kejar lak masa nak masuk office. Ambik adik, hantar adik. Ambik ibu, hantar ibu. Hai lah, pengalaman terindah sangat bila dikenang.

Ni sekali lagi,  lepas dan 10 tahun lebih, turn ibu pulak yang warded.

Bila ibu warded ni, kat rumah rasa lain macam je. Takde seri balik rumah famili. Ha, gitulah rasanya. Abah pun menung aje kat rumah.


The day yang ibu admit tu, kesian kat Abah lah. Takde apa nak makan, berlapar. Abah I ni dah uzur. If dia kuat, boleh la keluar cari makan. Makcik ada bagi lauk, tapi tak kena dengan selera dia, so menunggulah kami balik.

Keadaan Ibu kat hospital lak memang merunsing hati semua orang. Demam tak turun, platlet darah pun makin rendah =( Nak ke toilet dan mandi pun kena guna wheel chair sebab memang tak larat.

Adik yang ketiga tunggu Ibu waktu malam, so, bila dia nak rehat siangnya, I atau adik lelaki lak tunggu Ibu. Adik nombor dua, tukang masak kat rumah sebab dia ada baby so tak boleh tunggu di hospital. Tukar-tukar juga dengan I jadi tukang masak.

Hari kelima warded, adik ketiga dah kena balik kerja. Adik kedua pun dah habis cuti sama dengan keempat. So, I volunteer cuti sebab I dah balik awal tapi dengan syarat kena minta ibu keluar wad sebab I ada anak kecil dan senang nak memantau Ibu dan abah bila dua-dua kat rumah. Doktor agree tapi dengan syarat hari ketujuh kena pi ambil darah dekat Klinik Kesihatan berhampiran.

Maka, baliklah I berdua dengan Rayeesa ke Melaka. Azreen tinggal di Nilai handle Raneeya dan Reezqy. Nasib husband bagi izin balik Melaka jaga ibu abah. Dapatlah berbakti sementara masih ada masa =)

Throwback gambar lama - gambar muda tak berapa muda ;)
Amazingly, bila balik rumah, ibu ada selera makan dan nampak kuat sikit. Mungkin sebab tengok muka suami dekat dengan dia, tu yang rasa kuat sikit agaknya.

Then, next day tu bawa Ibu ambil darah, Alhamdulillah, platlet  darah naik teramat ok dan ibu pun bertambah sihat. Lega kami adik-beradik rasa.


Isnin, 13 Mei 2019

Moral of the story: simpan resit belian.

Salam semua,

Dah hari kelapan Umat Islam berpuasa harini. Sepanjang 8 harini, macam-macam lak dugaan yang datang.. Apapun, nak cerita tentang kes semalam dahulu sebab masih terasa panas hati tu.

Semalam try settlekan cari baju Melayu Reezqy. Since dah  berkenaan kat satu booth tu, pi lah beli situ. Knowing Reezqy yang memang buat perangai ajekan, memang mencabar sungguh lah. Dari nak suruh cuba, lepas tu dia bantai lak melalak sebab nak pergi indoor playground, I ambil ajelah dengan harapan, kalau cuba kat rumah kang tak ok, nak datang tukar haritu juga.

So, sambil bayar, sambil Reezqy dah ketuntang melalak, I ambil ajelah balance seringgit masuk kat poket belakang seluar.

Try kat rumah, memang sendat padat aje dia pakai. Beli mahal-mahal takkan nak pakai sekejap, so  sebelum pi IFTAR kat rumah makcik nak pi tukar kat kedai dulu. Kena tukar harini juga sebab I rasa macam takde terima resit time beli tadi.

Time nak tukar tu jurujual mintak resit. Seingat I memang dia tak bagi resit. I cakap, macam takde je resitnya. So, minta tolong dia check rekod jualan. Baju yang size besar sikit pula takde size, maka dia minta I tinggalkan nombor telefon dan tambah duit.

While nak tunggu waktu berbuka, satu WA masuk, dari jurujual tadi. Dia maklum takde rekod bayaran I, so dia kata I tak bayar.

Terperanjat jugalah, sebab I memang ingat sangat situasi time tu. Dah la Reezqynya buat perangai, Azreen handle the girls, I memang main jerit aje tengah orang ramai tu minta duit lagi RM50 sebab duit dia bagi tak cukup. So, I memang ingat sangat I bagi cash kat dia RM150. Dah explain situasi time tu, dia tetap juga kata  takde rekod I bayar.

I pujuk hati, cakap kat dia suruh buka puasa dulu. Sebenarnya, lebih nak tenangkan diri sebab I rasa marah.

Sambil dok berbuka, hati memang tak tenang. Geram pun ada. Sebabnya kita memang bayar.  Lepas berbuka pun, I tengok WA dari dia, dan I masih tak nak respon. Takut tengah marah kang, I sembur aje dia.

Dalam pukul 10 lebih camtu I tengok balik handphone. Baca WA dia. Sakit pula hati sebab dia macam tuduh anak I. Yelah, Reezqy tu memanglah perangai gitu =(, tapi takdenya lah I nak ambil barang tak bayar.

Ikut logik akal, kalau I tak bayar, takkan I dapat baju tu. Logik akal lagi, kalau I 'curi', takkan lah berani pula I datang nak tukar size.

Terfikir gak nak bayar aje balik, sebab malas nak bergaduh. Budak tu pula kata, takpelah, mungkin silap dia, biarlah dia bertanggungjawab, potong gaji dia. Serba salah rasa time tu. I siap fikir, berapa sangatlah gaji budak tu, nanti kena potong RM119, tinggal apa je. Dah la nak raya.

So, balik rumah, gigih lah punggah tong sampah cuba cari kot ada resit tapi I tak perasan. Dah berlinang air mata dah minta kat Allah, permudahkanlah. I jadi lagi sedih sebab duit tu husband bagi. Rasa ralat pula kalo kena bayar lagi.

Dah check tong sampah, takde. So, kira I dah give up lah konon. Nak surrender ajelah.Mungkin bukan rezeki I.

Tengah2 nak taip WA ke budak tu, I terfikir seluar yang I pakai siang tadi. Tergerak hati nak check poket belakang. Raba-raba ada duit singgit dan renyuk. I keluarkan. Lurus-lurus kan kedut duit tu, sekali, huhu, terus I nangis.

Ada resit baju tu.


Terus delete yang I nak taip sebelum ni, then tulis yang kat atas ni je.
Ya Allah, hilang sedih stress kusut semua! Terima kasih Ya Allah.

Yang budak ni pun, dia boleh sekolah kan I balik. Kan main!

Dah la cakap anak I ambil, lepas tu check takde rekod bayaran seems macam tuduh I ni pencuri, padahal dia yang salah key in, haishh lah! Malas nak  panjang cerita, I suruh dia pi tidur aje lah.

Azreen lah lepas tu terpaksa dengar sesi luahan perasaan I. =(

Thank you 12 Mei 2019, hadiah hari lahir yang penuh dengan kejutan dan keajaiban berkat Ramadan. Alhamdulillah =)

So, moral of the story, silalah simpan resit lepas ni ye hatta kau beli barang kat booth jualan saja ;)


Isnin, 6 Mei 2019

Ramadan Kareem

Ramadan Kareem Everyone!
Semoga segala amal ibadat kita pada tahun ini diterima Allah swt.
=)

Rabu, 1 Mei 2019

Cara budak sekarang sambut harijadi

Mostly anak-anak sekarang, memang hari jadi akan sentiasa disambut. Tak payah risau, sampai aje time harijadi, mesti ada kek punya dan makan-makan.

Untung betul.

So, this year, Raneeya nak sambut  harijadi dengan kawan-kawan kat taman. Request yang mudah je, maka kita tunaikan ajelah.
Reezqy masih lagi setia sambut harijadi dengan kawan di Tadika. Ok this year last ye bang. Next year dah darjah satu, takda dah boleh sambut kat sekolah =)

Antara kawan rapat Reezqy dan Raneeya yang hadir. 

Kita ni as mak bapak, selagi mampu, tunaikan lah juga permintaan anak-anak. Kadang rasa tak perlu semua ni, tapi bila tengok muka diorang yang gembira,  so priceless, selagi tak melampaui batas, kita ikutkan aje lah.