Isnin, 11 November 2024

Kota Supai, Kuala Linggi Melaka

Salam,

Haritu ada nampak kawan sekolah kat IG dia bawa officemate dia pergi Kota Supai. Tertanya-tanya apa ada kat situ, moh la kita ajak husband singgah lepas sarapan di Warung Bambam.



Dan macam biasa, walaupun nenek asal sini, tetaplah kitonyo kali pertama sampai sini. Haha. Takpalah, kita datang bawa suami dah anak-anak explore sini. 

Guna waze datang sini. Sampai je ada parking dan kedai makan. Lepas tu tertanya-tanya, kenapa tempat ni tak sama macam dalam gambar yang kawan I post kat IG.



Rupanya kena jalan terus kat laluan ni. Time jalan tu hati-hati ya untuk yang ada anak kecil sebab tepinya tu walaupun ada penghadang, macam luas juga dan agak bahaya. I ni takut si adik tu jatuh je sebab dia suka bersidai tepi tu nak tengok ikan.

Jalan sehingga jumpa signage ni dan ikutlah arrow tu.


Jumpa tangga ni teruskan lagi berjalan.


Jauh juga kena jalan haha. Terus rasa menyesal datang.


Tapi budak-budak ni seronok. Lagi-lagi ada meriam tu, siap tanya kenapa ada meriam semua. Kena la cerita yang sini dulu kubu berperang. Meriam ni orang dulu-dulu guna untuk berperang. Sebab kubu perang tepi laut. Musuh dulu datang melalui laut.


Akhirnya, jumpa tempat kawan I bergambar lepas penat berjalan.


Nak balik kena mendaki semula untuk turun tepi laluan laut tadi.



Kami sampai sini dalam pukul 10 pagi. Ada 2 family lain. Time turun, tengok ramai lagi orang nak naik ke sini. Mungkin sebab cuti Deepavali, ramai yang book chalet area pantai sini datang menyinggah.

Next time kalau datang, nak try sarapan kedai tepi laut kat tempat parking tu pula.







 

Khamis, 7 November 2024

Sukan sekolah adik dan abang

Salam,

Hari yang kami ke Majlis Resepsi anak abang husband haritu, pagi tu ada sukan sekolah Adik dan Abang sebenarnya. Puas  pujuk si abang tak payah pergi sukan sekolahhh tapi mana maunyaaa dia. Dah tentu-tentu dia masuk acara. 

So, maklum siap-siap ajalah kepada Along, kami mungkin sampai lambat ke majlis resepsi tu.

Ikut hati memang malas nak pergi hari sukan ni sebabnya, MSSD dah habis, MSSNS pun sudah, tiba-tiba sukan sekolah pula. Selalunya sukan sekolah ni kan platform cikgu cari bakat baru untuk hantar ke MSSD tapi sekolah adik abang ni terbalik. Lambat sukan sekolahnya.


Moh la kita. Kami support rumah biru sebab adik dan abang rumah biru. 


Jumpa rakan sepejabat  juga kat sini. Siap bos pun ada juga kat sini haha. Begitulah, kami panggil sekolah ni sekolah panel office kami sebab mostly rakan sepejabat hantar anak bersekolah di sini.


This year abang terpilih bawa bendera kejohanan. The only one darjah 5. Yang lelain tu abang-abang darjah 6.


Abang dah BFFnya, Zayyan, masuk acara 100m Lelaki 11 tahun. Resultnya Abang dapat emas, zayyan dapat pingat gangsa.


Acara 4x100 meter L11 pun rumah biru menang tempat pertama.


Adik with her classmate, Wasyfa


Paling kami berdebar tahun ini adalah adik terpilih masuk acara 4x100meter untuk darjah 2. Haha! Macam tak percaya je sebab adik ni jenis semua dia taknak. Lepas dapat tahu terpilih masuk pun, dia suruh pergi cakap ke cikgu, cancelkan. Tak dapekkkkk la nakkk. Mami nak tengok adik lari.

Alhamdulillah, adik dan quartet 4x100m P8 dapat tempat kedua, pingat perak.


Dengan classmatenya lagi. Ni yang rapat la agaknya sebab asyik datang cari Iman.


Ingat nak lari awal ke Putrajaya tapi apakan daya kena tunggu sampai habis majlis juga sebab abang terpilih menerima pingat Olahragawan harapan 2024. Alhamdulillah.

Dia target olahragawan sekolah tapi apakah daya, Olahragawan hanya untuk darjah 6.

Abang: Mami, abang dapat 4 emas. Olahragawan tu 2 emas, 2 perak je. Kenapa abang tak dapat Olahragawan sekolah?

Mami: Olahragawan tu untuk darjah 6 bang sebab diorang dah habis sekolah. Abang cuba lagi tahun depan la ya.



 

Rabu, 6 November 2024

Yong Tau Fu Pantai Puteri, Melaka

 Salam semua,

Haritu nampak officemate share Whats App status di pergi makan Yong Tau Fu (YTF) kat Melaka, tempat tu dekat dengan kampung I. Dia pergi lepas waktu kerja ya, terus shoot pergi Melaka untuk makan YTF. Siap up status lalu Pekan Masjid Tanah.

Tanya dia kenapa gigih pergi lepas waktu kerja? Katanya, weekend tempat ni penuh. So, sebab nak makan, kenalah pergi lepas waktu kerja. Orang tak ramai dan senang parking.


Cuti Deepavali haritu, dah alang-alang adik-adik pun ada,  kita hangkut la yang gegirls pergi makan sini. Nak juga tahu, apa yang sedap sangat sampai beriya kawan I tu pergi.

Ini la dia, YTF Pantai Puteri. Famous rupanya tempat ni.  Rupa-rupanya, I je yang tak tahu walaupun duduk sini. Tengok logo kat kedai tu dia tulis since 1983, tahun kita lahir. 🙈

Tanya kat geng sekolah, diorang tahu tak kedai ni? Ya, diorang semua tahu kecuali I. Haha!


Dua orang ni BFF. Kalau balik kampung, mesti melekat berdua. Nak makan pun kena duduk sebelah-menyebelah.



Order kami, makan 4 dewasa dua kanak-kanak. Nampak banyak kan, tapi Alhamdulillah, habis kami makan. Shedapppppp 😍

Patutlah kawan I gigih datang sini. Sedap YTF nya. Yang buat sedap, sosnya tu. Makan dengan sup panas-panas, cicah sos dia, memang surrrrr bak kata kid nowadays.

Isi YTF pun ada macam-macam pilihan. Kalau tak nak yang process food adik-beradik fishball ni, boleh la pilih telur, udang, paru, sayur-sayuran dan haiwan tumbuhan lain. Pilihan bahan untuk direbus tu memang banyak.

Next time nak datang lagi bawah husband lak makan kat sini. 

Selasa, 5 November 2024

Warung Bambam, Seremban

Salam,

Cuti Deepavali haritu ajak suami balik kampung sebab cuti jatuh pada hari biasa. Senang la nak kidnap orang busy tu bawa balik kampung. 

Ajak semua gerak balik kampung lepas Subuh sebab nak singgah tempat favourite sarapan kat Seremban.   


Moh kitaaaaa, cargas!!!!

Trafik pun lancar ja sebab petang rabu orang dah berpusu-pusu balik kampung.  View jalan pun indah sebab matahari sedang nak terbit.


Suka keluar awal, sampai awal, tak payah bersesak-sesak.  Hello Warung Bambam, long time no see! Kalau balik Melaka memang suka singgah sarapan kat sini, atau Kafe Kampung Kaw yang kat PD. Dah alang-alang SE-jalan kannn.

Banyak pilihan kuih-muih Melayu kat sini. Ni pun salah satu sebab suka datang sarapan kat sini.

Kupi-kupi ni kena bayar terus bila air dah sampai. Chocolate Ice for Abang, RM10.00


Favourite anak-anak, Sangkaya. Sedap makan berebut-rebut time panas. Order dua set.

I order set nasi lemak bambam. Ada rendang dan sambal sotong dalam set tu. Husband lak order mee kari ayam goreng. Tak sempat nak rasa mee kari sebab senyap je husband habiskan. Sedap la tu!




Adik dengan menu fav dia, roti jala kari ayam.



Selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan balik Melaka. Santai-santai ajelah sebab takda apa nak kejar.





 

Isnin, 4 November 2024

Briskwalk sempena Bulan Kesihatan Mental

Salam semua,

Dah bulan November dan tinggal sebulan lagi 2024 akan berakhir. Semalam kat IG, lalu satu posting tu, dia tanya, tinggal 4 bulan lagi nak puasa, dah kurus ke belum tu? Haha.

Terasa kita!

Takpalah  tak kurus, janji sihat sudah kan?

Last week I ada join program briskwalk sempena Bulan Kesihatan Mental. Kita support la program company ni. Lagipun, I mewakili salah satu kelab yang ada dalam company. 

Sesekali kita bersosial di waktu kerja ;)
 


with rakan kerja dan mantan jabatan sekarang.


borak sambil berjalan. haha. ini bukan briskwalk ya, briskwalk tu berjalan laju.




Riang dan gumbira berjalan bersama rakan-rakan.


Rakan-rakan lagi.



Program mula pukul 8 dan tamat pukul 9.30. Jadilah dapat healing sekejap sambil bersosial.