Isnin, 23 Julai 2018

Bye bye cinta lama!


Assalamualaikum,

Dah seminggu dah amalkan green tea.
So far, so good. Takdelah teruk mana pun rasa dia.
Rasa macam minum air bewarna, tapi rasa tea dia light je pastu rasa air kosong pun iye juga, yang pasti takda rasa manis pun sebab tak letak gula.

Mula-mula haritu, tersalah beli tea.
Pi beli green tea jasmine. Minum ada bau wangi-wangi  macam bau colok India sembahyang tu. Terkulat-kulat lah nak telan tapi tetap minum juga. Lepas jumpa yang green tea pure, terus yang jasmine I sedekah aje kat pantry office.

Untuk green tea ni, brand Ahmad Tea ni I boleh telan, yang Boh punya, rasa tea dia kuat sikit, so terasa pahit tu, terus jadi trauma minum.

This time dah pandai sikit. Haha.
Beli yang green tea betul, lepas tu, beli kat Speedmart, so murah RM7 compare beli kat AEON =p

Dalam seminggu ni, ada gak tersasul terminum air manis tapi masih under control lagi.
Nak ninggalkan cinta lama kan, dah sebati dengan kau, memang payah sikit lah.
Terkenang-kenang juga rasa nescafe yang lemak manis tu, siap boleh terbau-bau kat hidung ni walaupun takde siapa pun buat kat office. Ha nampak, sampai gitu sekali struggle nya!

Ayat motivasi untuk diri sendiri: 
Come on Ain, dah 35 tahun kot kau rasa sedap nescafe tu, now sila tinggalkan untuk turunkan berat badan =)

Semoga akan terus say bye bye to air manis, aminnn.
Lepas berjaya tinggalkan air manis, slow-slow kita bye bye kat desserts (oh no!), dan juga nasi.

Bye bye cinta lama, tolong jangan goda-goda kita ye!
;)

Tak sabar nak timbang berat hujung bulan ni, harap banyak lah turun!

Wassalam.


Khamis, 19 Julai 2018

Momen indah anak-anak

I rasa semua emak jenis sama macam I kot. Setiap masa, setiap saat, kalau boleh nak capture setiap momen anak-anak, hatta si anak tu tengah muka comel sakit perut sembelit nak yak. Kahkahkah!
#tipikalmom

I'm not a good photographer, ambil gambar pun guna handphone je, tapi I admire dengan gambar candid yang bersahaja. I suka. Lagi-lagi kanak-kanak kan, diorang ni jujur dalam segalanya even dalam gambar. Tengok aksi mereka ni, banyak kali pun tak bosan.

Conteng lagi nak. Conteng lah. Ommak kau memang suka tengok. *rollingeyes

My love =)<3 td="">

Acah-acah anak 5 (my favorite number), Insha Allah.

Semoga sentiasa riang gembira dan dilindungiNya selalu, anak-anakku. Aminnn.

Daddy's love that never ends.


Bila travel, atau kat office time takda kerja, tengok balik gambar anak-anak yang lama-lama, tersentuh hati, rasa happy tengok aksi comel mereka, rasa sedih kadang-kadang sebab kita bukan emak yang baik, rasa insecure kadang-kadang bila fikir if terjadi apa-apa kat kita, macam manalah nasib anak-anak, haishhhh.

Perempuan kan, memang suka fikir berlebih-lebih!

Lagi satu, mostly, semua perempuan yang beriya snap gambar anak suami ni. Lelaki, ada, tapi tak ramai, tak selalu.

Semoga semua momen manis kita sekeluarga akan tetap kekal manis sentiasa walaupun bila kita dah tiada, Insha Allah.

Wassalam.

Rabu, 18 Julai 2018

Drama tv: Jangan benci cintaku


Me: If i jadi Fika, I minta cerai je. Suami dah tak sayang kita, ada perempuan lain pula, nak tunggu apa lagi. Dia ada rupa, belajar tinggi, boleh bina kerjaya dan cari jodoh yang lebih baik lagi. Yang Husna ni pun satu, rosak imej orang bertudung. Ngade betul kacau suami orang.

Suami: If i jadi suami dia, I kahwin je dua-dua. Kahkahkah.

Me: Dasar jantannnn!!


Lelaki kan, gitulah! Senang aje dia punya solusi.

Now,  I dah terlekat pula dengan drama TV3 ni. Tu la payah kalau dah tertengok episod satu, mesti nak follow episod lain lak. Nasib lah anak-anak dah tak minta kartun dah time cerita ni tayang. Kalau tak, memang perang lah.

Tertarik dengan jalan cerita ni sebab satu, Zahirah tu lawa, suka tengok dia. Kedua, hero macam Aaron Aziz, so I suka. Ketiga,  watak perampas tu bertudung. Hamboiii, lepas ni mesti orang akan kata, bertudung tak semestinya baikkk.

Watak Husna tu memang menjadi betul. Kalau tak, takkan lah I yang tengok ni sakit hati.

Awal-awal episod dulu, I geram dengan Fika ni. Dah kenapa kau tinggal suami macam tu je. Ikut sangat kata hati tu. Tapi sekarang, bila dia dah bersedia untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri (eh, boleh ea pilih nak bersedia ke tidak walau dah ada ikataan sah) rasa kesian pula dengan dia sebab dia terpaksa bertahan sebab tak mahu suami dia tinggalkan dia. Come on Fika! Fight for your right la.

Apapun, tak sabar nak tengok endingnya nanti. Semoga yang baik-baik sahaja lah untuk Fika. Husna, I rasa mungkin ada kanser perut kot, sbb dia selalu sakit perut. =p





Selasa, 17 Julai 2018

Kena masak, tapi diet. Hmmm..

Siapa masak untuk bekal anak?
Siapa balik kerja kena masak untuk bapak dan anak?
sila angkat tangan!

Haha. Kita geng! Meh sep lima sikit.
Tapi untuk bekal anak tu, harini dah start I masak untuk bekal sendiri je sebab anak tak nak dah bawa bekal.
Dia asyik merengek tak nak bawa bekal, untuk elak dia kemurungan ke sekolah, kita tunaikan lah. Ikut ko lah kakak, janji pi sekolah happy sudah.


Tengok dalam handphone ada gambar masakan (rajin snap je, pastu peram), maka meh la kita letak dalam blog supaya anak-anak baca nanti dia tahu, Ommak ea memang masak untuk bagi korang makan ye anak-anak.

Adoi, telan air liur tengok ketupat palas tu. Even frozen je pun, I tetap suka. Bab pulut-pulut ni memang love sangat sebab tulah mengembang aje tak turun berat. Yang ni I tak masak. Kebetulan ibu bekal kan sambal bali, I frozen kan, emak mertua bekalkan rendang, I frozen juga so bila nak makan, kita panaskan aje kesemua! Senang kerja den.

Ini tak masak. Tapi mendapat buah kedondong kawan bagi. Gulp! Cicah kicap cili padi boh gula sikit lenyek belacan. Nyum nyum memang hadap sorang ajelah.

Hello my diet! I start nak cuba Atkins ya kawan-kawan. Dengan harapan boleh turunkan 10 kilo, aaaminnnn. Susu, jagung, epal sebelah, roti tabur telur. Semoga istiqomah lah hingga capai berat yang dikehendaki.

Bekal anak. Mee goreng dengan pelbagai haiwan dan tumbuhan. Yang mee masuk bekal anak. Yang haiwan tumbuhan masuk mulut Ommak.

Bekal anak lagi. Masak lemak sayur bayam di pagi hari. Lawankan dengan ayam goreng. Faham-faham ajelah pagi kan, macam-macam nak dikejar. Tangan lak ada dua je. Tak sempat nak kacau2 kuahnya tunggu didih. Mendapatlah masak lemak pecah minyak tajuk dia.

Tekak teringin. Kan musim durian sekarang ni. Kita lawankan dengan pulut dan santan. Sedap yaaaaamatttt! Hi diet! =p

Bekal anak. Roti tulurrrr. Nampak simple tapi inilah kegemaran diorang. Hari-hari bawa ni pun takpa, tapi Ommak kau tak lalu ye. Harap maklum. Lagi satu depa ni suka sangat kuewteow goreng. Pun, I tak layan sangat, sebab bukan favorite kita.

Ada satu pagi tu, bangun tidur nak makan nasi lemak. Ini gara-gara pi rumah orang, makan nasi lemak sambalnya tak kena dengan tekak. So, esok kita masak untuk tekak sendiri. Timun takda. Nak suruh suami pi pasar pagi-pagi buta memang tak la kan, so kita belasah ajelah rebus brokoli makan dengan nasi lemak. Haha. Ambil dapat je ko kan Ain!

Day 2 untuk menu ghope gini. Snacking buah. Tengahari makan roti sapu peanut butter sekeping. Malam makan buah dan susu. Workout sikit. Setiap Rabu dan Jumaat jogging.

I tak tahulah bertahan sampai bila, tapi Insha Allah I harap I tabah untuk menurunkan berat 10 kilo. Go Ain go! Dah turun 10 kilo nanti tinggal 60kg je. Lepas tu boleh slow down dah, keep exercising, then number lima come to mama! Target I ialah 58 kg dengan ketinggian 163cm. Ingat nak target 54kg berat zaman anak dara, tapi tu extreme sangat lak, so kita target 60 je lah dulu.

Dulu zaman bujang senang je nak turunkan berat. Putus cinta je tak makan seminggu, 5 kilo turun. Sekarang, putus kasih sayang sekejap dengan suami (merajuk), mogok lapar, sehari je pun bertahan, lepas tu balas dendam makan balik banyak-banyak.

Haha. Celah mana lak berat tu nak hilang kak oi! =p

Wassalam.

Jumaat, 13 Julai 2018

The Imans: Report card day

Minggu lepas adalah sesi untuk bertemu dengan cikgu sekolah anak dan mengambil report card. Untuk Sesi Reezqy, I hadir dengan anak-anak sahaja since Azreen berkursus dan untuk sesi Raneeya, kami hadir bersama-sama ke sekolah.

Sesi pertemuan dengan Cikgu Reezqy went well dan lega hati bila cikgu kata Reezqy adalah budak yang bersemangat belajar, suka menyanyi, hafazan bagus dan pandai urus diri. Cuma ada time bila dia moody, kalau suruh buat memang dia diam je tapi cikgu minta maaf siap-siap pada I sebab cikgu kata, dia tak layan moody Reezqy dan bertegas suruh buat juga.

Ok la tu cikgu. Marah cikgu tu takat mana ajelah nak banding dengan marah ommaknya. Haha. So, I jawab ok je cikgu, kalau mana yang salah tu didik dan tegur lah dia.


Since Reezqy mula tadika pada umur 5 tahun (sama juga macam Raneeya), tengok semua subjek dia dapat A, senyum simpul I dalam hati. Alhamdulillah abang, walaupun kat rumah sampai tegang urat leher mak kau nak menyuruh kau menulis membaca, nasib kat sekolah, elok je perangai dia.

Semoga mood abang yang riang dan ceria nak pergi sekolah akan berterusan macam tu  sampai masuk sekolah rendah, menegah mahupun universitas, Insha Allah ;)

Untuk sesi Raneeya, I pergi bertemu cikgu sekolah pagi dan Azreen pergi berjumpa cikgu KAFA. Cikgu dah tetapkan semua makpak untuk sesi ni tak boleh lama-lama. So, kita pun kena faham dan tanya yang perlu ajalah.

Perasaan I time tu, ada rasa nervous juga  sebab ujian sebelum ni, kedudukan dalam kelas dia adalah no. 37 daripada 39. Walaupun sekarang orang dah tak tengok nombor dah, orang kira bilangan A, as a #tipikalmom haishhhh, i tetap tengok nombor juga =p

Sebelum exam haritu, I cakap kat kakak, kalau kakak nak Mami dan Dedi bawa tidur hotel, kakak kena jawab exam betul-betul dan dapat semua A tau. Lepas jawab exam bila ditanya tentang exam sama ada senang atau susah ke soalan, semua dia jawab semua ok kecuali Math.

Kesiankan anak-anak, darjah satu pun subjek dah banyak =(

Overall, Alhamdulillah, ada peningkatan untuk result exam kakak kali ni. Dari nombor 37 naik 27. Ok lah tu nakk, naik 10 tangga. =p Yang I heran, Bahasa Melayu Pemahaman dia boleh dapat B. Haha, ngikut sapalah ni? Mami tak pernah tau Bahasa Melayu dapat B ye anak!

Sesi sekolah KAFA pun result exam kakak ok. I rasa sebab dia ada basic tadika arab, so, most of the subjek markahnya ok. Cuma Sirah, cikgu kata soalan jenis banyak kena baca ayat panjang, ramai pelajar careless, so tu ramai ada yang tertinggal jawab soalan. Kes malas membaca lah ni.

Walaupun di zaman sekarang, orang kata, jangan push anak dalam pelajaran, bagi masa kat mereka, tapi bila tengok anak I struggle nak adjust diri dengan pembelajaran sekolah rendah masa awal-awal dulu, I rasa as parents, kita kena juga main peranan kita. Tak banyak sikit, kena guide dan encourage juga anak-anak. Of course kita tak nak anak kita tertinggal.

Semoga semua anak-anak kita akan sentiasa dipermudahkan urusan, dilapangkan dada untuk terus menuntut ilmu, Insha Allah.

Wassalam.