Selasa, 10 Julai 2018

Little Poney & Transformers Birthday Cake

Sambutan birthday anak-anak sekarang, masing-masing dah pandai request kek. Tak nak kek Mami buat. Tak cantik katanya.
Haha!
Mak kau bukan baker, so silalah terima kenyataan ya anak-anak. Memang takda skill deco kek jadi lawa =p

Maka, kita penuhi ajelah permintaan diorang, order dengan kawan office kek pilihan hati masing-masing. Mereka juga request, nak sambut birthday dengan kawan-kawan. Sekali lagi, mak pak kau orang tunaikan ajelah.

Tema: Little Poney dan bungaan. Kek sedap, krim dia pun sedap!

Simple transformers cake dan simple deco janji ada gambar transformer kuning. 




Untuk kakak, kita beli KFC se barrel, then bawa kek dan food ke kantin sekolah time rehat untuk ke kelas KAFA. Seronok tengok muka happy dia sangat!


Untuk Reezqy pun sama,  hantar food dan kek ke Tadika, then cikgu uruskan. Time balik asyik cerita kek dia lawa, sedap, abang suka. Iyalah abang, dapat kek gitu pun dah happy sangat ya.

Alhamdulillah, anak-anak suka, makpak pun senang hati =)

For my budak baik tak banyak ragam ni nanti, end of Julai ke sambut birthday ya nak. Teruskan performance adik yang senang handle tu ya. ;)

Semoga semua anak-anak Mami dan Dedi sentiasan dilindungi dan dirahmati Allah swt selalu, Insha Allah.

Wassalam.

Sabtu, 7 Julai 2018

12 tahun berkhidmat.

6 Julai 2006 - 6 Julai 2018
Semalam genap 12 tahun I berkhidmat di kampeni sekarang.
Ya Allah, pejam celik pejam celik, dah 12 tahun, anak pun dah tiga!

Semalam juga berlaku tragedi sentap mak nak.
Elok lah, hadiah 12 tahun berkhidmat.
Orang PTJ baru tanya, eh, jabatan lama tak jemput ke Jamuan Raya?
Terus rasa macam entah tak tahu nak bagi reaksi apa, malu ke, segan ke, entahlah tak tahu nak kata apa. Siapa yang pernah rasa, dia tahu kot situasi tu macam mana.
Almaklumlah, I kan tak boleh move on lagi dengan Jabatan lama. Keluar lunch pun dengan orang Jabatan lama. Apa-apapun, dengan orang Jabatan lama. Eh, kau ni! Sila move on ya!

Walhal selalu pesan kat hati, bersangka baik dalam segalanya tapi semalam dia jadi macam down, sedih, rasa tak dihargai. Kau dah kenapa, ko ingat kau PM? NC lama pun orang boleh lupa gitu, inikan pula kau takat Setiausaha, ada takda sama je pun!

Oleh itu, moh la kita move on terus. Kita keluar ajelah group mana yang masih berkait lagi dengan jabatan lama. Tah apa yang I tunggu pun tak tahu lah masih wujud dalam group tu. Patutnya ambil iktibar dari ex-staf terdahulu. Tak sedar-sedar juga. Move on please!

Berbalik kepada cerita 12 tahun berkhidmat,
Sekarang di jabatan baharu, jabatan ketiga selama 12 tahun berkhidmat.
Bos, Alhamdulillah, nampak macam ok. Tak ok, pun I ok kan aje. Semoga bos ok ajelah sentiasa ya, aaamin.
Rakan sekerja, mana yang lama tu, I ok je. Kot diorang tak ok dengan I, I tak tahu lah.
Ramai gak adik-adik muda di jabatan ni. Mostly sambilan. Semoga ada rezeki diorang ni dapat tawaran kerja kontrak at least, so akan secure sikit.

Jabatan baharu I ni boleh dikatakan panas sebelum ini dengan macam-macam isu.  Deal dengan foreigner ni kau faham-faham ajelah. Bila dengar dulu pun takut, bila kena masuk sini, jadi lapan juta kali takut.  Siap kena ada motivator bagai bagi semangat. Kalau tak memang depress rasa nak pergi je jumpa Kaunselor kat sini.

Dua bulan dah kat sini,
Mungkin sebab staf pun ramai yang dah bertukar, rumors semua tu dulu dah takda dah I rasa.
I tengok semua bagus je, kerja teratur, staf berinformasi, officer pun mantap aje semua. Takde pun asyik lilit shawl I tengok. ;p
Teamwork pun kuat. Bos pun very humble down to earth, siap slumber chit chat dalam group whats app dan order kuih raya. Kahkahkah!
Meeting pentadbiran pun very informative. Semua yang staf patut tahu, diberitahu. My first meeting pentadbiran, siap nama I naik sebab mata CPD tak cukup! Adoi, manalah nak cari mata CPD ni.

Semoga I terus rasa selesa dan gembira berkhidmat di sini. Kita kena suka apa yang kita buat baru boleh bekerja dengan gembira. Insha Allah, semoga Allah permudahkan segalanya, Insha Allah.

Selagi khidmat diperlukan, Insha Allah, kita akan setia. If ada rezeki di tempat lain pun, Insha Allah I akan istikarah untuk menerimanya. Apapun, hargai segala apa yang kita ada, sebelum diambil Dia, Insha Allah.

Wassalam.

Jumaat, 6 Julai 2018

Sambutan raya di pejabat.

Alhamdulillah, selesai dah penganjuran majlis sambutan hari raya pejabat. Sebagai organizer, ya, ada kurang di sini sana, tapi majlis makan-makan kan, kita lelap mata aje lah. Insha Allah, tahun ni tahun terakhir bertugas sebagai organizer. Next year kita serahkan tugas kepada team baru pula.

Tumpang bergambar kat gerai orang ;) Tahun ni, untuk pertama kalinya, sepanjang 8 tahun kahwin, kami tak sedondon di majlis hari raya pejabat. Masing-masing pakai warna favorite masing-masing. Ya suami, awak memang nampak handsome dengan warna tu, tapi jangan paksa I pakai sebab I tak suka biru =p


Majlis Hari Raya ni, selain sibuk dengan makanan, kita juga akan sibuk bergambar. Mengabadikan segala kenangan selagi umur panjang. Kot ada yang pencen nanti, gambar ni balik la kita tengok sebagai memori. Haha! Hello Jabatan Canselori, my 1st department time join sini.

GCB, the sisters! Best friends share laughs, memories and inside jokes. They will always be honest and stand by your side no matter what. They wipe your tears, pick you up when you fall, and are forever a piece of your heart. Hidup GCB!

Antara tetamu yang hadir. Pagi tu pula tengah hot isu tentang kes baby Adam Raikal yang hilang. So, itulah antara topik kami time majlis.  Pengasuhnya maklum kepada ibunya, baby Adam telah diambil oleh bapanya tetapi tragedi lain pula yang datang apabila mayat baby Adam dijumpa dalam peti sejuk rumah Pengasuh.

Ya Allah, apa jenis manusialah kan. Koyak emosi pagi tu, sedih mengenangkan nasib baby tu. T____T  Esoknya pun, masuk office, tetap sedih juga bila tengok orang share video time emak baby Adam terima berita tu, time baby Adam dikebumikan.Ya Allah Ya Tuhanku, kau berilah kekuatan untuk parent baby Adam kuat dan tabah menerima dugaan ni. Aaaamin.

Even bertugas, bila team roger nak bergambar, laju aja kita lari untuk join. Tugas, tugas! Bab bergambar tetap kena on. Hai team Tetampa! Berkubur terus ye bola tampar kita. Moh kita fokus kat rumahtangga ajelah ya ;)


Part of my office mate lama! Semoga kalian semua diberkati Allah swt dunia akhirat, Insha Allah.

Team office lama, ex-team office lama, Big Bos HR dan rakan sekerja lain.

Syawal masih berbaki seminggu lagi. Lepas big event ni, ada beberapa jemputan  jamuan raya dan open house lagi akan menyusul. Alhamdulillah dan terima kasih pada yang sudi  menjemput dan terima kasih atas ingatan.

Insha Allah, orang jemput kita datang. Yang tidak tu, kita faham dan sedar diri sendiri ajelah. Bukan rezeki untuk kali ini. Sila undur diri dan move on dari semuanya.

Selamat berhujung minggu semua ;)

Wassalam!


Selasa, 3 Julai 2018

Felda Residence Hot Spring, Sungkai

Ini adalah program office suami dalam bulan Mac lepas. I dan anak-anak ikut, jatuh cinta dengan tempat ni, then hujung bulan lepas tu kami angkut family I lak pi sini.

Haha.
Even kami suka,  bila adik pergi sini, dia tak suka sebab banyak kena berjalan, tapi I tetap suka je =p
Untuk outdoor person, nature's lover, so tempat ni memang sesuai sangatlah dengan kamu, kamu dan kamu!

Sebelum sampai ke Hot Spring, kami singgah lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah. Pergi sini kena bersesak-sesak cari tempat untuk duduk kemudian bersesak-sesak beratur untuk order makan dan minum. Overall, food kat sini rasa semua sedap, cumanya, tempat viral kan, kena bertabahlah hadap orang ramai. Lepas tu panas.  Datang tengahari buta, even ada kipas, tetap panehh. Ada bilik berpenghawa dingin, tapi kena berebut lah.

Orang sibuk order makan, dia melalak nak aiskrim. Hai lah Reezqy. Beriya membazir air mata, lepas beli, sesuap je makan lepas tu dia tak nak dah. Sebab tu lah orang tak bagi beli Reezqy, sebab tahu abang tak berapa makan durian. Cakap Mami takmo dengar kan! Rugi RM5.

Alahaiii, terkenang kesedapan lauk dan kicap cicah tu. Tapi bila mengenangkan suasana kat situ, terus terpaksa lupakan rasa nak makan kat sana.

So, here we go! Sampai dah. Lepas makan, terus check in.

Tempat ni dalam ladang kelapa sawit, so memang pandang kiri kanan, nampak pokok kelapa sawit ajelah.
Jenis bilik macam rumah, ada atas bawah. Kami dapat bilik yang atas. Alhamdulillah, bilik kami ok je semua. Ada kawan Azreen dapat bilik yang bau rokok melekat kat bilik. Hmmm, nak merokok pun, pi keluar boleh dak? Kan dah tinggalkan kesan kat orang lain.

Ni receptionist. Takde aircond. Ada breakfast untuk dua orang disediakan kat sini. Harga RM15 kot. Kanak-kanak separuh harga. Baca komen orang, ramai yang condem tapi I ok je telan. Haha. 

Untuk ke kolam air panas, kena berjalan dalam anggaran (+-) 1km jugalah . Part ni lah yang adik I malas. Sebab tu dia tak suka datang sini. If stay kat sini akan dapat dua complimentary tiket. Kanak-kanak 4 tahun ke atas dikenakan bayaran. Raneeya day 1 tu I kawtim aje dengan budak kaunter, hari kedua pun I bagi ayat yang sama. So tak kena bayar.

Kat sini ada kolam yang airnya panas dan ada yang tak. Ikut suka lah nak pilih yang mana.

Yang ni airnya tak panas. Air kolam biasa macam kolam mandi yang lain. Fav spot Reezqy!

Ada tempat untuk rendam kaki dan juga tempat untuk rebus telur. Ada juga kolam air panas yang boleh masuk badan semua. 

Kolam yang ini suhu normal je tapi Rayeesa mandi sekejap je kat sini. Lepas tu nangis tak nak masuk dah. Dia penat agaknya, ke dia tak suka mandi kolam. Tak dapat dikenal pasti.

Untuk I dan Azreen, kami suka tempat  macam ni. Raneeya dan Reezqy pun suka sangat-sangat. Lagi suka sebab dapat berendam lama kan. Asyik tanya bila lagi nak datang sini. Rayeesa pun I agak dia suka sebab asyik lah berlari sana sini tak duduk diam. Cuma tang mandi kolam je lah dia tak berapa enjoy.

 Insha Allah, ada rezeki, kami akan datang lagi ke sini nanti.

Wassalam.

Isnin, 2 Julai 2018

Warna-warni Aidilfitri 1439H!

Even raya dah setengah bulan berlalu, cerita raya, I rasa I patut letak juga dalam blog sebab senang nak rujuk atau cari apa-apa, semua boleh rujuk dalam blog. Ya, sekarang ada IG, FB, Google Photo semua, tapi I rasa, blog ni sentimental value dia lain. Bila tengok gambar dengan ada cerita sekali, feeling dia tu, penulis blog ajelah yang tahu. =p

Sebelum tu, harap maaf ya, gambar lintang pukang tak ikut hari.So, baca ajelah, cerita yang i taip ni. Haha!

Suku sakat Abah at Mantin most Wanted. Ramai lagi ni, tapi ada yang ikut turn raya, ada yang tah mana pergi, ada yang dah makan malas nak bangun, so, yang terpotret di sini ajelah adanya.

Ni dalam 9-10 Syawal, Azreen cakap, nanti kita pi raya rumah Faruq. Terus I laju-laju whats app Faruq. Tanya kenapa kau ajak Azreen tapi tak ajak aku raya? Sebab Faruq ni ex office-mate I, tu yang musykil kenapa dia pi ajak Azreen bukan I? Haha, tu pun nak jadi masalah kat ko Ain kan!

Family belah Azreen. Yang tiada kakak kedua dan anak-anaknya sebab beraya di sebelah suami dan abang ipar nombor tiga sebab kena berkhidmat untuk negara. Untung orang dok belakang dalam gambar sebab nampak slim kahkahkah!

The beradiks tak cukup korum. Adik kedua beraya di Terengganu, so kita Whats App gambar ni di Hari Raya pertama kat dia supaya dia sedih. Jahat nau kan kan kan! Dah la orang tu beraya di perantauan.

Baju raya I tu, ikutkan, baju lain sebenarnya. Tapi bila dah beli, ada manik-manik bling bling bagai, I rasa over lak. Dah la raya kat kampung je kot. Terus I cakap kat Azreen, boleh tak nak beli baju lain yang simple je. Hangin je Azreen mendengar!

Perempuan kan, kalau dia beli baju awal tu, selagi tak raya, belum tentu jadi baju raya dia lagi! Awak kena faham ye suami. *rollingeyes

The beradik tak cukup korum lagi. Ni time beraya di rumah saudara. Kami ni sibuk nak snap gambar kat sawah, adik lelaki dah stuck kat rumah saudara sebab makan bihun. Dia lagi pentingkan makan dari bergambar.

My Family without Ikin (di Terengganu). Biru tua vs biru muda ye Bah tahun ni. Haha. Cakap dalam hati berani lah! Pi cakap depan-depan, kot sanggunp kena dengar syarahan non stop dengan abah kang. Abah I masih bersedih lagi BN kalah, terus kurus sikit puasa tahun ni. Sabar lah ye bah. Sesekali kena bertukar angin bah. Kita tengok inikali macam mana ya.

Yang ni, acah-acah sweet couple, baru kahwin. Kan main lagiii!

Perangai sangat laki den. Dia kata, jom ambil gambar macam gambar kahwin tu. Gilo! Berbulu je adik yang tukang snap.

Acah-acah baru kahwin kat atas tadi, walhal anak berderet dah! Raya ketiga kot ni. Kita ulang pakai baju raya tahun lepas je dah. Beli baju ratus-ratus, takkan sekali pakai je nakkk. Tak baik membazir macam syaitonnn. Selagi muat kita pakai.

Beraya di rumah kakak saudara. Raya ke 5-6 kot ni. 

Yang ni, tak habis-habis lagi drama swasta bergambar!

The cousins, Azreen's side. Pun tak cukup korum. Kalau ikutkan semua ada 11 orang.

Menyantuni Pakcik dan Makcik sekeluarga. Malam-malam terjah rumah.

OOTD raya kedua. Masih berbaju tradisi lagi. Inikan raya. So, time ni jelah pakai beriya.

Rayeesa yang tak tengok-tengok nak snap gambar dia. Lembu lagi menarik dari pandang kamera.

Tengok reben belakang baju. Kalau suruh suami ikat, jadi gitu lah. T____T Bertabah jelah.

Ehem-ehem. Raya kedua ketiga mamat ni masih berbaju melayu lagi. Sepupu I kata, bagus Azreen nak dia pakai baju melayu lagi. I jawab, Iya kak. Dah gosok dia pakai je lah. Lagipun, baju melayu, pakainya sekali time raya je, so membazir kalau tak pakai. So kita recycle je raya kedua ketiga pakai baju Melayu lama. Raya tahun depan, untuk raya kedua dan ketiga I dah nampak dah warna apa. Mint Green dan Kuning! Kahkahkah!

Hai makcik Sawi! Selamat hari raya, jangan sedih-sedih na. Teruskan hidup dengan orang yang ingat kita ja.

Pagi raya ketiga, ibu ajak I pi pasar. So, moh la, i hantar. Abah pun sibuk nak ngikut juga.

Qalesya dan Qaisara. Anak cousin. Bestnya lahai dapat kembar kan! Kena paksa diam sebab I nak snap gambar, terus dibantainya melalak.

The cousins, bergabung, berpadu, meletop! Memang hancur la bilik tidur.

The boys! Anti sosial. Geng gajet.

Mak saudara dan anak saudara. Mini me & mini Kak Yan. Dulu, kami berdua membesar sesama. Sekarang dah zaman anak lak. Mereka berdua ni jarang jumpa. Apapun, moga ukhwah kita sentiasa berpanjangan, Insha Allah.

Rayeesa! Perangai sangat ni. Pergi rumah orang masuk bilik orang lepak atas katil. Rumah saudara tak apa lah adik oi. Kalau rumah artis, viral adik nanti, mak pak pun terkena tempiasnya.

Haha! No caption.

Memenuhi jemputan Mak Wan. Orang penting dalam sukan bola tampar. Sepanjang I join bola tampar di USIM, Mak Wan lah puncanya. Dia yang kenalkan i kat sukan ni. Ikutkan, I ni kaki bangku, sukan apa pun tak tahu. Haha. Terima kasih Mak Wan atas jemputan. Semoga Mak Wan sentiasa dirahmatiNya dan murah rezeki dunia akhirat.

Last but not least. Ziarah BFF yang dah 8 tahun tak jumpa. Last I jumpa time dia berpantang anak pertama. Sekarang, dia anak empat dah. Thank you Botak sudi terima ziarah kami. Semoga kau terus kuat menempuh segala dugaan dan cabaran. Semoga dipermudahkan segala urusan kau, aaamin.

Wassalam.