Selasa, 26 November 2019

Majlis Konvokesyen Reezqy

Salam,

Sabtu lepas memang terkejar-kejar sikit. Reezqy ada majlis graduasi dah tarikh pula sama dengan tarikh pendaftaran tahun 1 sesi 2020.

Kan main lah awal Pendafataran tahun 1. Penat adjust dengan Cikgu Tadika tapi tak boleh juga. Deduanya pun penting. 


Maka, pagi tu, angkut semua pi sekolah dulu, untuk sesi pendaftaran tahun satu. Reezqy dah mula nak buat perangai dah sebab dia nak pi konvo dia. Pujuk juga la, kang tak bawa dia, start sekolah nanti, tak biasa lak.

Tinggalkan dia kat kelas dengan Guru Darjah, so pi dengar taklimat. Lalu lalang juga depan kelas dia, bila nampak I mula la kelat muka dia, tapi kita buat tak tahu aje.

Sambil tu, pi settle kan yuran sekolah pagi dan petang Iman Raneeya, then dah pukul 9.15 cikgu tadika call tanya bila nak sampai. Malis konvo dah nak mula.

Suruh Azreen pi ambil Reezqy, taklimat tak habis lagi pun, kami tinggalkan aje dan bergegas ke lokasi majlis graduasi.

True color of Reezqy bila dengan kengkawan. Haha! Tak duduk diam.

Ada dua persembahan yang melibatkan Reezqy. So as #tipicalmom, I lah yang bersila duduk merekod segala. Dengan Rayeesa lagi asyik berkepit. Haishhh!

Reezqy, Mariam dan Mia. Watak-watak yang selalu ada dalam cerita balik sekolah Reezqy.

Mami, Reezqy dan kawan-kawan 

Alahaii, anak bujang I dah bergraduasi =) Dulu ketuntang tergolek terlentang, sekarang dah pakai mortar board dah. #proudmom

Thank you Pengetua.


Terima kasih cikgu-cikgu atas segala tunjuk ajar. Mohon halalkan segalanya dan didoakan segala urusan cikgu-cikgu akan dipermudahkan.

Family portrait dengan cikgu-cikgu.

Thank you Grandma for coming!

Anak Dedi, BFF Dedi. Tidur pun nak Dedi, sampai Mami kena menepi. Sampai sekarang pun, bangun pagi mesti ada dia menyelit. Hailahhh Reezqy!


Reezqy's crush, Durrani. Haha! Kekecik dah pandai tawww!

BFF dari zaman taska lagi ni. Darjah 1 dah tak sama sekolah. Selamat maju jaya Farhan. Jangan lupa Reezqy ye.

Reezqy terpilih sebagai Pelajar Terbaik Lelaki. Memang terkejut besar time ni. Thank you Abang for the surprise! Alhamdulillah, semoga ini akan menjadi permulaan Abang untuk terus berjaya di masa hadapan, Insha Allah, amin.

Alhamdulillah, tamat sudah sesi tadik Reezqy. Lepas ni melangkah ke sekolah rendah pula ye bang. Semoga dipermudahkan segala urusan abang menuntut ilmu dan cemerlang dunia akhirat, amin.




Isnin, 25 November 2019

Majlis Kecemerlangan Kelas Agama Petang Raneeya

Salam semua,

Alhamdulillah, this year dapat juga merasa pi sekolah tengok anak terima anugerah walaupun Anugerah Sekolah Agama je pun.

Isnin petang, Iman Raneeya hulur surat cakap Ustaz suruh datang sekolah nanti. So, tengok, eh dapat subjek terbaik Lughah. Ok lah.

Walau menangis-nangis bila suruh buat latihan, this year, banyak peningkatan dalam subjek sekolah pagi dan petang Kak Iman. Untuk sekolah agama, siap score 100 markah lagi.

Takda beli buku latihan apa pun. Cumanya suruh salin balik latihan yang ada dalam buku teks dan sama-sama buat revision dengan Kak Iman.

Ustaz Raneeya snap gambar ni, lepas tu pi letak dalam group bola dia. Amboi Ustaz, membawang ke tu. Haha!

My first born! Dia minta maaf cakap Kak minta maaf mami sebab sekolah pagi tak dapat anugerah. Sebak lak rasa. Siap campur rasa bersalah sebab memang dia selalu kena bebel dengan I. Asyik main aje, belajarnya tak. Kena ketuk baru jalan.


Dengan kawan masa tadikanya. Dapat  nombor tiga sekolah agama dan subjek terbaik juga.

Tahniah kakak. Walaupun Mami garang, tapi dalam setiap doa Mami tak pernah lepas minta segala urusan menuntut Ilmu kakak dipermudahkanNya dan cemerlang dunia akhirat.


Paksa lagi ambil gambar. Untuk kenangan kak oi. Masa bergerak pantas. Selagi ada, kita memorikan.

Lepas dah settle majlis kat sekolah, malam tu bawa dia dan adik-adik pi tengok Frozen II. Itu aje yang dia request, maka dengan senang hati Mak kau tunaikan.

Terima kasih kakak, sentiasa jadi anak yang baik. Semoga kakak akan sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat. 

Jumaat, 22 November 2019

Memories by Maroon 5



Here's to the ones that we got
Cheers to the wish you were here, but you're not
'Cause the drinks bring back all the memories
Of everything we've been through

Toast to the ones here today
Toast to the ones that we lost on the way
'Cause the drinks bring back all the memories
And the memories bring back, memories bring back you

There's a time that I remember, when I did not know no pain
When I believed in forever, and everything would stay the same
Now my heart feel like December when somebody say your name
'Cause I can't reach out to call you, but I know I will one day, yeah

Everybody hurts sometimes
Everybody hurts someday, aye aye
But everything gon' be alright
Go and raise a glass and say, aye
Here's to the ones that we got
Cheers to…

Khamis, 14 November 2019

Mini Reunion Geng UPM

Salam semua,

Lepas habis bengkel last week, terus bawa the Imans pi UPM. Diorang tanya pergi mana, I jawab,  jumpa kawan Mami time degree dulu. Yang ni diorang memang tak berapa kenal kot. Sama ada I jumpa kawan-kawan I time diorang takde atau ada jumpa tapi diorang masih kecil.

Decide nak reunite ni dah lama, tapi as usual, last minit ada aje yang ada hal. Apapun, kita teruskan dengan mana yang ada ajelah.

Hello UPM. Rindu tengok pokok-pokok ni. Dulu time belajar, masuk aja area ni, rasa sejuk aja, tenang. Hilang keserabutan.

Throwback sikit zaman nak konvo. We were part time student. Dah tua baru sampai seru sambung belajar. Haha. So, memang nampak pelbagai range umur di situ.

Sekarang pun tengah minggu konvo kat UPM, so merata tengok bakal graduan bergambar dengan jubah. Haishhh, terus terkenang zaman kita konvo dulu lak.

Throwback keluar dinner time anak satu dulu. Azreen pun gemuk lagi time ni.

   During our visit to Vietnam! Memuda remaja lagi, so penampakan la perangai gila masing-masing kat situ. Haha.

Gambar terkini, after almost 8-9 years. Haha. Ahli keluarga dah bertambah, berat badan bertambah, size berubah, kahkahkah!

Our Class Monitor yang masih laser, Abang Faizal! Haha. Semoga sentiasa sihat bang. Jaga diri tu. Penyakit sekarang macam-macam. Datang pun  main bagi surprise je. No more smoking pleasee!

Baju hijau tu Azam. Scorer dalam class kami. Azam yang dah banyak berubah. Suka join reunion dah sekarang. Haha. Nanti-nanti suruh Azie bawa goreng pisang sedap tu lagi ye.

Azam ni runner juga sama dengan Azreen, so diorang memang kenal lah.

Geng gegirl! Feeza yang comel suka menyorok badan time ambil gambar tapi baik hati, Ila bakal Doktor PhD, dan Kak Tina yang tabah menghadapi dugaan penyakitnya. Semoga kita sentiasa kuat dah  tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran dariNya, Insha Allah.


Reunion haritu semua bawa potluck. Takde dalam gambar, mee kari Ila, goreng pisang azam dan air mineral Feeza. I pun bawa kuih Ummi (kawan Teknik PD) bagi. I suruh orderkan since I dari bengkel malas nak masak-masak, tapi dia bagi kuih lak. So, ada jugalah bekal I untuk perjumpaan ni.

Alhamdulillah, bergelak ketawa dan gembira time perjumpaan tu. Macam-macam kenangan menjelma. Insha Allah, panjang umur, murah rezeki, berjumpa lagi kita di lain masa ye kawan-kawan.

Rabu, 13 November 2019

Anak darjah satu, perkara lain yang anda perlu tahu.


Insha Allah, this year, Iman Reezqy akan melangkah ke darjah 1. Dia tahu yang dia akan ke sekolah baru, dah nampak excited sebab akan sama sekolah dengan kakak dia. So, I rasa settle lah masalah terkejut masuk sekolah baru.

Tapi dia dah tanya dah, since kakak dia bawa RM3 ke sekolah, boleh tak dia nak bawa RM5. Dia kata, dia kena lebih dari kakak. Haha! Ada ajelah kau bang, nak buat kakak kau marah.

Untuk anak yang nak melangkah ke darjah satu ni, selain keperluan sekolah dan buku-buku, ada keperluan lain yang rasanya, as parents, kita kena bagi perhatian juga. Antaranya,

1.  Ready dan educate mental dan fizikal anak dengan suasana sekolah
Masa daftar Raneeya, I ada perasan seorang budak ni, happy gila masuk sekolah. Seems macam dia kenal sangat dan tahu selok belok sekolah, riang je dia. Bila tanya, bapa dia inform dia dah bawa anaknya dua tiga kali pergi sekolah. Memang dah bagi tahu, apa kena buat kat sekolah, pagi kena beratur, kena bawa buku sendiri, beli makan sendiri, pergi toilet sendiri, balik sekolah kena jalan kaki tunggu di luar, ada abang kakak lain yang lagi besar, ada cikgu lagi ramai. Kena cerita tentang sekolah pada anak-anak supaya dia tak rasa  terkejut dan kekok dengan persekitaran baru. Especially untuk anak yang belum ada abang dan kakak pergi sekolah.

2. Kenal kan dengan duit dan penggunaan duit
PENTING! Tersangat Penting! Bila anak masuk je sekolah rendah, dia akan mula berdikari, semua kena urus sendiri. Minggu pertama dan kedua mungkin parents boleh memantau, tapi minggu-minggu yang lain, tiada pilihan, nak tak nak, anak perlu lakukan sendiri untuk membeli makanan. Biasakan aktiviti game jual beli dengan anak-anak guna mata wang real. Berapa baki yang tinggal, berapa nilai duit ikut warna. Ajar, bila beli ada wang baki, tunggu sehingga dapat baki. Ajar kira terutama duit syiling. Ajar juga, jangan pinjam duit kawan!

3. Ajar cara penggunaan toilet
Train anak pergi toilet dan urus diri sendiri sebab bila dah melangkah ke darjah satu, cikgu memang takkan tunggu. Ajar cara yang betul, perlu siapkan diri dulu dalam tandas, baru keluar. Untuk yang lelaki, tak usahlah pakaikan tali pinggang yang payah anak nak urus. Nanti ada yang melepas dalam seluar. Sekiranya anak penakut, ajar dia ajak kawan teman pergi ke toilet. Pesan juga pada anak, jangan tahan untuk buang air kecil, nanti jadi penyakit.

4. Baju sekolah dan kasut sekolah kena lebih
Kalau anak perempuan, memang urut dada ajelah maknya di awal persekolahan sekiranya anak pakai baju kurung ke sekolah. Baju putih, memang boleh datang kemurungan bila balik dah bertukar jadi kepam.  Sila bertabah basuh baju sekolah anak-anak ye emak-emak. Sebagai ibu bapa, sediakanlah baju extra. Raneeya sendiri tidak pernah sekali pun ulang pakai baju. Sehari satu baju. Kasut sekolah masih boleh bertahan lagi pakai dua kali sehari, tetapi tidak baju.

5. Alat tulis hilang masalah biasa
Biasanya, ibu  bapa yang anak pertama kali masuk darjah satu, memang akan excited dan beli alat tulis sekolah yang baharu dan berjenama. Sekiranya anak pandai menjaga barang, baguslah kepada ibu bapa. Tapi kalau sebaliknya, silalah bertabah. Hilang alat tulis kat sekolah tu adalah perkara biasa. Pinjam alat tulis kawan pun biasa. Macam Raneeya, awal-awal dulu kan main stationery dia, dah asyik hilang aja, maknya slow down beli kat DIY aje dah. Nak hilang lapan ploh kali pun silakanlah. Yang penting, sentiasa top up stationery dia dan remind, jangan ambil barang orang. Pesan juga p pada anak-anak jangan ambil barang yang bukan hak kita.

Itu saja rasanya yang I  nampak. Mungkin parents lain pun boleh tambah-tambah juga.

Untuk anak-anak darjah 1 bagi sesi persekolahan 2020, all the best & enjoy the pergi sekolah ;)

Selasa, 12 November 2019

Shaftsbury Stellar Putrajaya

Salam semua,

Last week berbengkel lagi. Baru rasa hilang penat hari ni ha.
Haha!
Try juga minta excuse untuk tak nak pergi dengan alasan takda orang nak jaga anak, tapi bos kata, bawa ajelah masuk bengkel. Kita-kita aja pun. Maka, kena lah datang juga.

My big concern sebenarnya adalah kena drive ke Putrajaya dengan the Imans. Alahaii, malas betul tapi dah tuntutan kerja, maka, moh la kita anak-anak.

Reezqy siap tanya, boleh ke Mami bawa pergi hotel ni? Dia pun ragu-ragu tau!
Haha.
Hello bang, Mami bujang dulu, ni lah drebar bawa Atuk Nenek kau sampai ke Penang tau!  Bawa kawan drive sampai atas guna kereta manual naik Genting pun ada juga ;)

This time, office pilih hotel baru, Shaftsbury Stellar, Putrajaya.  Try google and baca review mostly cakap best, so senanglah sikit  hati ni.

For bengkel pakej, dinner first day and lunch last day, diberi makan kat Volcano Shabu Shabu & Grill ni. Dalam bangunan yang sama, di level UG. Ni time last day lunch, makan steamboat. Since ada staf yang balik awal, makan kita ambil la bahagian lunch dia. Bawa the kids ni makan kat sini. Seronok diorang yang part kena masak tu lah, tapi makannya mee dan maggi aje pun.


Ni dinner day 1. Pun ada staf yang sampai lambat, kita ambil bahagian dia. Banyak pilihan makanan kat sini tapi tak sempat nak snap gambar pun, busy handle the Imans.

Lepas dapat kunci, masuk bilik. Dapat bilik kat Level 22. Teruja budak-budak ni tengok bilik. So spacious. Siap cakap, kan best Daddy ada.

Ini ruang untuk breakfast, lunch dan dinner bagi yang berbengkel.

The Imans at Lobby. Lantak koranglah nak buat muka orang nak snap gambar. Sok dah besar, tengoklah muka sendiri ha!

Bahagian Lobi.


Style apartment kat sini. So, akan dapat 2 bilik with master & single bedroom.




Total level 36. Meeting rooms & tempat makan program di level 35, swimming pool dan gym di level 3. Penat naik lif ajelah kat sini nak menunggu sampai ke level yang nak dituju. Tapi budak-budak suka je. Asyik mengira ikut nombor lif.

Kids section kat pool. Kecik aje, tapi tetap budak-budak ni suka. Budak dan air kan memang tak dapat dipisahkan.

Yang ini pun suka juga mandi kolam. Suka duduk di tepi kolam, lepas sepuluh lima belas minit dah gigil naik nak towel. Kolam kat aras 3, so terasa lah angin. Bila badan dah basah, kena pula angin bertiup, memang cepatlah menggigilnya.

Dinner day 1. Ada gril gril juga, tapi staf kat situ tolong bakarkan.

Parking setakat yang kami datang masih free lagi. See, sebab drive sendiri, siap ambil gambar parking. Takut balik kang tak jumpa kereta.

Kat sini comple semua dengan peralatan untuk memasak. Periuk pinggan, semua disediakan. Cuma I jelah tak sempat sebab kejar bengkel dan kejar anak-anak.

Tempat masak.

The periuks belanga.
Ada mesin basuh juga disediakan. Kalau nak sabun basuh dan sabun basuh pinggan, kena call staf then diorang akan  hantar. Microwave dan kettle pun ada. Tak silap I, air fryer pun ada. Sama ada air fryer atau rice cooker. Tak belek sangat.


Playground section for the kids. Jauh sikit dari blok yang I stay. Kena jalan lalu building lagi satu, then sampai ke sini.

The best part! Bila ikut kursus office ni paham-paham ajelah, yang cover makannya staf aje. Untuk family kena cari makan sendiri. So, kat hotel ni ada Mc Donalds and Starbucks.  Lintas jalan depan sikit sampai Alamanda. So, banyak lah pilihan tempat makan. Senang kerja I. Sediakan duit aje dan kena berjalan sikit.

Time berbengkel juga, minta husband kawan tolong tengok-tengokkan budak-budak ni. Mula-mula tak bagi juga diorang ni mandi time I bengkel, tapi akak kat office tu kata, bagi ajelah, kesian dorang, so dia minta tolong husband dia tengokkan.

Night at Alamanda, Putrajaya. 

Thank you Shaftsburry Stellar, Putrajaya. Anak-anak seronok stay kat sini. Reezqy menangis bila kena balik sebab dia kata dia sayang hotel ni. Lagi best dari De Baron katanya. Next time dia suruh datang bawa Daddy.

Iyalah bang. Dan dan De Baron tak best. Haritu bukan main puji lagi De Baron. Dah ada hotel lain yang best, De Baron jadi tak best lagi ye. Sekejap betul berubah hati =p

Insha Allah, ada rezeki, akan repeat stay kat sini lagi.