Khamis, 9 Ogos 2018

Filem Pulang


Alhamdulillah, dapat juga mencari 'me time' untuk menonton filem Pulang. Thank you suami, bagi masa untuk I release stress kerja dan stress seorang Ommak.

Pulang.

Filem yang tak mengecewakan walaupun time beli tiket dah terdetik, filem Melayu, harap tak tertidur tapi sebaliknya. Tak berganjak walau rasa nak ke tandas sebab takut termiss plot cerita. Paling tak menahan, mengalir juga air mata ☺️

Awal cerita, di tengahnya dan disepanjang cerita disajikan dengan sinematografi yang memukau pandangan mata siap terfikir oh, Melaka dahulu indahnya!

Pulang,
Walaupun teknik CGI mungkin nampak tak betulnya dan tak setanding internasionale😅, tapi sebab jalan ceritanya bagus, so kita lelap mata buat tak nampak ajelah. Don’t worry, ceritanya sampai dan menjentik emosi.

Othman, lelaki yang berusaha untuk memberi kesenangan buat isteri tercinta lantas menyertai team kapal demi cita-cita. Jurang komunikasi membataskan segalanya. Kau lupa Man, kekayaan bukan segalanya, kasih sayang bukan setakat di poskad aje, luahkan lah selagi ada masa, salah faham perlu diperjelas agar diri tak merana.

Thom, watak isteri yang berani dan setia. Namun, atas amarah yang dipendam lama sebab ditinggalkan tanpa kabar berita, kebenaran diketahui dihujung hayatnya 😢 Kan pepatah Melayu dah kata, ikut rasa binasa Thom.

Lum, sahabat setia walau berlainan bangsa. Assalamualaikum Omar, sapaan terjalinnya sebuah persahabatan. Tanpa Lum, takkan berseri jalan cerita. No problem, dalam apa jua keadaan Othman sentiasa diutamakan. Lum, suka watak ni, dia lekat di hati.

Omar, anak yang patuh kepada ibu bapa. Abah diangkat sebagai Hero walaupun tiada di sisi setiap masa. Walau amarah ibu membara terhadap abah, dia tetap berusaha menjejak abahnya. Segalanya mungkin bahagia jika Omar berterus terang, tapi atas amaran keras ibu yang tak mahu ambil tahu, Omar terbeban dengan kepatuhan itu.

Adaptasi kisah benar ini berjaya dan buat kami percaya. Pengakhirannya juga lain dari kebiasaan cerita di negara kita.

Terima kasih Pulang, kapal yang berlayar tanpa pelabuhan adalah sia-sia. Semoga kita sentiasa menghargai apa yang kita sayang dan ucap dan ungkaplah selagi berkesempatan.

Ingat juga, kita sebagai HambaNya, hanya mampu merancang dan merencana, tapi takdir Dia penentu segalanya.

p/s: Sorry suami, terbergambar dengan hadek Remy 😝 143 awak tau 😍

4 ulasan:

  1. tk tgk lg tp ankdara ikut adik ipar layan cite ni aritu..kemain blk cite ckp die menangis..menghayati die

    BalasPadam
  2. dah tengok,memang best cerita ni, teringat cerita tenggelamnya kapal van der wijck

    BalasPadam
  3. tak tengok lagi..tapi ramai review kata best citer ni kan...

    BalasPadam