Isnin, 29 Jun 2015

BTS: Raya photoshoot

Eh eh, baju raya kita yang tak siap tahun lepas tu kan kan, kita dapat dah pakai tahun ni. Alhamdulillah.

Terima kasih kak kerana siapkan juga baju saya. Siap bagi diskaun lagi.  ;)

Jumaat, 26 Jun 2015

Berbuka puasa hari kelapan, giliran di rumah mertua ;)

Selamat berpuasa semua, Alhamdulillah, hari ini, hari kesembilan umat Islam berpuasa. Semalam, giliran kami berbuka di rumah mertua.

Menu: tomyam ayam, kerabu tauge dan perut, kailan goreng belacan, sup ayam for the kids, air asam, dan yang korang nampak macam arnab tu ialah kambing bakar.

Alhamdulillah, kecuali tomyam, semua menu habis licin. Tom yam pula, kami bungkus bawa balik dan dijadikan lauk sahur.

Menu semalam juga termasuk kuih wajib ada ni, tepung pelita! Berebut-rebut semua. Nasib ada ditinggalkan satu oleh kak ipar tok I, maka, dapatlah kita merasa. Tak lengkap puasa weh kalau takda kuih tepung pelita ni :)

Khamis, 25 Jun 2015

Tips membeli lauk yang sedap di bulan Ramadhon.

Menu Iftar Hari Ketujuh: Tomyam Campur, Telur  Bungkus, Kailan Ikan Masin, Udang Masak Merah, Ayam Panggang Pandan

Silalah beli di kedai yang anda biasa makan atau beli supaya tidak rasa rugi membeli dan lauknya memang dijamin sedap dah. Dan, semestinya takkan ada pembaziran. . ;)

Rabu, 24 Jun 2015

Menu berbuka puasa 2015: Hari Kelima dan Keenam

Walaupun dah niat konon nak masak je untuk bulan puasa tahun ni, tapi, hari pertama puasa I dah jejak pasar Ramadhon dah. Haha.

Sebabnya, hari pertama berbuka di rumah FIL. Balik kerja je, MIL dah masak, so MIL suruh pi pasar Ramadhan, mencari kuih dua tiga jenis. Maka, kita tunaikanlah hasrat MIL tu.

Hari Kedua pun berbuka kat rumah MIL, hari Ketiga berbuka di luar, hari keempat, masak, tapi tak sempat nak ambil gambar.


So, meh kita share menu hari kelima dan keenam je terus. 

Hari Kelima, I masak tiga jenis lauk je. Berbuka berdua kan, tu pun dah kira banyak sangat dah lauknya. Haha.

Ayam masak kicap.

Rebus bayam untuk anak-anak.

Sambal ikan bilis petai.

Hari keenam iaitu semalam, berbuka kat rumah MIL. Even berbuka rumah MIL, I kena juga masak. Masing-masing ambil bahagian untuk masak lauk masing-masing. MIL masak kurma ayam, Kak Ipar masak bendi bercili dan ikan kering masak lemak cili padi dengan nenas, dan I pula masak paru berlada dengan buat air tembikai.


Untuk bulan Ramadhan kali ini juga, MIL memang ajak berbuka kat rumah dia je  hari-hari. Mula-mula kami tolak sebab ialah kami nak privacy sendiri juga. Lepas tu, kalau selalu sangat berbuka di rumah MIL, nanti terkejar-kejar pula nak balik rumah sendiri, lepas tu husband lak tak boleh nak pergi terawih kat surau taman sendiri.

Tapi bila fikir balik, mungkin diorang sunyi kot berbuka berdua so kami adik-beradik plan, buka di rumah MIL, selang-seli. Fair and square gitu.

p/s: Mohon maaf ya kalau ada yang terliur menengok gambar makanan. Pada I sendiri, seronok kira hari puasa sambil post gambar makanan. Tak terasa sangat hari-hari puasa yang dilalui. =)

Selasa, 23 Jun 2015

Oh kome, doghoyan dan gugur!

Haritu, belum musim durian, teringin nak makan durian, berhenti tepi jalan, ambil sebiji timbang, dalam sekilo lebih.

RM30 ringgit kak.

Gulp!
Kan main harga dia tekan.
Kita beli je lah sebab nak makan kan. Tapi, beli sebiji, berebut dengan Iman Raneeya sebab isi durian tu ada 5 ulas je.
Haha.

So, sebelum puasa haritu, ibu bagi tahu, durian kat kampung dah mula gugur. Kalau nak makan durian puas-puas sebelum puasa, sila balik segera.

Maka, laju-laju I paksa Azreen hantar I balik kampung.


 Merasalah I makan durian puas-puas haritu sebelum puasa. Durian kampung kan, setakat makan 3 biji kau seorang je hadap, apa ada hal. Durian kampung best. Ulasnya kecil-kecil, isinya nipis. Makan banyak pun tak muak. Kalau baru-baru jatuh tu, lemak-lemak je rasa isinya.


Ni pula, semalam, adik balik dari kampung, ibu bekalkan lagi durian yang dah siap dikupas dan dimasukkan dalam bekas. Hilang sikit rasa fresh durian tu, tapi sedap je I telan. Haha.

Terima kasih emak, sebab tanam durian banyak-banyak, hasilnya dapat kami semua rasa. Siap ada yang disedekah lagi sebab tak larat nak makan di bulan puasa ni. Semoga banyak lagi hasil buah-buahan lain yang dapat dituai dan disedekahkan nanti, Insha Allah.

Isnin, 22 Jun 2015

Makanan jawa: Pecal


Sejak berkahwin dengan orang Jawa Uzbekistan, memang banyak makanan jawa yang diperkenalkan oleh MIL kat I. Salah satunya, pecal. Pecal ni dah jadi favorite I sekarang. Layan je makan salad orang jawa ni. Lemak manis kuah kacang bersatu dengan sayur dan tauhu tu, kemain sedap rasanya.

Kalau ikutkan, anak dia yang tak mengaku jawa tu, haha tak makan sangat makanan jawa ni. Tapi, Alhamdulillah, dapat menantu yang semua benda dia boleh telan kecuali batu dan kayu, maka, memang rajin lah MIL berkongsi macam-macam masakan jawa dengan I.

Siapa suka pecal, meh sep lima dengan kita meh!
=)

Jumaat, 19 Jun 2015

Resipi Apam Nasi Mudah



Bahan-bahan:

1 peket tepung beras
1 cawan nasi (I guna tapai pulut)
3/4 gula (boleh adjust ikut nak manis mana)
1 sudu teh ibu roti
1 sudu teh eno
3 cawan air (kalau pekat, tambah lagi air)
Pewarna makanan (kalau suka)

Cara-cara:

1. Blender nasi/tapai pulut. Masukkan tepung, air, blender semua sekali.
2. Masukkan dalam bekas. Campurkan ibu roti dan eno.
3. Biar adunan naik dua kali ganda.
4. Bahagi-bahagi adunan dan campurkan pewarna yang disukai.
5. Kukus hingga masak (dalam 15-20 minit).

Tips:

1. Seeloknya, adunan di bancuh malam, paginya baru dikukus.
2. Tutup pengukus dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke apam.

Selasa, 16 Jun 2015

Rumah mak.



Ini rumah emak. Tempat I menumpang kasih selama dua puluh tahun lebih. Tempat I dibesarkan dengan adik kedua dan keempat serta tiga lagi orang sepupu. Inilah rumahnya, tempat kami makan, tidur, bergelak ketawa, bergaduh bila berebut permainan, berkumpul bila raya, ia di sini semuanya.

Dulu, rumah ini mewah dikelilingi pelbagai warna bunga, di tanah depan dan belakang ditanam dengan pelbagai sayuran. Tapi, sejak emak terlantar sakit, semua warna alam itu, turut sama hilang selari dengan sakit emak di pembaringan.

Terima kasih emak, atas segala memori indah kita bersama dan semoga emak tenang di rumah baru mak di sana.

Al-Fatihah.


Isnin, 15 Jun 2015

USIM MTB Jamboree 2015


Early Januari dulu, I telah dilantik sebagai Setiausaha program ni. Kelakar bebeno atas lantikan tu sebab, ya, I bersukan, tapi bukan sukan basikal lah. Macam tak kena pula rasanya bila dilantik sebagai Setiausaha program.

Walaubagaimanapun, I sahut cabaran dan kasi  redah je la. Maka, mendapatlah kau nak faham terms sukan berbasikal ni.  First meeting, memang terkulat-kulat juga I nak mencatat. Minit pun memang banyak lah Pengerusi kena betulkan. Haha.

So, 31 Mei yang lepas, Alhamdulillah, berjaya juga program ini dijalankan. Sebagai orang yang terlibat dalam program ni dari zero ke hero sambil membawa anak yang kena chickenpox time event, I sangat happy sebab mision ni succes jugalah. 

Actually, ada sejarah hitam sebenarnya tentang program berbasikal ni dengan company I, tapi Alhamdulillah, dengan jayanya program ini, makan dapatlah kami bersihkan nama kami. Alhamdulillah.

Meh kita kongsikan gambar-gambar sepanjang program!

Jumaat, 12 Jun 2015

APOMCOAW 2015 #1

"APOMCOAW - A Portrait Of My Children, Once A Week, 2015"


29 Mei, 2015


11 Jun, 2015

Servis bertukar tangan!
Haha.
Lepas adik, kakak pula mendapat. Bertabahlah untuk bawa anak ke office atau bercuti rehat ye Mummy dan Daddy
;)

Khamis, 11 Jun 2015

Kembar Yana Samsudin?


Korang, artis mana  yang selalu disamakan dengan korang? Kalau I dari dulu sampai sekarang, paling disamakan adalah dengan Yana Samsuddin.

Sampai Mak Mentua pun turut mengiyakan juga.
Haha.

Tah mana yang sama pun tak tahu lah.

Tapi,
Bagi I sendiri, I rasa, muka I lagi mirip muka Erra Fazira.
Kahkahkah!

Selasa, 9 Jun 2015

Aib.



Bila pagi-pagi, buka FB,  mata terus ternampak gambar kat atas ini,
Itu maknanya Dia bagi peringatan lah tu.
=)

Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Terima kasih juga pada orang yang share nya di FB.

Jumaat, 5 Jun 2015

Makanan: Kuih Serabai


Kuih Serabai, atau I panggil Seghabai ni selalu ada bila ada orang meninggal kat kampung I. Tak tahulah sama ada ia memang dah jadi amalan kat kampung I atau kat tempat lain pun sama juga sebab tiap kali ada orang meninggal, untuk kenduri arwahnya nanti, mesti orang kampung akan bergotong-royong buat kuih ni. I panggil kuih ni dulu, kuih orang mati :p

Kuih serabai ni seakan-akan lempeng, rasanya lemak-lemak kelapa. Teksturnya pula, bila makan, akan rasa kasar je tepungnya tu sebab ada campuran kelapa dalamnnya. Cara makannnya, dicicah dengan kuah gula yang dimasak dengan pisang. 

Arwah Mak iaitu Nenek I dulu paling suka makan kuih ni, dan paling suka buat. Lagi dia suka, bila masak dekat tungku kayu. Memang berasap lah biji mata kau mengadap nak buat satu-satu. Haha.

Khamis, 4 Jun 2015

It's a wrap!

 Assalamualaikum rakan-rakan maya semua.

Mula-mula menulis blog dahulu, kalau boleh dari sekecil-kecil benda, semua nak masukkan dan post kat blog. Haha. Setiap masa, ada saja benda yang akan dicuba cari untuk dijadikan topik menulis. Tapi itu semua dulu lah.

Sekarang?
Nan hado nya la.
Mana yang sempat je kita masukkan.
=p

So, since dah tengah tahun ni, meh kita recall balik antara aktiviti yang tak sempat nak dicoret dalam blog.

5's di Pejabat. Ni penting ni, sebab Pegawai baru kami sibuk nak mengecat office. So, kena tepek kat sini untuk menyatakan betapa pentingnya peristiwa mengecat itu. Kahkahkah. Kalau tak silap, dalam bulan April kot peristiwa ni berlaku.

Program bulan Mei. Jika sebelum ini, program seperti ini, hancur dikerjakan oleh si Polan, teruk kena marah dengan bos. Maka, kali ini, kami belajar dari kesilapan, buka buku baru then buat sehabis baik sambil kerah tenaga nak bagi program berjaya.

Rabu, 3 Jun 2015

Tips memasak wanita bekerja di bulan puasa.

Pejam celik, sibuk dengan macam-macam aktiviti, lebih kurang seminggu lebih je lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Sayu nak sambut Ramadhan kali ini sebab orang yang dikejar nak jumpa setiap kali bulan puasa dan raya sepanjang 31 tahun yang lepas dah takda. Tapi tulah, sayu tak sayu, hidup kena diteruskan juga. Keluarga kecil I, ibu, abah dan adik-beradik, sanak saudara, rakan taulan, masih ada untuk meraikannya bersama-sama.

Borak-borak dengan Azreen malam tadi, dah request kat dia, bulan puasa kali ini tetap  akan meneruskan agenda untuk masak simple je untuk berbuka puasa. Apa jadi, tetap nak masak. Melainkan ada jemputan berbuka di luar, so, dapur memang tak berasap lah. Then, kalau terasa  nak makan kuih je baru pergi membeli di Pasar/Bazar Ramadhan.

Menu kami setiap bulan puasa, memang seringkas yang boleh. Satu lauk berkuah yang tak pedas untuk anak-anak dan  satu lagi mesti kena ada sambal. Tak kisah lah, sambal ayam ke, sotong ke, udang ke, janji sambal dan pedas.

Tips I nak masak setiap kali lepas balik kerja mudah je.

1. Beli barang basah untuk stock seminggu. Basuh dan bersihkan. Bahagi-bahagikan ikut hari nak masak.
2. Pagi sebelum pergi kerja, defrostkan letak di tingkat  bawa peti ais.
3. Stok cili kisar untuk seminggu siapkan time cuti hujung minggu.

Dengan adanya 3  barang di atas, sampai je rumah, terus masak nasi, campak itu ini, zas, zas, zas, siap masak!

Cepat, pantas dan mudah.


Salam Ramadhan untuk semua.
Semoga  amal ibadah kita dibulan mulia itu diberkati dan diterimaNya.
Insha Allah.


Isnin, 1 Jun 2015

Hikmah senyap sebab badan gemuk.

Aku dulu, masa anak dua takda  badan macam kau ni,
masih mampu lagi pakai baju kebaya nampak badan slim ramping, tahu?

Apa? Nak pergi bersukan?
Badan besar macam kau ni, sukan apa je yang kau boleh main?


Seriously, kalau korang kat tempat I tu, apa korang akan buat bila ayat itu diucap depan saudara-mara?

a. Balas balik berdas-das.
b. Nangis sambil lari-lari anak masuk dalam bilik, terus sambung nangis.
c. Memang sakit hati, tapi buat muka sardin, malas nak layan. Anggap jelah orang tu tak sekolah tinggi, so communication skill dia kurang.
d. Berdoa pada Tuhan, moga mulut longkang itu akan menerima balasan suatu hari nanti.
e. Terima ayat tu sebagai motivasi diri, berusaha pasti jaya untuk menguruskan badan.

So, apa pilihan korang?