Assalamualaikum rakan-rakan maya semua.
Mula-mula menulis blog dahulu, kalau boleh dari sekecil-kecil benda, semua nak masukkan dan post kat blog. Haha. Setiap masa, ada saja benda yang akan dicuba cari untuk dijadikan topik menulis. Tapi itu semua dulu lah.
Sekarang?
Nan hado nya la.
Mana yang sempat je kita masukkan.
=p
So, since dah tengah tahun ni, meh kita recall balik antara aktiviti yang tak sempat nak dicoret dalam blog.
|
5's di Pejabat. Ni penting ni, sebab Pegawai baru kami sibuk nak mengecat office. So, kena tepek kat sini untuk menyatakan betapa pentingnya peristiwa mengecat itu. Kahkahkah. Kalau tak silap, dalam bulan April kot peristiwa ni berlaku. |
|
Program bulan Mei. Jika sebelum ini, program seperti ini, hancur dikerjakan oleh si Polan, teruk kena marah dengan bos. Maka, kali ini, kami belajar dari kesilapan, buka buku baru then buat sehabis baik sambil kerah tenaga nak bagi program berjaya. |
|
Alhamdulillah, program berjaya. Thank you Chairman Bank Muamalat, sudi datang bertandang. Suka dengar accent Tan Sri. Best. Terimalah buat tangan dari kami hasil DIY I. haha. |
|
Berbalik kita ke program bula Mac. Meraikan ahli baru GCB punya harijadi. Kak Rose. Terharu dia kami bagi surprise. Hehe. Kami memang suka menyeperaiskan orang kak. So, sila-silalah biasakan diri ye. Happy birthday kak Rose. Moga seronok berkawan dengan kami & welcome to the club Geng Cantik Berseri (GCB). Haha. |
|
Birthday celebration lagi. Sambut birthday March Babies rakan pejabat lak. Selamat hari jadi Puan Aina dan Encik Rejab (dedua pakai b aju biru). Semoga sentiasa happy bekerja sama-sama dengan kami. =) |
|
Bulan April, Mummy terpaksa hadir kursus. Maka, terpaksalah Daddy hangkut kakak Iman sekali bila Daddy kena bekerja di luar pejabat. Seronok kakak Iman dapat pergi PWTC sambil naik train, sambil pau Daddy itu ini. |
|
Tempat favorite anak-anak bila balik kerja adalah indoor playground ni di Lilttle Chenai Nilai Square. Ada sekali, datang sini, terjumpa pula geng sedarjah Reezqy, Raisya. Hehe. Terus snap gambo. Bila lah nak cukup korum bergambar geng sedarjah ni. Reezqy? Chempaka dan Raisya. |
|
Pertemuan Setiausaha dengan Naib Canselor. Ni program tahunan. Tahun ni kami buat dalam bulan Mac kalau tak silap. Terima kasih Dato' dan Pendaftar sudi berjumpa kami sambil memberi motivasi dan nasihat untuk bekerja dengan lebih baik lagi, Insha Allah. |
sama la..kalau dulu semua nak cerita tapi skrg..hmmm...nak pandang blog sendiri pun malas kdg2 tu..thihiii..
BalasPadam