Isnin, 1 Jun 2015

Hikmah senyap sebab badan gemuk.

Aku dulu, masa anak dua takda  badan macam kau ni,
masih mampu lagi pakai baju kebaya nampak badan slim ramping, tahu?

Apa? Nak pergi bersukan?
Badan besar macam kau ni, sukan apa je yang kau boleh main?


Seriously, kalau korang kat tempat I tu, apa korang akan buat bila ayat itu diucap depan saudara-mara?

a. Balas balik berdas-das.
b. Nangis sambil lari-lari anak masuk dalam bilik, terus sambung nangis.
c. Memang sakit hati, tapi buat muka sardin, malas nak layan. Anggap jelah orang tu tak sekolah tinggi, so communication skill dia kurang.
d. Berdoa pada Tuhan, moga mulut longkang itu akan menerima balasan suatu hari nanti.
e. Terima ayat tu sebagai motivasi diri, berusaha pasti jaya untuk menguruskan badan.

So, apa pilihan korang?

Azreen sendiri, as suami, dia memang terkejut sebab I memilih jawapan C. Dia macam tak percaya yang I senyum je, buah bodoh dan terus makan macam tak ada apa-apa. Terus dia kata, 

Tahniah yang, faktor usia membuatkan awak boleh membuat keputusan dengan jayanya.

Haha.
Tak kelakar ye suami.


Mak mentua I pula kata, 

Kenapa tak balas je? Kalau mak, memang dah kena dia tu.

Ishh mak ni. Kan main, tak madan betul,  ajar menantu mak yang bukan-bukan. Kot I balas kang mak, ada pula keluar statement,

Macam mana kau ajar isteri kau ni Azreen, bukan main lagi mulut dia.

Kesian suami I mak, jatuh air muka dia nanti. So, baik I diam saja sambil terus laju mengunyah mee kari yang sedap lemak berkrim tu.

Alhamdulillah, walaupun dah setahun benda tu berlalu, ia tetap segar lagi dalam ingatan ni. Tiap baris kata tu I tak pernah lupa tapi, keadaan I masih juga begini. Dengan badan yang gemuk gedempol ni, dengan berat yang sama, dengan selera makan yang tetap lalu semua dan dengan sekeliling yang dipenuhi rezeki makanan yang melimpah-ruah.

Takda intention pun nak menguruskan  badan.
Eh, tak! 
Ada la juga cuba buat Diet Atkins, konon tak nak makan nasi lah, tak nak minum air manis lah, tapi tak bertahan lama pun. Seminggu je yang mampu. 
 

Cumanya, dari apa yang I ceritakan kat atas tadi, sedikit demi sedikit, Tuhan beri balasan kot dari sikapnya itu. Dugaan demi dugaan dia mendapat. 

I macam terkedu bila terima macam-macam berita tentang dia. Macam-macam dugaan jadi pada dia, tapi yang I sedih sikap dia tetap sama.Tak berubah mana.

Teringat pula nasihat kawan I,

Orang yang paling kesian dalam dunia ni ialah orang susah. Dahlah susah di dunia, sombong pula dengan Dia, nanti kat akhirat nanti lagi siksa.

=(

Semoga Tuhan bukakan hati dia suatu hari nanti untuk  berubah.
Semoga Tuhan tetapkan iman kita dan ambil pedoman dari sikap dia.
Amin.

3 ulasan:

  1. pedehal, janji muke comey, hati pon comey, anak2 pon comey,
    EH! :D

    BalasPadam
  2. kaknoor pilih E hehee buktikan pada diaorang baru diaorang tak ckp semborono je

    BalasPadam
  3. aku pilih C dicampur separuh A. hahaha
    gemok mana nya kau kak? sama je ngan aku kot

    BalasPadam