Pejam celik, sibuk dengan macam-macam aktiviti, lebih kurang seminggu lebih je lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Sayu nak sambut Ramadhan kali ini sebab orang yang dikejar nak jumpa setiap kali bulan puasa dan raya sepanjang 31 tahun yang lepas dah takda. Tapi tulah, sayu tak sayu, hidup kena diteruskan juga. Keluarga kecil I, ibu, abah dan adik-beradik, sanak saudara, rakan taulan, masih ada untuk meraikannya bersama-sama.
Borak-borak dengan Azreen malam tadi, dah request kat dia, bulan puasa kali ini tetap akan meneruskan agenda untuk masak simple je untuk berbuka puasa. Apa jadi, tetap nak masak. Melainkan ada jemputan berbuka di luar, so, dapur memang tak berasap lah. Then, kalau terasa nak makan kuih je baru pergi membeli di Pasar/Bazar Ramadhan.

Menu kami setiap bulan puasa, memang seringkas yang boleh. Satu lauk berkuah yang tak pedas untuk anak-anak dan satu lagi mesti kena ada sambal. Tak kisah lah, sambal ayam ke, sotong ke, udang ke, janji sambal dan pedas.
Tips I nak masak setiap kali lepas balik kerja mudah je.
1. Beli barang basah untuk stock seminggu. Basuh dan bersihkan. Bahagi-bahagikan ikut hari nak masak.
2. Pagi sebelum pergi kerja, defrostkan letak di tingkat bawa peti ais.
3. Stok cili kisar untuk seminggu siapkan time cuti hujung minggu.
Dengan adanya 3 barang di atas, sampai je rumah, terus masak nasi, campak itu ini, zas, zas, zas, siap masak!
Cepat, pantas dan mudah.
Salam Ramadhan untuk semua.
Semoga amal ibadah kita dibulan mulia itu diberkati dan diterimaNya.
Insha Allah.

terimakasih tipsnya gan
BalasPadam