Isnin, 4 Ogos 2014

Aidilfitri 1435H kami.

Salam 8 Syawal korang!
Best betul kan, cuti lama-lama lepas tu kena kerja harini?
=p

Anak I siap drama nak pergi taska pagi tadi. Dari start kereta sampai hantar adik, dia baca Iman tak nak pergi taska, Iman tak nak pergi taska! Tapi sampai depan pintu taska, tengok muka cikgu taska, elok pula dia masuk.

Haha. Drama sangat!

Apapapun, sebelum memori Syawal hilang dek kerana nak ngadap kerja pula, meh kita share gambar raya kat sini.

Raya pertama: Yellow mellow yenadeyy baju raya ahkakk tak siap kau! Terus lah akak yang baik hati ni SMS tailor, tak payah lah siapkan baju raya I. Kesian pula dia pun nak balik raya juga kan. Sebab kita ada hati perut, kita lupakan lah baju idaman hati dan kita pergi lah Jakel beli baju cap Siti Nurhaliza je. T__T



Budak dua ketul yang dah siap pakai baju raya, terus nak susu! Since dah kemas rumah untuk raya, tidur atas carpet je lah ye anak-anak. Haha. Tahun ni kami beraya di Nilai dulu (side Azreen), then petang baru gerak ke Melaka.

Wajah ceria Aidilfitri 2014 captured!
Macam-macam kisah raya famili I tahun ni, yang baju raya tak siapnye lah, yang makpak sibuk kerja kesian anak-anak nye lah, yang si polan merajuk janji nak raya dua minggu alih-alih jadi seminggu je, yang kak ipar beraya dengan anak-anak suami kena outsation ke luar negara dua minggu lah lepas tu anak kena chicken pox lah, dan macam-macam lagi. Kena ada macam-macam hal baru meriah kot raya :p

Masih lagi mode raya pertama: Gambar raya kami yang gegar T_T

Tengahari raya pertama tu gerak ke Mantin. Ikut Abah pergi melawat mak ayahnya di pusara then beraya dengan sanak-saudara di belah Mantin pula. Gitulah rutin kami tiap-tiap tahun. Apapun jadi, Abah will make sure, dia akan tetap dapat 'mengadap' mak ayahnya di hari raya pertama.

My famili dengan tema the Oranjeee sebab suka team Belanda. Kahkahkah. Tapi Belanda kalah oiii. :p

Hari kedua, kita pakai baju warna light chocolate pula. Kain yang makcik beli kat Bandung tapi lace dia I tak guna pun sebab tak nak nampak macam baju nikah je  nanti. Haha. Lace secoet hitam tu I jahit tangan. Juling-juling  biji mata oi jahit lace. Patutlah orang charge mahal untuk jahit lace, jahit manik. Dah tak tahan nak jahit, balance yang tak berjahit tu I gam dengan gam gajah je.

Sedondon dengan kakak. Time anak kecik ni lah boleh pilih nak pakai sama warna, sama design baju sebab mostly I tengok anak kakak yang dah besar, semua malu nak pakai sedondon gini.

Ragam my lil' famili. Si adik tak bagi chance langsung makpak nak bergambar felukfeluk.

 Raya kedua juga, petang tu, kami terjah rumah Pak Ngah di Pedas dan rumah Pak Itam di Sikamat, Seremban.

Raya ketiga besoknya, bangun-bangun tidur je tengok geng RIA ni tengah mengerjakan kuih raya nenek. Siap naik atas meja kau hado?

Nasiblah I ni kahwin orang dekat, so raya tak payah pusing jauh. Nilai Melaka, Melaka Nilai. Tu jelah. Raya ketiga, Family Nilai datang beraya di rumah mak I di Melaka, lepas tu kami pergi beraya ke rumah Pakcik Azreen di Bukit Katil terus membawa ke rumah MIL kak Ipar di Ayer Molek Melaka. 

Kat Ayer Molek kami dijamu dengan cekodok geragau ni. Sedap betul oi! Makan panas-panas cicah sos cili.

Raya keempat di Nilai. Tak kemana-mana. Busy menjamu perut je. Then, petang raya kelima, balik ke Melaka semula. Sampai-sampai je terus geng RIA (Reezqy, Iman, Arif) ni pi mengendap ayam itik neneknya.

Kebetulan sampai-sampai petang tu Ibu masak sup tulang pula, mak oi, memang tak pandang menu lain dah lah kami. Thorrbaik sup tulangnye. Malamnye pula, kami beraya di rumah abang Nenek I.

Raya keenam pergi beraya ke rumah kakak saudara. Rumah kami sejengkal je tapi setahun sekali baru dapat berjumpa sebab dia usahawan berjaya jarang ado rumah. Selain tu, kami beraya di 4 buah rumah saudara yang lain juga.

Raya keenam juga kami masak-masak buat tauhu sumbat, nasi impit, sambal bali, nasi dagang dan kari tongkol. Tauhu sumbat adalah satu-satunya makanan yang I suka buat tapi tak suka makan.

OOTD anak-anak pada raya keenam.

Malam, bagi  chance buda berdua ni main bunga api.

Raya ketujuh, pagi gerak balik ke Mantin. Sebelum balik singgah beraya di rumah Pak Long dan dihidangkan dengan periuk kera yang dimakan bersama rendang dan serunding. Otw balik singgah Labu hadiri jemputan open house office mate Azreen.
Sekian, berita raya kami pada tahun ini. Alhamdulillah dapat merasa beraya sakan dan dapat peluang berjumpa sanak saudara.

This week tak tahulah sempat beraya ke tidak pula sebab dah busy dengan training dan minggu depan pula akan ke UTM Skudai selama seminggu.

7 ulasan:

  1. Wah ! Sakan raya ye Kak Ain. Selamat Hari Raya Kak Ain. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada peluang, maka kita raya sakan lah dik. Selamat hari raya juga :)

      Padam
  2. Haha!
    x kisah lah even baju raya x siap jji nmpk cantik juga Ain,ada cop siti Nurhaliza lagikkk,yg baju si laki ada cop Zizan Razak x?hehehe

    **selamat ari raya Ain =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baju si laki takde cap Jakel pun Aini sebab dia tak suka baju cap retiss ni.

      Selamat hari raya juga ye.

      Padam
  3. Seronok kan kak jumpa sanak saudara time2 raya ni.. nak jumpa hari biasa memang susah.. Raya ni lah baru dapat jumpa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time nilah nak kenalkan husband pada saudara dan kita pun kenal saudaramara husband sama Rina. Time lain semuanya busy mencari rezeki.

      Padam
  4. cantik la kaler baju yang coklat cair tu.. kena dgn lace hitam..

    selamat hari raya

    BalasPadam