Rabu, 4 Januari 2012

Resolusi 2012.



Alhamdulillah, 2011 telah melabuhkan tirainya dan masih dipanjangkan usia lagi untuk meng'hadap' 2012.
Alhamdulillah juga sebab Resolusi 2011 banyak yang tercapai. *ark ark ark. maunya lah tak tercapai kalau azamnya takat dua tiga kerat je. =p

So,
Resolusi 2012 apa pulak?

Mari kita list down kan supaya boleh jadi rujukan di tahun depan.
Lepas tu tahun depan, kalau tak tercapai apa yang dilist down ni, boleh lah gelak diri sendiri sebab tak berusaha, dan suami pun boleh lah tompang gelakkan sekali resolusi si isteri tu.

Pssst, sebelum tu, make sure resolusi yang nak dibuat tak banyak mana tau. Kang kot tak tergapai pulak.

Ok.

Resolusi besar untuk digapai tahun ini,

1. Cari kerja baru.
Selagi tak jumpa, cari jelah sampai dapat. Banyak perkara kena ambil kira dalam usaha mencari kerja baru nih.

2. Bagi Iman Raneeya adik.
Kali ini berharap sangat dapat baby boy, Iman Reezqy *ha, jgn main-main, siap dah ada nama kau! . Bila dah sepasang, boleh lah pasang badan selepas itu dan meneruskan misi 55kg.

3. Upgrade skill menutup aurat daripada membalut aurat.
Ini bukan nak menunjuk-nunjuk tulis kat sini. Terpulanglah kepada persepsi masing-masing bila baca. Tapi, itulah yang i sedang usahakan. Bukan mudah nak ubah perkara yang dah jadi kebiasaan untuk kebaikan. Kan?

4. Meneruskan acara Cuti-cuti Gembira Bersama Keluarga.
Keluarga adalah segalanya. Tidak kira di masa kau susah atau senang, di masa kau gemuk atau kurus, keluarga sentiasa ada.

5. Berdeting sebulan sekali dengan suami.
Haha. Nak cuba buat untuk tahun 2012. Motip? Nak menambahkan kasih sayang suami isteri lah.
Tak tahulah boleh ke tak sebabnya, kalau Iman Raneeya taj dihangkut sekali, memang fokus kat suami tu tak balance lah. Separuh hati akan tertinggal kat Iman Raneeya. =p

6. Nak live happily ever after bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta. =)
Insya Allah, dengan izinNya, semoga akan dapat hidup aman dan gembira selamanya. Amin.

Lagi?


Nantilah. Kalau ada akan tambah.

Semoga 2012 akan memberi berjuta-juta kebahagian untuk semua.
(=

12 ulasan:

  1. no 3, terbaek!

    moga Allah permudahkan urusan akak .. niat dah ada, insyaallah, Allah akan bantu :)


    :)

    BalasPadam
  2. Sue:
    Insya Allah, dengan izin Allah, moga ia akan berjaya Dik.
    Tq. =)

    BalasPadam
  3. gud luck babe... insyaallah usaha pasti jaya.... ^_^

    BalasPadam
  4. wahhhh raneeya dah ade can nk dpt adek, xpe2 jalan dlu, nanti ibu mika menyusul kemudian :p

    BalasPadam
  5. semoga segalanya dipermudahkan Allah..

    plan nak baby boy lak yer.. hihihi.. zana pun kena usaha keras utk dapat baby thn ni.. hihihi..

    BalasPadam
  6. amin....

    Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita.
    live u'r life without regrets..
    percaya pada Qada & Qadar Allah, segalanya akan jadi bertambah mudah.
    InsyaAllah...

    =)

    BalasPadam
  7. kite saing ler yer..untuk dapat kan m'mereka' geng..

    apa pun elin doakan juga semua hasrat kamu di tahun 2012 ni tercapai..insha-Allah.

    BalasPadam
  8. Na,
    Hehe. Kalau ada rezeki lah. You pun cepat-cepat tau.


    Zana,
    Tq Zana.
    Semoga apa yang dihajati juga akan tercapai ye. Amin.

    BalasPadam
  9. Umi,
    Insya Allah mi. Tq. =)


    Elin,
    Tq. Jom sesama saing tambah nambah nombor 2.

    BalasPadam
  10. Utk no 3 --> usaha tangga jaya! :p
    Kak, ko punye list ni macam same je ngan aku. pinjam lah. HAHAHA.
    misi 55kg? oh NOOOOOOO. aku ni ntah bila nak balik ke 54-55kg tuh!

    BalasPadam
  11. Balkis,
    Muahahaha.
    Orang ada anak satu ni memang list dia macam tu kot.

    Dah pinjam nnt bagi balik tau. =p

    BalasPadam