Khamis, 6 Januari 2011

resolusi 2011


moh kita buat resolusi 2011. *huhu. tahun ni adalah tahun terakhir bersama-sama mereka di atas.

myself.
- upgrade diri, hiasi peribadi. =)
- menjalankan kewajipan sebagai muslimah sejati. Insya-Allah.
- menahan nafsu dari soping-menyoping.
- dapatkan balik mybodyshape macam kat atas tu selepas bersalin. misi 50-53kg! =)

love.
- menjadi isteri yang solehah untuk suami serta berjaya menghapgredkan skill pemasakan untuk suami terchenta dengan harapan perotnya akan makin membulats. =)
- menjadi gud mami & dedi to our beby walopun dalam kepala sarat dengan segala macam yang difikirkan.

famili.
- harap dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga terchenta. planning for family vacation. yey!
- buat akikah tok baby, Insya-Allah.

kerja.
- upgrade 'keefisienan' bekerja. harta yang berkat datang dari kerja yang dibuat dengan amanah dan ikhlas.
- tanak amik tau dan tamo buat kerja orang dah. penat + menyampah!

study.
- tamatkan study dengan jayanya, Insya-Allah.
- dapat degree & upgrade jawatan. moga Allah permudahkan segalanya.

financial.
- let go myvi & kekal dengan satu kereta sahaja yang sudah habis dibayar. senang. tak banyak hutang, tak banyak beban.
- berkira-kira mau renovate rumah yang sedia ada atau survey dan beli rumah baru. Insya-Allah, dengan izin Tuhan, moga ada rezeki kami.
- mengamalkan perbelanjaan berhemah. =)

friends.
- sentiasa menghargai persahabatan yang sedia ada dan mengekalkan kemesraan itu. tanpa sahabat, hidup tiada keceriaan. kan?

oke. done! cukuplah sikit tu je. kalo letak banyak pun, belum tahu boleh dilaksanakan ke tidak pun.

4 ulasan: