Khamis, 26 Januari 2012

Aktiviti biasa-biasa tapi bahagia bila bersama keluarga.

Oleh kerana this weekend ada program gembira lagi bersama keluarga, haruslah I update laju-laju kan aktiviti-aktiviti yang dilakukan time cuti Hari Raya Cina haritu.

I pergi rumah MIL pada sabtu tengahari sebab haruslah kemas-kemas rumah sendiri dulu kan sebelum nak pergi berjalan. Bila penat balik dari berjalan nanti, takdelah mood ke laut bila balik tengok rumah siap sedia bersih dan kemas.


Sampai rumah MIL memang masa sedang elok sangat sebab MIL & SIL tengah sibuk memasak so, haruslah I menunjukkan skill menantu rajin terlampau kan dengan membantu mereka memasak. Haha.

Menu pada haritu adalah Nasi Ambang. Merasa iols makan nasi ambang makanan jawa tu uols! First time try nasi ambang, sedap lah juga rasanya. Dalam nasi tu ada lauk ayam kari kicap, kacang panjang goreng suhun dan tempe dan macam-macam lagi lauk dihidang dalam daun pisang. Siap ada mee goreng sekali diletaknya. Boleh masuk dengan tekak I.

Eh, kan main lagi, beriya cerita pasal makan terus skip nak bagi tahu yg ada baca yassin & tahlil sebelum makan tu. Seronok baca Yassin dengan keluarga ni, sejuk dan tenang je rasanya. Selesai baca Yassin, weols proceed dengan makan-makan, bincang-bincang pasal Family Day 2012 dan buat birthday surprise untuk anak buah Azreen, Nadia. Birthday Nadia early January haritu, tapi sebab dia belajar kat MRSM Langkawi, cuti haritu lah baru celebrate birthdaynya.

Pssssst, I & husband dilantik jadi AJK Sukaneka ok! Ahkakkk suka!! Siaplah korang nanti, I dera uols dengan game yang pelik-pelik. Ark ark ark.


Besoknya, hari ahad, I dan FIL pergi melawat cadangan tempat Family Day 2012 di sekitar PD. Berkonvoi sambil gosip-gosip manja gelak ketawa dalam panas terik tu memang terbaiklah!


Lepas dah tengok cadangan tempat tu, weols berhenti di gerai bawah pokok sambil pekena mee kari, laksa, kepok lekor, goreng pisang dan pelbagai lagi kuih muih yang dijual di situ.

Boleh pulak time ni si Iman Raneeya buat 'tempoyak'. Mengagau lah makpaknya cari air mineral nak mencuci. Kelas kau Iman Raneeya basuh tahi guna air mineral! =p

Selesai makan, i dan FIL berpisah sebab I akan terus balik ke Melaka ke rumah makpak sendiri yeyyyy!!!!


Sampai je di Melaka, sambil terlelap-lelap berlingkau di sofa bersama Iman Raneeya, Ibu mengajak weols dinner di Restoran Terapung Kuala Sungai Baru Melaka. Ibu nak belanja kataaaanya.

Apa lagi langkah kanan rezeki jangan ditolak lah kan, terus lepas Maghrib, kami ke sana. Macam-macam yang diorder oleh ibu, dengan kerapunye lah, sotong udang nye lah, pari bakar, bawal, memang meletup perut dibuatnya sebab kekenyangan.

Kenyang-kenyang pun, I tetap rasa macam tak best sebab ahli keluarga tak cukup sorang. Adik lelaki bongsu I tak menjoin kan diri pulak sebab biasalah, adik lelaki yang dah akil baligh dah bujang ni kan, susah betul nak nampak batang hidung. Manjang hilang.

Makan besar malam tu bawa mak. =)
Seronok rasanya dapat berkongsi kebahagian dengan Mak. Mak, weols tak malu pun nak bawa mak makan kat luar tau walaupun dengan keadaan mak yang sekarang tu. Bila mak ada, lagi kami gembira.


Then, Isnin siang pula*tiada gambar, ibu mengajak I pergi rumah orang bertunang. I yang drive. Skill driving kereta manual I masih elok lagi uols walaupun dah lama tak drive kereta manual. Haha. Balik dari rumah orang bertunang, I singgah di Lubok Cina untuk mencari burung puyuh untuk dibuat gulai. Puyuh masak lemak cili padi menu terbaik uols bila balik ke kampung.


Taddaaaaaaaa!
Boh lagi gambar i pergi berdating dengan Gegulahati malam esoknya tu.
Happy happy yippy yippy yey!


Hari Selasa, buat aktiviti menebang pokok sebab nak cari kayu api untuk diguna time kenduri this coming Friday. Kenduri sempena sepupu I yang akan bertunang, disekalikan dengan kenduri tahlil dan kenduri doa selamat untuk adik I yang sedang mengandung.

Ha, kau ado cari kayu api lagi time zaman-zaman teknologi macam ni? =p
Suami I macam pelik-pelik je tengok orang tebang kayu cara manual. Haha. Orang bandar masuk kampung memang macam tu lah gayanya. =p

Alhamdulillah, time kenduri tu nanti, Iman Raneeya juga akan genap sembilan bulan. Mummy dah siap order cheese tart ye sayang untuk disedekahkan kepada tetamu. =) Moga Iman Raneeya akan terus membesar dengan sihat dan aman bahagia.


Sambil lelakinya menebang pokok, I yang tak berapa nak ada kerja ni bersama mak buyung menjalankan misi fotografi sendiri. Model of course lah, budak kecik baru nak naik, Iman Raneeya. Haha.

Makin payah nak mengambil gambar si kecik ni sebab dia dah boleh bergerak kan. Tak duduk diam dan kebanyakkan gambar yg I snap, blur aja semuanya.

Itu sajalah aktiviti-aktiviti biasa yang dilakukan bersama keluarga sempena cuti Hari Raya Cina. Biasa-biasa ja, tapi bahagia. =)

8 ulasan:

  1. family day kt PD? bestnyer.. plan wat kt mane nnt?

    BalasPadam
  2. Ajan:
    Eh, bukan lah. Family Day nya Mac nanti. Plan buat kat PD.


    Umi:
    Alhamdulillah mi, berkat asyik menangis dulu, sekarang dah boleh tersenyum dah.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Hye sis. Jum join giveaway Nouveau Closet. Mungkin rezeki kamu ^_^

    http://nouveaucloset.blogspot.com/2012/01/giveaway-by-nouveau-closet.html

    BalasPadam
  4. quality time dgn family mmg best kan even kejap

    -gajahputih

    BalasPadam
  5. dengan famili di mana2 pon best..:)

    BalasPadam
  6. bestnya!!!! meriah dgn mcm2 aktiviti.. bila dpt bersama keluarga, semua benda jd meriah kan.. syokkkkkkkk...

    BalasPadam
  7. hebat betul raneeya basuh tahi pakai mineral tu...hehe...

    comel lah dia...

    BalasPadam