Pernah dengar pasal duit kutu?
Haha. Macam kelakar kan namanya.
Ingat lagi 1st time cakap kat Azreen pasal duit kutu, berkerut dahi dia menandakan dia tak tahu pasal ni.
Apalah tak tahu. Tak best betul! =p =p =p
Kalau nak tahu,
I dari kecik lagi dah terlibat dalam benda kutu-kutu ni. Ark ark ark.
Seriuos tak tipu. Dulu masa kecik kan, susah nak dapat duit sedebuk banyaknya. So, I dengan cousins pun main duit kutu ni.
Masa tu, tak bayar bulan-bulan. Tapi kami bayar hari-hari. Sehari dua puluh sen. Seminggu dapat RM1.40 sen.
RM1.40 x 4minggu x 5 orang main, dapatlah seorang RM28 sebulan. Dapat RM28 masa tu besar nilainya. Boleh beli macam-macam cikedis, alat tulis, majalah, etc.
Bila dah besar, ingat tak involve lagi dengan duit-duit kutu.
Tapi, tak pun.
I masih lagi meneruskan aktiviti perkutuan ni dengan jayanya.
Sekarang, main dengan rakan sepejabat pulak. Bayaran pun dah makin besar dan pendapatan pun sampai kadang-kadang hampir mencecah RM1000.
Ada yang kata main duit kutu ni haram. Macam berjudi. Sampai ada akta pasal ni. Kalau tak percaya pergi lah google.
Cuak ok mendengarkan tentang hukum main duit kutu tu.
Tapi, bagi pendapat I, I tak rasa pun main duit kutu ni macam berjudi. Main duit kutu ni lebih pada menyimpan sebenarnya. Tapi tak menyimpan sorang-sorang lah sebab kalau simpan sorang-sorang, confirm duit tu mesti akan terguna punya. Kita menyimpan dalam tujuh lapan orang, kemudian pilih bulan berapa yang kita nak sebagai giliran dapat duit tu. Kita juga akan pastikan semua ahli tak lari dan semua dapat bahagian masing-masing.
Alhamdulillah, setakat ini, semua rakan sekampeni I takde yang lari pun. Semua membayar bahagian masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan. Duit yang dapat pun digunakan untuk pelbagai perkara. Ada yang main duit kutu untuk renew roadtax, nak guna beli baju raya anak lah, guna pergi holiday lah, nak guna duit untuk shoping dan macam-macam lagi lah kegunaannya. Siap boleh request lagi taw nak giliran dapat duit bulan berapa.
Pssst,
Untuk next round ni, I request turn I bulan lapan sebab bulan sembilan roadtax dah expired uols. =p
best sbnarnyer maen duit kutu nie...sbb sy pon maen gak..hehehe..bkn pe duit kutu nie kite bleh gnakan utk m'bayar sesuatu atau menambah penyimpan kite kan....
BalasPadamjulaa pun main kutu...dia atas kita juga. lebih kurang menyimpan pun sebenarnya, nak harap kita simpan 1k dalam setahun. boleh? noleh memang boleh, tapi banyak PANTANG. :D
BalasPadamahaa..br jer ckp ngan bebudak opis ni ajak main kutu tadi..hihi. Best ape...saja suka2 kan. Dr sekolah lagi...hihi.
BalasPadamdulu2 pernah main...
BalasPadamsekali dapat macam2 nak beli..
Baru nak start main kutu untuk tahun ni. Tahun lepas punya round dah habis. Suka main kutu. Rasa macam tiba-tiba duit datang sekelepuk. Padahal duit kita jugak. Hehehe.
BalasPadamkami panggil kut tu bila org sebut kutu ada sedikit pelik. hehehe.. jgn tak percaya ain sejak ada si kancil dr tahun 2005, duit itulah bayar roadtax n insurance tau! pas tu duit belanja raya anak2 hasil dari duit kut juge ^_^
BalasPadamhaah kak yani..saya pun dulu2 pggil kut...bila da dtg cni baru pggil kutu..sebab org mcm pelik bila kita pggil kut kan..hihi.
BalasPadam