Hello uols,
Macam mana cuti panjang raya cina ni?
Apa program?
Pergi bercuti kat mana?
Mesti semua seronok dan bergembira bersama keluarga kan.
Cuti I?
Takda pergi mana-mana pun. Menghabiskan masa bersama keluarga tercinta je. Since dah berkeluarga ni kan, cuti pun kena berbahagi untuk dihabiskan. 2 hari bersama keluarga mertua dan 2 hari bersama keluarga sendiri.
=)
Banyak cerita yang nak di share sempena cuti raya china ni,
tapi tunggu lah ya, nanti-nanti I story.
Apapun,
Untuk mengembalikan mood bekerja setelah bercuti lama,
moh kita layan gambar dating I bersama gegula hati di Melaka.
Di pantai 1 Malaysia atau dahulunya dikenali dengan nama Pantai Klebang. Kat sinilah tempatnya yang ada jual coconut shake yang famous tu. Tapi malam dating tu, I tak dapat nak merasa pun sebab gerainya dah tutup.
Bogheeek nak angket ni!
Keluar berdua kan, so, ambil gambar sendiri je lah. Peace yo!!
Banyak-banyak tempat kat Melaka, Fun Fair juga tempat persinggahan yang gegula hati berkenan.
Test luck dengan harapa dapat bear sebelah tu tapi, takda ong lah malam tu.
My gegula hati! =)
Hasil dari mencuba nasib.
Keluar ke bandar pakai selipar jepun. Kau ado? Haha. Serius, I tak larat nak berkasut-kasut ok sebab nak berjalan kat Dataran Pahlawan yang luas tu kan, ate gilernye nak makan kasut I yang hok tinggi-tinggi tu.
Bergambar sambil melintas jalan.
Psst, uols jangan try buat macam ni ya, bahaya!
Dah, tu je gambar yang nak diletak.
=p
Apapun,
Moga cinta kami kekal bahagia bersama sampai ke syurga.
=)
amboi..betul dating la ni ye ain..
BalasPadamsi kecik comel tu bg peluang mummy daddy dia g dating =)
slm.. first time singgah sini.. amin.. insyaAllah jodoh berpanjangan.. =) best la cuti2 ni jln2.. hehe =)
BalasPadamameen...
BalasPadamsemoga kekal hingga ke syurga.
Insha-Allah.
suka tgk muka ain yg comot....natural beauty... ;) cumil....
BalasPadamAini,
BalasPadamHehe. Memang dating betul. Si kecik neneknya jaga.
Zahida,
Hi, tq ye singgah.
Elin,
Maceh Elin.
Maa,
Haha. Comel je kan muka comot. =p