Jumaat, 11 April 2014

Tolong cepat sembuh Iman Reezqy!


30 Mac 2014

Lepas Maghrib, Reezqy dah start panas badan. Mulut dia pun dah mula merah menandakan badan dia memang panas. Even badan dah start panas, lasak tetap melasak, tetap tak mahu kalah dengan kakak, berebut segala mainan, membalas balik bila kena debik dan tetap berebut Mummy bila kakak mula mengendeng nak tidur dalam pangkuan Mummy.

Tengah malam, Mummy check, Ya Allah, suhu dah 38 darjah celcius. Terus bangunkan Reezqy dan mandikan malam tu juga dan tetap terus basahkan badan Reezqy.. Mummyy expect Reezqy nak beralih bulan atau nak menambah apa-apa skill, sebab itu Reezqy demam.


31 Mac 2014

Reezqy masih demam dan Mummy terpaksa ambil cuti kecemasan. Tak sampai hati nak pergi kerja sebab anak demam.


1 April 2014

Masih demam, dan tetap panas. Bawa klinik panel. Dapat ubat dan Doktor pesan, kalau hari kelima masih tidak sembuh, sila pergi buat pemeriksaan darah. Malam tu, sambil jaga adik, sambil Mummy surprisekan Daddy sebab birthday dia. Daddy nangis terharu sebab dia ingat Mummy akan lupa birthday dia bila busy jaga adik demam. Haha. Tidak sesekali Daddy. Womennnn kan, she remember everything, every single thing lah!


2 April 2014

Mummy ada perjumpaan dengan Tuan Pendaftar harini. So, tak boleh cuti, kena pergi dengar amanat yang nak disampaikan. Lepas tu, 3 dan 4 April pula Mummy dah daftar diri nak pergi kursus. Markah CPD Mummy tak berapa nak ada dik. So, macam-macam mana pun, Mummy doakan adik cepat sembuh, so Mummy boleh hadir semua perkara dengan senang hati. Tapi, tengah dengar amanat Pendaftar, Daddy sms minta balik. Granpa bagi tahu, adik menangis taknak berhenti pagi ni. Semua serba tak kena. Bagi susu muntah, makan muntah. Terus Mummy balik, jenguk keadaan adik. Adik nampak lembik dan tak aktif langsung.


3 April 2014

Satu malam adik menangis, merengek dan muntah. Mummy cemas, Daddy jadi tak tentu arah. So, pagi-pagi tu bersiap dan pergi Klinik Kesihatan. Ambil darah. Keputusan darah menyebabkan kena refer ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ). Doktor suspect adik kena Denggi. Di HTJ, lepas berperang dengan Doktor nak ambil darah sekali lagi, adik dimasukkan wad atas sebab suspect denggi.





4 April 2014

Bila warded, adik memang sokmo berperang dengan Dr. Sebab Dr kena bergasak nak cuba ambil darah adik. Adik melawan bila nampak jarum. Tiga empat orang kena pegang nak bagi adik tak bergerak, jarum pun tak tersalah cucuk. Water drip adik pun asyik bertukar tempat sebab adik cabut. Dari tangan ke kaki kiri, dari kaki kiri ke kaki kanan.



5 April 2014

Pada mulanya, memang adik disyaki kena denggi. Tapi lepas dua tiga kali buat ujian darah, hasilnya, hanya platlet darah merah saja yang turun tetapi platlet darah putih normal. So ia adalah Viral Fever dan pemantauan sekarang hanyalah untuk platlet darah merah adik yang tak naik-naik. Selagi tak naik, adik tak boleh keluar wad. Adik ingat tak dik, setiap pukul 6.00 pagi adik dah kena ambil darah, 3 kalih sehari darah diuji. Sakit kan?

Hari-hari Mummy doa platlet darah adik naik banyak sebab Mummy dah tak larat nak duduk hospital dik. Bila minta tukar dengan Daddy, Daddy tak berani nak jaga adik di ward. Takut tak  boleh handle.

Alhamdulillah, keputusan darah petang tu memberangsangkan bila dari 105, platlet darah merah adik naik ke 231. Terus Doktor bilang, besok tengahari adik boleh keluar wad. Nangis Mummy dik sebab happy dan Mummy tak payah nak berpura-pura tough lagi dah melihat adik menangis sampai hilang suara bila time ambik darah.









6 April 2014

Adik keluar wad dan bebas dari Viral Fever. Kita tuju rumah Grandma untuk ambil Kakak Iman dan Mak Lang pun tunggu di sana nak jumpa adik. Kemudia kita balik ke rumah kita sebab Nenek Ani dan Nek Ma datang melawat adik. Time ni badan Mummy dah mula panas dan Mummy dah  mula muntah-muntah.


7 April 2014

Mummy cuti sakit sebab demam, muntah-muntah dan cirit-birit. Menumpang lah kita di rumah Grandma sebab Daddy tak  berapa berani nak handle adik dan kakak. Daddy tak boleh terima Mummy demam sebab dia kata super Mummy mana boleh demam. Dia siap paksa Mummy makan sambil cakap, jangan ikutkan sangat sakit tu.


8 April 2014

Mummy pergi  bekerja dan menghadiri bengkel Fakulti tetapi hati Mummy teringat adik sebab pagi itu adik bangun, badan terasa panas. Mummy takut adik demam lagi.

Dan balik kerja petang tu, Grandma bagi tahu adik muntah-muntah dan badan dah mula panas.


9 April 2014

Adik demam balik dan hari ini hari kedua. Daddy pula akan ke Port Dickson sebab ada Bengkel. Even dah bagi adik ubat, badan adik tetap panas.


10 April 2014

Mummy minta izin dengan bos untuk keluar bawa adik ke klinik lagi. Walaupun adik dah dibagi makan ubat, badan adik tetap panas dan terus panas. Mummy jadi takut dik. Terbayang Mummy kalau-kalau adik akan masuk wad lagi. Dan petang tu juga, Grandma turut muntah-muntah dan badan jadi lemah.

Bila Mummy inform ke Daddy keadaan adik, Daddy suruh Mummy hantar adik ke hospital. Telan air liur Mummy dibuatnya. Dengan adik yang demam, dengan kakak yang tak reti duduk diam, Grandma nya lagi yang tak sihat, Mummy rasa, Mummy tunggu Daddy balik je lah baru kita ke hospital.


11 April 2014

Hari ini adik masih demam.
Hari ini, Daddy akan balik.
Mummy tetap doakan adik akan sihat hari ini.
Kalau boleh,
Mummy tak nak hantar adik ke hospital.
Mummy kesian tengok adik nanti dik.
Sila cepat sembuh dik.
Cuba adik kuat macam Mummy ni dik.
Pleaseee dik.
Cepat sembuh untuk Mummy sayang.
Please..


Ya Allah Ya Tuhanku. Kau sembuhkanlah demam Iman Reezqy. Kau jauhkanlah segala kuman-kuman yang ada dalam badannya. Kau kembalikan keceriaannya, kesihatannya dan segalanya yang Kau pinjamkan kepadanya semula Ya Tuhanku. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat ku memohon pertolongan Ya Allah.

7 ulasan:

  1. Semoga cepat sembuh Reezqy :)

    BalasPadam
  2. sama keadaan dgn ank buah saya..
    dia lagi lah..dah la ade g6pd..tapi alhamdulillah..makin pulih dah..bg minum 100plus..
    platlet dia ritu drop smp 80..pastu sel darah putih lak kurang lps platlet naik..3ari dok wad..now ade kat rumah..
    sabar ea sis

    BalasPadam
  3. Moga kak ain tabah. Iman Reezky cpt sembuh tau :)

    BalasPadam
  4. susah hati kan kalau anak demam.. tak senang duduk. baby kita pon boy gak.. hehe.. waktu 11 month pon masuk ward jugak lung infection. Speedy recovery Reezqy.

    ada masa sudi2 la ke blog.. surayajafar.blogspot.com. Salam kenal :)

    BalasPadam
  5. amin..moga Reezqy cepat sembuh seperti selalu..
    Mummy Reezqy tabah bebanyak ye..
    moga Allah permudahkan semuanya..amin

    BalasPadam
  6. Kesiannye....semoga cepat sembuh bby boy.....

    BalasPadam
  7. elin baca pun dah sedih,... bab anak keluar masuk wad ni mmg elin paham sgt2. lagi2 kalau kena amik dsrah setiap hari sampai anak jd trauma tgk jarum tgk doctor.
    elin sekeluarga doakan iman cepat sembuh dan sihat sejahtera spt biasa.

    BalasPadam