Khamis, 23 Mac 2023

Ramadan Kareem!


 Selamat menyambut bulan Ramadan untuk semua!
Alhamdulillah, masih dipertemukan lagi dengan Ramadan kali ini.

Insha Allah, moga diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa pada tahunini dan bertambah segala amalan.

Rabu, 8 Mac 2023

Selamat hari kita, Wanita!


Salam,

Selamat Hari Wanita buat semua rakan-rakan bloger dan wanita di seluruh dunia.
Hari wanita di sambut dengan suami jauh di mata tapi dekat di hati. Terpaksa acah-acah kuat seminggu ni handle The Imans bertiga. 

Siap pesan, Dedi takda ni jangan buat perangai ya semua. Kalau buat perangai, Mami lari tinggal korang. Duduk la rumah bertiga. Haha.

Alhamdulillah, behave je semua. Gaduh sesikit tu biasa la. Mami pun pejam mata, pekakkan telinga je. Dah penat bergaduh, pandai la korang senyap sendiri.

Semalam juga malam Nisfu Syaaban, malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Segala catatan buku amalan kita diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. Insha Allah, moga yang baik-baik sahaja tertulis untuk buku baharu ini dan semoga bertambah catatan amalannya, amin.

Separuh bulan Syaaban telah berlalu, then Ramadan pula bakal menjelma. Sekolah pun nak buka juga, tiga hari lepas tu, anak-anak kena berpuasa. Good luck anak-anak menempuh sesi baru persekolahan sambil puasa terutamanya si Adik yang bakal melangkah ke darjah satu. Dia dah pesan sesiap yang dia tak nak puasa. Mami kena beli lunch box. 

Haha. Nak wish hari wanita je sebenarnya, tapi macam biasalah, bila dapat menulis, semua cerita keluar!

Sekali lagi kepada semua, Selamat Hari Wanita!
Insha Allah, semoga ktia semua sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk berbakti kepada keluarga dan dapat mengerjakan segala amalan baik selagi berbaki umur yang dipinjamkan Allah swt. Semoga segala penat lelah kita semua dalam mengurus keluarga diberi ganjaran pahala dan syurga, amin. 

Jumaat, 27 Januari 2023

Temuan Hills, Rembau, Negeri Sembilan

 Salam semua,

Happy New Year 2023!
Dah nak hujung Januari dah pun baru muncul di sini.

Begitulahhh sendunya blog ini. Haha!
Terfikir nak tutup terus tapi sayang. So kita biarkan ajelah dulu, walaupun tiada siapa nak view dah. 

Cuti Chinese New Year  haritu, memang tiada plan nak ke mana sebab malas nak hadap jammed.  Azreen pun tiada plan dengan adik-beradiknya. Hanya Reeezqy (Tahniah Abang and Team, menang!) je lah ada game bola pada 21 haribulan di Rembau. Lepas  habis game, ajak Azreen balik Melaka  sebab dah alang-alang sehala jalannya.


Tapi kan, Nurain, mana boleh dia tak buat apa! Haha. Dalam takda plan tu, google juga la kot ada hotel or homestay yang best di Rembau. Ingat nak bermalam di sana.

Terjumpa Buana Kita, tempat Glamping dan ada tempat makan dan cafe, macam best stay sana, tapi Cuti CNY kan, faham-faham je lah, orang dah book awal, penuh dah!

Teruskan lagi mencari, dah bertemu jodoh dengan Temuan Hills. Itupun, khemah yang tinggal untuk 2paxs sahaja, kami pula berlima.  Pihak TH risau kalau kami tak selesa tinggal dalam khemah kecik tu. Try jugalah merayu nak dapatkan slot, sampai kena deal dengan Big Boss mereka. 

Alhamdulillah, rezeki kami. Berjaya yakinkan Big Bos mereka, yang kami ok dengan khemah kecik tu. Semalam je pun. Takdalah nak tidur beriya. Nak bagi anak-anak experience bermalam dalam khemah then esoknya balik.  Tu je. Nak harap makpak pacak khemah pergi camping, memang tak lah. Zaman tu dah berlalu ya. Ommak kau malehhh.

Inilah khemah kami. Comel je. Ada dua tilam single dalam ni dah takda aircond. Yang batu-batu tu tempat mandi. Merasa la anak-anak mandi berbumbungkan langit. 

Tempat ni kecil je. Khemah pun ada dalam 5-6 buah sahaja so tak ramai orang dan tak crowded. Ada anak sungai tapi nak mandi macam tak sesuai sebab tak tenggelam badan haha. View berlatar belakangkan bukit dan pokok-pokok menghijau. Ingatkan bukit yang ada kat situ Gunung Datuk, tapi staf di situ kata bukan. Gunung Datuk di sebelah lain.

Di sini famous dengan pizza yang dibakar dengan dapur arang. So, dinner malam tu kami order kat situ jelah. Nak keluar malas pula sebab tempat ni jauh ke dalam kampung.

Ada la record dari pizza ni dibuat sampai dibakar tapi kita share gambar je la. Selain pizza, boleh juga order pasta dan menu western lain di sini.

Esoknya kami ambil pakej ATV. First experience untuk anak-anak naik ATV. Kakak nak bawa sendiri tapi staf tak benarkan sebab laluan kami agak mencabar. 


Nampak easy breezy je kan track dia, tapi ada 2-3 kali juga kena turun bukit curam. Kena balance minyak dan break. Kalau, single tu memang I redah je buat willy semua, haha, tapi bila mikir bawa anak, kenalah extra careful. Fikirkan keselamatan anak.

Kecuali Reezqy, kakak dan adik happy dapat naik ATV.  Adik siap menyanyi-nyanyi. Reezqy, starting je dah kena serang dek pacat. Haha. Meraung mamat tu.  Duduk Bandar Baru Nilai kan, mana pernah tengok pacat. Dia terkejut tu sebab tengok kaki dia berdarah.  Apooo kapten bola, tapi dengan pacat tewas! 

Guider tu siap cakap, kena bawa selalu masuk kampung ni kak. I gelak je la. Orang kampung ni semua dik, tapi tu lah. Kampung kami pacat dah pupus =p

Nampak, siapa yang paling enjoy dan happy? Of course,  Mamiiiii!!  Puas hati dapat beraktiviti walaupun dapat khemah kecil. Yang penting, enjoy every little thing dengan yang tersayang!


Pakej yang kami ambil  dapat free breakfast for two, so I tambah lagi dua untuk anak-anak. Boleh pilih nak Malay or English breakfast. Selesai ber ATV dan sarapan, kami bersiap, then check-out dalam pukul 11. 

Kami check-out awal sebab nak balik Melaka. Makcik dah call ajak lunch kat rumah dia, so takkan nak datang saja, kenalah ringan-ringankan tangan juga.  Alhamduillah, rezeki juga tu, dapat menumpang kasih Mak orang ;)

Thank you Temuan Hills! Till we meet again, Insha Allah.

Selasa, 18 Oktober 2022

Hello Escape Penang!

Salam semua,

Sementara ada mood ni, moh la kita update cerita ke Penang pada mid September lepas. Banyak tempat pergi, tapi terpaling best nak tulis dulu adalah ke Escape ni.

Happy dan seronok ke sini tapi tu lah, partner yang kata nak sehidup semati tu, haha, banyak aktiviti dia takmo buat sebab gayat bab aktiviti yang melibatkan ketinggian. Banyak la aktiviti kita kena skip.

Hello Escape! Kami datangggggg!

Ke Escape dengan Mama (adik arwah Ibu). Sempat juga singgah dan bermalam rumah Mama. Request untuk Mama masak kari sotong (sebab rindu masakan arwah Ibu), tapi masa tak mengizinkan. Itinerari pack nau dengan macam-macam aktiviti.

Harga tiket ke Escape boleh tengok di sini. Sebelum nak datang tu, sila upload gambar muka sebab nak masuk kena scan muka di pintu masuk.

I tak buat haritu so lambat la sikit dapat masuk sebab kena daftarkan muka sensorang dulu, baru boleh masuk. 

Masuk-masuk je terus buat aktiviti ni. Haha. Berbulu je pasangan hidup I.

Sling Shot kot nama aktiviti ni. Ahkakkk sukaaaaaaaaaaa. Ditembak ke udara then jatuh ke bawah. Time terbang ke udara tu best, time jatuh, Ya Allah rasa nak putus nyawa. Jeritan tak payah cakap la, kuat yang amat. Hilang semua stress kerja =p

Kat Escape ni ada 35 aktiviti basah dan kering yang korang boleh cuba. Siapa yang suka adventure tu memang enjoy kat sini. Pergi dengan suami (yang takut tinggi) dan anak-anak (yang lagi suka aktiviti air), memang krik krik ajelah mak nakkkk. Mama lak, atas faktor umur kata dia, volunteer jaga si adik je.

Adik try Monkey School, aktiviti berhalangan untuk kanak-kanak. Untuk dewasa boleh cuba Monkey Business. Anak-anak memang aim kolam je datang. Memang berzikir ajelah suruh habiskan cepat aktiviti di darat ni.




Malas nak dengar zikir air kekanak, kita skip ajelah aktiviti darat terus ke air. Kan main senyum sampai telinga semua bila dapat main air sampai suruh makan pun tak nak. Berendam la semua sampai lebam.

Yang ini time nak buat Monkey Business (Halangan di Udara). Ada tiga level kat sini yang perlu di lalui. Kami buat Level 1 je. I jadi orang pertama, follow by Reezqy, Kakak dan Azreen.

Menyesal jadi orang pertama sebab kau takda pilihan. Suka tak suka halangan tu, kau kena buat juga. Nak patah balik, tak boleh. Kang kena staf kat situ selamatkan. Plus, kalau Ommak takut,  anak jadi lagi takut. Kena la pejam-pejam mata  dan buat-buat berani je nak habiskan halangan.



Salah satu contoh  halangan. Nampak macam mudah kan, tapi kalau masuk dalam tu, benda ni bergoyang-goyang. Dah la tergantung di udara! 

Time halangan yang ni, I macam risau tak celuihhh. Haha! Badan beso kan =p Inform Azreen nak patah balik, dia kata, jangan mengada. You bukan besar mana, masuk je lah. Muat! 

Alhamdulillah muat dan lepas haha.

Yang banyak berdrama kat atas tu, of course la I. Siap Azreen tolak aje time flying fox sebab suruh jalan tak gerak-gerak. Kita tak takut tinggi wakkk, tapi kita takut halangan tu putus  =p 




Kat sini juga ada macam-macam slide yang anak-anak memang suka nau. Tapi masalah dia, nak sampai ke tempat slide ni semua kena mendaki banyak tangga. Mengah mak nakkkk.

Macam longest slide ni pula, kena naik Chair lift (buaian udara). Takkan nak biar kekanak naik sendiri, so memang kena temankan mereka. Apaknya memang surrender dengan alasan, kang dia pening siapa  nak drive balik. So, I la kena take over gilir-gilir dengan Mama.

Rupanya banyak rekod video (zaman reels kan =p ) dari gambar time kat sini. Ada juga gambar yang tak patuh shariah so kita simpan untuk rekod sendiri je la.

Overall,  Ommak enjoy dan anak happy datang sini tapi penat. Kalau suruh pergi lagi ke sini, kita suka je sebab kita memang enjoyyyy. 

TIPS: I baca review orang, nak pi sini pi hari Ahad, tak ramai orang. Ahad, orang dah mula keluar pulau, so tak ramai. Kami pun pergi hari Ahad, orang ada tapi tak sesak. Takde beratur lama untuk tunggu turn.

Till we meet again Escape, Penang! =)



Selasa, 26 Julai 2022

Minggu sukan!

Salam semua,

Macam biasa, hujung-hujung bulan baru muncul kat sini. Haha!
Minggu ni rasa lega sebab Sukan antara Jabatan di tempat kerja dah habis pada jumaat lepas.

Dalam kesibukan kerja, sempat jugalah menyelit tiga acara. Konon, bila nak masuk four series ni, dah malas nak berkecimpung dalam bidang persukanan (haha), tapi mana boleh tahan uiii, dua tahun takda aktiviti gini. Moh la kita bermandi peluh dan mandi matahari.

Tahun ni, pertama kalinya bersua dengan ahli kumpulan jabatan baharu. Kalau dulu I dalam Gugusan (grouping) B, now jabatan I dimasukkan dalam Gugusan A. 

Dipinang untuk join Team Netball. I terima je sambil inform, jadi simpanan pun takpa since ramai yang muda-muda. Sekali kena main position GD. Belasah je la labu! Takde rezeki kami. Dapat nombor 4. Mata pun sengit je. Takpe, kita cuba lagi tahun depan  ya team!

Rival kawan sendiri. Haha. Tahniah Kak Mas! Team dia Juara.


Aktiviti sukan macam ni bagi peluang kat kita keluar dari 'akuarium' sekejap sambil jumpa orang. Dapatlah release dari kesibukan kerja untuk seketika.


Sukan kedua yang I join, Bola Tampar. Makanan I ni. Haha! I dilantik jadi Pengurus pasukan. Ok lah, dapat pengalaman baru. Kena cari orang, arange tempat latihan, uruskan pendaftaran dan segalanya berkaitan kumpulan dan ketika perlawanan. Dapat cari sponsor juga untuk Tshirt. 

Alhamdulillah, kami Juara. Kalau ada pingat, memang dapat emas la =)

Kawan bola tampar dari zaman bujang sampai dah beranak-pinak. Semua rival! =p

Sukan ketiga yang I join, acara olahraga, 4 x 100m wanita veteren. Veteren ko! Masih tak dapat terima kenyataan dah masuk ketegori veteren =p

Team Olahraga pun dapat Juara keseluruhan. Tahniah pada semua Atlet yang  hebat-hebat. I menumpang tuah je.

Team 4x100m wanita veteren, tempat kedua. Alhamdulillah, di usia 39 tahun, mampu berlari lagi walau dah tak berapa laju macam dulu tapi puas hati dapat pecut 100m =)

Juara Bola Tampar Wanita. Antara ahli yang dapat hadir untuk acara penyampaian hadiah. Seronoknya dapat main bola tampar semula. Lama sangat dah rehat.

Dan, rezeki Gugusan A juga menjadi Juara Kesuluruhan. Lama katanya mereka menanti untuk bergelar juara keseluruhan ni. Tahniah Gugusan A! Kekalkan kecemerlangan untuk next year juga, Insha Allah.

Bidan terjun, membantu Urusetia buat announcement pemenang. Kita layannnn kan je lah =)

Till then semua!
Wassalam.