Selasa, 18 Oktober 2022

Hello Escape Penang!

Salam semua,

Sementara ada mood ni, moh la kita update cerita ke Penang pada mid September lepas. Banyak tempat pergi, tapi terpaling best nak tulis dulu adalah ke Escape ni.

Happy dan seronok ke sini tapi tu lah, partner yang kata nak sehidup semati tu, haha, banyak aktiviti dia takmo buat sebab gayat bab aktiviti yang melibatkan ketinggian. Banyak la aktiviti kita kena skip.

Hello Escape! Kami datangggggg!

Ke Escape dengan Mama (adik arwah Ibu). Sempat juga singgah dan bermalam rumah Mama. Request untuk Mama masak kari sotong (sebab rindu masakan arwah Ibu), tapi masa tak mengizinkan. Itinerari pack nau dengan macam-macam aktiviti.

Harga tiket ke Escape boleh tengok di sini. Sebelum nak datang tu, sila upload gambar muka sebab nak masuk kena scan muka di pintu masuk.

I tak buat haritu so lambat la sikit dapat masuk sebab kena daftarkan muka sensorang dulu, baru boleh masuk. 

Masuk-masuk je terus buat aktiviti ni. Haha. Berbulu je pasangan hidup I.

Sling Shot kot nama aktiviti ni. Ahkakkk sukaaaaaaaaaaa. Ditembak ke udara then jatuh ke bawah. Time terbang ke udara tu best, time jatuh, Ya Allah rasa nak putus nyawa. Jeritan tak payah cakap la, kuat yang amat. Hilang semua stress kerja =p

Kat Escape ni ada 35 aktiviti basah dan kering yang korang boleh cuba. Siapa yang suka adventure tu memang enjoy kat sini. Pergi dengan suami (yang takut tinggi) dan anak-anak (yang lagi suka aktiviti air), memang krik krik ajelah mak nakkkk. Mama lak, atas faktor umur kata dia, volunteer jaga si adik je.

Adik try Monkey School, aktiviti berhalangan untuk kanak-kanak. Untuk dewasa boleh cuba Monkey Business. Anak-anak memang aim kolam je datang. Memang berzikir ajelah suruh habiskan cepat aktiviti di darat ni.




Malas nak dengar zikir air kekanak, kita skip ajelah aktiviti darat terus ke air. Kan main senyum sampai telinga semua bila dapat main air sampai suruh makan pun tak nak. Berendam la semua sampai lebam.

Yang ini time nak buat Monkey Business (Halangan di Udara). Ada tiga level kat sini yang perlu di lalui. Kami buat Level 1 je. I jadi orang pertama, follow by Reezqy, Kakak dan Azreen.

Menyesal jadi orang pertama sebab kau takda pilihan. Suka tak suka halangan tu, kau kena buat juga. Nak patah balik, tak boleh. Kang kena staf kat situ selamatkan. Plus, kalau Ommak takut,  anak jadi lagi takut. Kena la pejam-pejam mata  dan buat-buat berani je nak habiskan halangan.



Salah satu contoh  halangan. Nampak macam mudah kan, tapi kalau masuk dalam tu, benda ni bergoyang-goyang. Dah la tergantung di udara! 

Time halangan yang ni, I macam risau tak celuihhh. Haha! Badan beso kan =p Inform Azreen nak patah balik, dia kata, jangan mengada. You bukan besar mana, masuk je lah. Muat! 

Alhamdulillah muat dan lepas haha.

Yang banyak berdrama kat atas tu, of course la I. Siap Azreen tolak aje time flying fox sebab suruh jalan tak gerak-gerak. Kita tak takut tinggi wakkk, tapi kita takut halangan tu putus  =p 




Kat sini juga ada macam-macam slide yang anak-anak memang suka nau. Tapi masalah dia, nak sampai ke tempat slide ni semua kena mendaki banyak tangga. Mengah mak nakkkk.

Macam longest slide ni pula, kena naik Chair lift (buaian udara). Takkan nak biar kekanak naik sendiri, so memang kena temankan mereka. Apaknya memang surrender dengan alasan, kang dia pening siapa  nak drive balik. So, I la kena take over gilir-gilir dengan Mama.

Rupanya banyak rekod video (zaman reels kan =p ) dari gambar time kat sini. Ada juga gambar yang tak patuh shariah so kita simpan untuk rekod sendiri je la.

Overall,  Ommak enjoy dan anak happy datang sini tapi penat. Kalau suruh pergi lagi ke sini, kita suka je sebab kita memang enjoyyyy. 

TIPS: I baca review orang, nak pi sini pi hari Ahad, tak ramai orang. Ahad, orang dah mula keluar pulau, so tak ramai. Kami pun pergi hari Ahad, orang ada tapi tak sesak. Takde beratur lama untuk tunggu turn.

Till we meet again Escape, Penang! =)



6 ulasan:

  1. Menarik tapi tengok banyak jenis yang tinggi.. Aini ni dh la gayat.. Masa naik bumbung Kellies Castle pun lutut dah lembik pastu kaki x gerak..haha

    BalasPadam
  2. Seronoknya ke Escape Penang. Banyak aktiviti kan tu yang menarik tu. Entah bila nak sampai Penang. Awatlah Penang jauh. huhu...

    BalasPadam
  3. menarik.. tp kita sejenis gayat jugak 🙈

    BalasPadam
  4. Betul-betul mencabar sukan dalam Escape ni ya, memang seronok kalau berani buat semua, hebat team famili kalian. TQ sudi baca entry latest juju, hargai sgt, kisah didikan Tuhan.

    BalasPadam