Rabu, 31 Julai 2013

Resipi biskut raya mudah lelap mata pun boleh buat!

Salam Ramadhan semua.
;)
Ingat lagi I tak? Haha.
Bajet retissss sangat lah kan nak orang ingat-ingat kau!

Eh, dah hujung puasa dah kan.
Eh, I dah masuk kerja cuti tiga  bulan habis dah kan.
Eh, lagi 6 hari je dah nak raya.
*senyum lebar-lebar*

Dah, tak payah cerita panjang.
Dan usah ditanyalah kenapa I lama mengeram.
Meh kita story pasal kuih raya je. Kan dah nak raya, haruslah ada kuih raya. Tahun ni I ada 10 jenis kuih raya tau buatan tangan sendiri.

Disebabkan I cuti 3 bulan, MIL telah mengambil kesempatan untuk mengajak I buat kuih raya sebab dah 2 tahun dah dia simpan keinginan nak buat kuih raya tapi takde siapa nak tolong. So, ni lah antara kuih raya yang dah siap.

Tat Nenas

Biskut kacang mazola tapi bentuk bunga.

Biskut kelapa nak sebatang.

Kuih makmur aman dan tenteram. Haha.

Biskut coklat potong empat segi.

Cornflakes madu kegemaran suami dan anak buahnya.

Biskut badam berendam.

Samperit sembelit.

 Lagi dua, kuih popia nestum which is kuih my expertise tu. Kahkahkah. Dan lagi satu kuih gunting. So, total kuih raya I tahun ni adalah 10 je. Order ada satu je, almond london.

Resipi biskut raya MIL I senang sangat tak payah main sukat-sukat. I beriya lah mencari resipi sebab SIL suruh. Tapi bila sampai time, tengok MIL bancuh main campak-campak je dan yang penting biskut dia menjadi.

Sifir biskut MIL:

1 cawan gula pasir yang dimesin
2 cawan planta
2 biji kuning telur

Semua di atas digaul rata.
Kemudian masuk lah bahan tambahan biskut.
Contoh, nak biskut badam, boh secawan badam. Nak  biskut kacang, boh secawan kacang yang diblender. Nak kelapa, boh biskut kelapa. Haha.

Kalau nak biskut coklat pulak, letak lah coklat ikut banyak mana nak.

Setelah masuk bahan tambahan, gaul adunan tadi dengan tepung gandum ikut lembut mana nak. Kemudian bentukkan ikut suka hati nak bentuk apa. Bakar dan siap!

Easy breezy mudah kan!

Ok. Dah lah. Di lain masa kalau rajin kita bersua lagi ye.

p/s: sejak dah ada anak dua ni, mood update  blog tah ke mana-mana. 

Ahad, 21 Julai 2013

Selamat berpuasa uols ;)


Hi uols!
Selamat berpuasa ye.
Semoga amalan puasa kita pada tahun ini diterimaNya =)






Sekarang ni rajin berinstagram jo lah.
Sebab tu pun yang paling senangnye pun nak buat.
Snap, tulis caption,post.

Nah tulis blog tak cukup tangan lak sebab ada dua assistant dah sekarang ni nak handle. Haha.

Kalo korang ada IG meh add i meh:
cikaincantik
;)

Boleh 



Selasa, 18 Jun 2013

Majlis Cukur Jambul Iman Reezqy.

Tarikh: 25 Mei 2013 (Sabtu)
Masa: Lepas Isyak
Tempat: Petaling Jaya, Selangor

Firstly, kalau lah Iman Reezqy terbaca posting ni bila dah besar nanti, haha, Mummy minta maaflah awal-awal kalau awak terasa ke hapa ke bilamana majlis awak tak segah majlis kakak Iman dulu. Bukan niat Mummy nak membeza-bezakan anak, tapi untuk pengetahuan Reezqy, majlis-majlis ni semua Nenek-nenek awak yang rancang dan Mummy sebagai anak yang patuh mengikut ajalah. =)

Lagipun, sebagai anak lelaki, Mummy tahu, Reezqy pun takde kisah apanya kan kan tentang majlis-majlis macam ni hatta mahu berkecil hati. Majlis-majlis gini kalau perempuan sesuai lah kan nak kan disambut besar-besar sebab banyak bunga yang nak diletak nanti. Sebagai lelaki, majlis simple-simple saja sudah memadai. Lelaki kan simple je kan nak kan kan kan?

Ok, dah. Habis tentang minta maap kat Reezqy.

Now, sambung cerita ni balik, masa I dalam pantang, hari ke 26, mak I suruh buat akikah dan majlis cukur jambul sebab makcik I dah panggil orang marhaban di majlis perkahwinan anak dia. See Reezqy, ini semua nenek-nenek awak yang punya kerja! Oleh itu, kami hanya mengikut ajalah tapi yang akikah tu I dan suami hold dulu atas kekangan bajet yang tak berapa nak ado. Proceed je lah dengan majlis cukur jambul.

Dalam-dalam pantang tu juga la, I bergegas la mencari bunga telur, sediakan goodies bag apa yang patut demi  majlis anak bujang nan sorang itu. Haha. Bukan tak boleh suruh orang belikan or suami ke pergi cari, tapi I ni kang kalau tak kene dek mata I, ada yang sebulan tak bertegur sapa kang. Oleh itu, demi menjamin keharmonian sendiri, biarlah I langgar pantang demi memenuhi kehendak hati.


Benda yang perlu ada untuk majlis cukur jambul. Bunga rampai yang I buat pun ado tu ha.

Yang diraikan, si pengantin kenit.


Us, the family dalam gelombang biru. Haha. Pakai baju raya tahun lepas je uols. Tak nak haku deh tempah-tempah baju. Kang sape nak pakai baju besar-besar tu bila I dah kurus?;p Si kakak tu tak nak duduk diam bila dah nampak sepupu sepapat dia. Menangis bila suruh duduk nak bergambo.

Gambo pengantin lagi.

Majlis dia kan, haruslah tepek gambo dia yang lebih. Sepanjang majlis, Reezqy tidur sajo.

Family potrait. Time ni Reezqy tak tukar baju lagi sebab baju dia tengah di iron.

Si pembuai a.k.a pembuli adiknya.  Kakak pakai baju raya tahun lepas yang dah senteng menteng .

With my two little 'anugerah Allah'. =,)

Lastly, dengan si jantung hati pulekkk.

Alhamdulillah, dengan tak ready tak ready pun majlis dapat dilaksanakan. Big thanks to makcik dan ibu sebab buatkan majlis ni. To mama juga sebab buatkan pelamin comel Reezqy.  Dan, tak lupa juga thank you so much kepada Mak Mertua sebab tolong rebuskan telur for goodies bag. Love uols semua lah mak-mak I yang ramai tu.

Eh, to Arif Daniyal too, Iman Reezqy cakap terima kasih sebab bagi pinjam baju Melayu yang nenek jahit tahun lepas tu.

=)

Isnin, 17 Jun 2013

Kapucino sedap yang menghiasi hari-hari indah berpantang.

Haha. Tajuk mengalahkan orang bercinta. Siap hari-hari indah kan main. Padahal nak cerita tentang kapucino yang I minum time berpantang je.

Dulu kan, i pernah cuba masuk giveway dengan harapan dapat menang hadiah kopi Haida Kamaruzaman Cappucino Collagen (HKCC) untuk stok berpantang. Dan, Alhamdulillah, i berjaya dalam giveway tu. Terus dapat tajaan HKCC time berpantang =)

Happy kan main time menang ni. Bukan apa, sebab i tau, time berpantang nanti, air yang i akan hadap hanyalah susu, milo dan horlicks je. So, dengan adanya HKCC ni, adalah sikit variety air I. Dah lah nak kena hadap air panas ko, so kene pelbagaikan lah supaya tak muak jemu segala.

Mula-mula I cuba je dulu sepeket. Yelar, mana tahu kot-kot badan tak serasi dan tak boleh terima kan. Tapi I takde masalah apa pun minum HKCC ni ketika dalam pantang. Susu ok, anak pun ok bila minum kopi ni. Ada juga yang tanya, ok ke berpantang minum kopi ni? Apa yang I boleh jawab, cuba dulu then tengok serasi ke tak. Yelar, badan lain-lain kan, penerimaan pun lain-lain juga. Kopi ni pun dibuat dari bahan-bahan yang memang diguna oleh perempuan berpantang, so I rasa memang takda masalah lah kalau I minum.


Rasa kopi ni memang sedap. Time minum, kalau boleh, nak minum tiga paket sehari. Haha.  Tapi disebabkan ada air-air lain yang nak kena diminum juga, memadai lah i minum kopi ni sekali/dua kali sehari ketika berpantang.

Apa yang I perasan, bila minum kopi ni, memang tak terasa lapar sangat. Dapat lah I bertahan dari nak mengunyah je. Yelar, dah la I control makan nasi sesenduk sehari je time berpantang, lepas tu breastfeed pula, maunye tak rasa lapar. Tapi dengan minum kopi ni, rasa lapar I jadi kurang. Jadi kurang ye, bukan takde langsung rasa lapar. Mungkin kopi ni juga adalah faktor yang berjaya bantu berat I turun sebab 1st pregnancy dulu, I tak ambil kopi ni pun, dan tak dapat langsung pun berat asal sebelum pregnant.

So, kalau uols nak cuba, pi la beli kopi ni kat Cik Ummi:

Cik Ummi
016-6603741
(call @ sms @ whats app @ viber @ wechat)

email: nuqmans@gmail.com

Untuk bulan Jun ni juga, ada promosi RM100 untuk 3 kotak kopi HKCC ni.

Kot la malu nak call Cik Ummi tu, meh submit order kat I, nanti I kabo kan order uols pada Cik Ummi ye.

Rabu, 12 Jun 2013

44 hari sukses!

Alhamdulillah, hari ni genap 44 hari I berpantang.
Kehkehkeh. Ambil syarat je nye pun 44 hari tu. I sebenarnya berpantang betul, sebulan je. Balance dua minggu tu dah tak berapa pantang dah, tapi makan I tetap jaga, ais tak usik, mandi tetap air panas dan apa yang perlu dipantangkan, tetap dipantangkan lah. 

Pencapaian I selama berpantang 44 hari ni:

1. Berpantang.
I enjoy time berpantang kali ini. Tak terasa boring ke hapa. Maunye nak rasa boring bila kau dah ada anak dua orang dan kau tak cukup nafas nak menghandle mereka. Haha. Takde masa ok nak boring-boring. Lagi-lagi pula dapat tugasan mendeco hantaran time berpantang kannnnn, lagi lah kau lupa yang kau tu ada jahit 20 nak dijaga.

Selama berpantang yang kedua ni pun, segala mak nenek lauk berpantang ibu I masak, I makan bersahaja je. Enjoy kan, so tak perlu fikir apa lah. Suap telan makan dan berak sudah! Haha. Minggu ketiga berpantang I lari ke rumah Mertua dah sebab taknak tambahkan susah Ibu I yang busy nak tolong majlis kahwin makcik lagi, nak jaga I tiga beranak lagi dengan nenek I yang tak sihat semua tu so I beralah lah dah lari ke rumah Mak Mertua seminggu. Selebihnya, I duduk di rumah sendiri.


2. Berat badan.
Alhamdulillah, I berjaya dapat berat asal sebelum pregnant haritu balik. Dari 87 ke 69kg. Ok  dah I rasa tapi husband dok bising lagi suruh dapatkan berat time anak dara lak iaitu 54 kg.  Bubuh penampaq sekali kang! Kan mainnnnnn senang cakap. Bak lah RM10k. Tak yah cakap banyak senang lenang je I turunkan ke 50kg yang oiii dengan pi London Management. Haha. Ni pun penat control makan nasi sesenduk je setiap hari sepanjang berpantang. Kalau lapar dok pulun lah minum susu makan beskot sebab nak bagi ada susu dan pada masa yang sama nak kurus bagi hati laki senang jugekk. Apapun, puasa nanti, I rasa akan turun lagi berat I tu kot. Merasa lah iols pakai peplum uols. Ark ark ark.


3. Time Management.
Setakat 44 hari ni juga, hidup I makin terurus dah.  Dah boleh urus masa untuk masak, buat kerja rumah, handle anak. Biasanya, lepas Subuh, I tak tidur dah. Time ni lah nak buat segala kerja rumah, basuh baju, masak lauk tenghari, mandi, mandi kakak, online semua. Sebab lepas 10 ke atas, bila Reezqy dah bangun memang kena belek dia aje lah. Then petang, bila suami balik kerja, baru boleh masak dinner lak. Malamnya, pukul 9 ke atas baru boleh rehat. Time ni masa untuk tengok TV, online kalau rajin, solat berjemaah kalau nak or dalam kata lain, time ni lah masa untuk si suami. Haha.

I tak sangka bila beranak dua ni, dia punya penangan penat tu kan main oiii lah hai. Sampai husband pun terkeluar statement, dok ofis lagi senang tak penat macam ni. Haha. Kan main ko ye suami! Mula-mula balik rumah sendiri haritu, rasa nak menangis pun ada. Bukan penat apa pun, cuma penat nak menghandle si kakak yang start dari hari pertama adik dia balik, dia dah jadi attention seeker. Tu je. Lepas tu paling penat bila kena handle dua-dua serentak. Contoh, adik nak susu, time tu juga kakak pun melalak nak susu. Memang tarik nafas panjang lah Mummy ko ni. Siap tak tahan sabar, memang selepek lah kakak kena juga bila pujuk pun tak jalan. Dah tentu yang kene lepek mestilah yang tua. ;p

Masuk kerja nanti, I kena tukar lain lah pulak rutin yang sekarang ni.


4. Breastfeed journey.
Tuhan, dia tak bagi semuanya mudah. Kalau semua nye senang, nanti manusia ni lupa daratan lak kan? Gitu jugalah dengan I. Bahagian bersalin I dipermudahkan tapi time BF baby, dia punya dugaan memang buat I nangis. Time bersalin pun tak nangis macam ni tahu. Tapi Alhamdulillah, berkat tak putus asa, moral support dari suami, famili dan kawan-kawan, usaha yang tak pernah jemu dan sentiasa positif, genap sebulan je, usaha I dah menampakkan hasil. =,) Happy tak terkata time tu.


5. Lain-lain.

  • Semalam I cuba puasa, Alhamdulillah berjaya. Tapi suffering jugalah sebab bila BF, haus dia kan main lagi time puasa walaupun tak buat kerja sangat pun duduk kat rumah je.
  • Khamis ni Iman Reezqy ada appointment dengan pakar. Hmmmm, harap-harap semuanya ok jelah.