;)
Ingat lagi I tak? Haha.
Bajet retissss sangat lah kan nak orang ingat-ingat kau!
Eh, dah hujung puasa dah kan.
Eh, I dah masuk kerja cuti tiga bulan habis dah kan.
Eh, lagi 6 hari je dah nak raya.
*senyum lebar-lebar*
Dah, tak payah cerita panjang.
Dan usah ditanyalah kenapa I lama mengeram.
Meh kita story pasal kuih raya je. Kan dah nak raya, haruslah ada kuih raya. Tahun ni I ada 10 jenis kuih raya tau buatan tangan sendiri.
Disebabkan I cuti 3 bulan, MIL telah mengambil kesempatan untuk mengajak I buat kuih raya sebab dah 2 tahun dah dia simpan keinginan nak buat kuih raya tapi takde siapa nak tolong. So, ni lah antara kuih raya yang dah siap.
Tat Nenas |
Biskut kacang mazola tapi bentuk bunga. |
Biskut kelapa nak sebatang. |
Kuih makmur aman dan tenteram. Haha. |
Biskut coklat potong empat segi. |
Cornflakes madu kegemaran suami dan anak buahnya. |
Biskut badam berendam. |
Samperit sembelit. |
Lagi dua, kuih popia nestum which is kuih my expertise tu. Kahkahkah. Dan lagi satu kuih gunting. So, total kuih raya I tahun ni adalah 10 je. Order ada satu je, almond london.
Resipi biskut raya MIL I senang sangat tak payah main sukat-sukat. I beriya lah mencari resipi sebab SIL suruh. Tapi bila sampai time, tengok MIL bancuh main campak-campak je dan yang penting biskut dia menjadi.
Sifir biskut MIL:
1 cawan gula pasir yang dimesin
2 cawan planta
2 biji kuning telur
Semua di atas digaul rata.
Kemudian masuk lah bahan tambahan biskut.
Contoh, nak biskut badam, boh secawan badam. Nak biskut kacang, boh secawan kacang yang diblender. Nak kelapa, boh biskut kelapa. Haha.
Kalau nak biskut coklat pulak, letak lah coklat ikut banyak mana nak.
Setelah masuk bahan tambahan, gaul adunan tadi dengan tepung gandum ikut lembut mana nak. Kemudian bentukkan ikut suka hati nak bentuk apa. Bakar dan siap!
Easy breezy mudah kan!
Ok. Dah lah. Di lain masa kalau rajin kita bersua lagi ye.
p/s: sejak dah ada anak dua ni, mood update blog tah ke mana-mana.
bestnya dapat buat sendiri...
BalasPadamkira semua sukalah...
Salam Ramadhan...
BalasPadamSinggah pagi... :)
wah!rajin nyer...
tak payah guna tepung ke sifir tu???
BalasPadamada la tepung. cuba ko baca betul2 sampai habis sifir tu.
Padammacam xjumpa perkataan tepung jer dlm sifir tu. tang mana dak pink nampak?
Padamla hai..baca btl2..kn die ade tukis letak tepung gndum ikut lembut mana nk..xbaca abis ea.
PadamKalau tak jumpa tepung...tak lama dah tu...dua jumaat lagi...hihihi...
Padamtak baik megata orang
PadamMcm syok jer...nk try laa...
PadamMcm best jer..nk try laa..
PadamSetelah masuk bahan tambahan, gaul adunan tadi dengan tepung gandum ikut lembut mana nak. Kemudian bentukkan ikut suka hati nak bentuk apa. Bakar dan siap!
Padamkemain nama sekut dia xnak kalahhh. kahkah
BalasPadamterliur aku tgk kuih raya ko babe..... selamat hari raya uols..
BalasPadamkak ain, yg cornflakes madu tue nak bakar bper lama dalam oven??
BalasPadam-jannah-
Bakar dalam 10 minit gitu kot. Akak main agak-agak je. Janji jangan sampai rentung.
Padambanyak giler kuih akak haha
BalasPadam-gajahputihpink
oklln tu miss,x ya pkai tmbg2 segala
BalasPadamSays akan cuba
BalasPadamhahaha.....sempoi gila. sesuai utk diriku yg byk sifat MMMMM ni :). tq...
BalasPadamSENANGNYA.........NAK CUBA LAH
BalasPadamhmm.. bg la anggaran tepung. org y x pnah buat mmg x tau nk anggar lgsg... T_T
BalasPadamTepun tu memang takde anggaran awak. Masukkan sampai adunan tak melekat dan ikut lembut mana kita nak adunan tu.
Padamtak payah campur dgn baking powder or soda bikarbonat ke ? kalau buat tart gulung tu ada tak kena masukkan tepung kastard ..
BalasPadamMemang tak campur baking powder atau soda bikabonat sbb taknak biskut kembang setaman. Untuk samperit je campur tepung jagung sikit sbb nak bagi rangup.
PadamTart gulung pun mmg tak campur tepung kastad.
biskut coklat potong empt sgi tu,nk bg coklat rise melekat letak apa ya sis...
BalasPadamSapu kuning telur lepas tu tabur chocolate rice
PadamTerbaik la mil awk..kalah mastercheff,hihi
BalasPadam..terima kasih kak ..mmg saya nak sangat buat biskut mcm ni..
BalasPadamJom singgah blog saya pula..:-)
Arcabeuty.blogspot.com
Sy dh try gn sifir mil sis..mmg sng n yg penting sedap..slalu klu nk buat biskut mst kecah dapur sbb byk bnd kn kluarkn, dgn penimbang la,sgl mcm tepung bagai..td buat pn skjp sgt,dh siap..hihi .tq sis
BalasPadamAlhamdulillah Dik kalau resipi tu membantu ;)
PadamNak tanya berapa suhu & minit tuk bakar samperit ngan tart gulung tu ye?
BalasPadamSis nak tanya, kalo semperit kan, bapa bnyak tepung jagung nak guna ek??sbb macm nk try sifir ni laa.. nmpak mudah.
BalasPadamsifir tu maksudnya boleh digunakan untuk buat bermacam-macam jenis biskut kan? bestnya ringkas senang nak ajar orang tolong buat. buat sendiri depan tv time anak tido pun boleh. thanks.
BalasPadamTerbaiklah!!
BalasPadamOuhh..mudah nya buat biskut ni..tpi ada yang susah sikit..hahah..sya klau rya semua buat sendri..
BalasPadamSifir tu nk bakar berape lame ?
BalasPadamSifir tu nk bakar berape lame ?
BalasPadamMmg mudah sgt ye. Tgh baking ikut suka Suki jugak
BalasPadamWow bestnyee
BalasPadamrasanya 3 tahun lepas saya dah cuba sifir ni. memang meriah kuih raya.. sesuai utk mak2 yang bz. tq sis..
BalasPadam