Rabu, 31 Julai 2013

Resipi biskut raya mudah lelap mata pun boleh buat!

Salam Ramadhan semua.
;)
Ingat lagi I tak? Haha.
Bajet retissss sangat lah kan nak orang ingat-ingat kau!

Eh, dah hujung puasa dah kan.
Eh, I dah masuk kerja cuti tiga  bulan habis dah kan.
Eh, lagi 6 hari je dah nak raya.
*senyum lebar-lebar*

Dah, tak payah cerita panjang.
Dan usah ditanyalah kenapa I lama mengeram.
Meh kita story pasal kuih raya je. Kan dah nak raya, haruslah ada kuih raya. Tahun ni I ada 10 jenis kuih raya tau buatan tangan sendiri.

Disebabkan I cuti 3 bulan, MIL telah mengambil kesempatan untuk mengajak I buat kuih raya sebab dah 2 tahun dah dia simpan keinginan nak buat kuih raya tapi takde siapa nak tolong. So, ni lah antara kuih raya yang dah siap.

Tat Nenas

Biskut kacang mazola tapi bentuk bunga.

Biskut kelapa nak sebatang.

Kuih makmur aman dan tenteram. Haha.

Biskut coklat potong empat segi.

Cornflakes madu kegemaran suami dan anak buahnya.

Biskut badam berendam.

Samperit sembelit.

 Lagi dua, kuih popia nestum which is kuih my expertise tu. Kahkahkah. Dan lagi satu kuih gunting. So, total kuih raya I tahun ni adalah 10 je. Order ada satu je, almond london.

Resipi biskut raya MIL I senang sangat tak payah main sukat-sukat. I beriya lah mencari resipi sebab SIL suruh. Tapi bila sampai time, tengok MIL bancuh main campak-campak je dan yang penting biskut dia menjadi.

Sifir biskut MIL:

1 cawan gula pasir yang dimesin
2 cawan planta
2 biji kuning telur

Semua di atas digaul rata.
Kemudian masuk lah bahan tambahan biskut.
Contoh, nak biskut badam, boh secawan badam. Nak  biskut kacang, boh secawan kacang yang diblender. Nak kelapa, boh biskut kelapa. Haha.

Kalau nak biskut coklat pulak, letak lah coklat ikut banyak mana nak.

Setelah masuk bahan tambahan, gaul adunan tadi dengan tepung gandum ikut lembut mana nak. Kemudian bentukkan ikut suka hati nak bentuk apa. Bakar dan siap!

Easy breezy mudah kan!

Ok. Dah lah. Di lain masa kalau rajin kita bersua lagi ye.

p/s: sejak dah ada anak dua ni, mood update  blog tah ke mana-mana. 

40 ulasan:

  1. bestnya dapat buat sendiri...
    kira semua sukalah...

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan...
    Singgah pagi... :)
    wah!rajin nyer...

    BalasPadam
  3. tak payah guna tepung ke sifir tu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada la tepung. cuba ko baca betul2 sampai habis sifir tu.

      Padam
    2. macam xjumpa perkataan tepung jer dlm sifir tu. tang mana dak pink nampak?

      Padam
    3. la hai..baca btl2..kn die ade tukis letak tepung gndum ikut lembut mana nk..xbaca abis ea.

      Padam
    4. Kalau tak jumpa tepung...tak lama dah tu...dua jumaat lagi...hihihi...

      Padam
    5. Mcm syok jer...nk try laa...

      Padam
    6. Mcm best jer..nk try laa..

      Padam
    7. Setelah masuk bahan tambahan, gaul adunan tadi dengan tepung gandum ikut lembut mana nak. Kemudian bentukkan ikut suka hati nak bentuk apa. Bakar dan siap!

      Padam
  4. kemain nama sekut dia xnak kalahhh. kahkah

    BalasPadam
  5. terliur aku tgk kuih raya ko babe..... selamat hari raya uols..

    BalasPadam
  6. kak ain, yg cornflakes madu tue nak bakar bper lama dalam oven??
    -jannah-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakar dalam 10 minit gitu kot. Akak main agak-agak je. Janji jangan sampai rentung.

      Padam
  7. banyak giler kuih akak haha

    -gajahputihpink

    BalasPadam
  8. oklln tu miss,x ya pkai tmbg2 segala

    BalasPadam
  9. Says akan cuba

    BalasPadam
  10. hahaha.....sempoi gila. sesuai utk diriku yg byk sifat MMMMM ni :). tq...

    BalasPadam
  11. SENANGNYA.........NAK CUBA LAH

    BalasPadam
  12. hmm.. bg la anggaran tepung. org y x pnah buat mmg x tau nk anggar lgsg... T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepun tu memang takde anggaran awak. Masukkan sampai adunan tak melekat dan ikut lembut mana kita nak adunan tu.

      Padam
  13. tak payah campur dgn baking powder or soda bikarbonat ke ? kalau buat tart gulung tu ada tak kena masukkan tepung kastard ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak campur baking powder atau soda bikabonat sbb taknak biskut kembang setaman. Untuk samperit je campur tepung jagung sikit sbb nak bagi rangup.

      Tart gulung pun mmg tak campur tepung kastad.

      Padam
  14. biskut coklat potong empt sgi tu,nk bg coklat rise melekat letak apa ya sis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapu kuning telur lepas tu tabur chocolate rice

      Padam
  15. Terbaik la mil awk..kalah mastercheff,hihi

    BalasPadam
  16. ..terima kasih kak ..mmg saya nak sangat buat biskut mcm ni..

    Jom singgah blog saya pula..:-)

    Arcabeuty.blogspot.com

    BalasPadam
  17. Sy dh try gn sifir mil sis..mmg sng n yg penting sedap..slalu klu nk buat biskut mst kecah dapur sbb byk bnd kn kluarkn, dgn penimbang la,sgl mcm tepung bagai..td buat pn skjp sgt,dh siap..hihi .tq sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Dik kalau resipi tu membantu ;)

      Padam
  18. Nak tanya berapa suhu & minit tuk bakar samperit ngan tart gulung tu ye?

    BalasPadam
  19. Sis nak tanya, kalo semperit kan, bapa bnyak tepung jagung nak guna ek??sbb macm nk try sifir ni laa.. nmpak mudah.

    BalasPadam
  20. sifir tu maksudnya boleh digunakan untuk buat bermacam-macam jenis biskut kan? bestnya ringkas senang nak ajar orang tolong buat. buat sendiri depan tv time anak tido pun boleh. thanks.

    BalasPadam
  21. Ouhh..mudah nya buat biskut ni..tpi ada yang susah sikit..hahah..sya klau rya semua buat sendri..

    BalasPadam
  22. Sifir tu nk bakar berape lame ?

    BalasPadam
  23. Sifir tu nk bakar berape lame ?

    BalasPadam
  24. Mmg mudah sgt ye. Tgh baking ikut suka Suki jugak

    BalasPadam
  25. Wow bestnyee

    BalasPadam
  26. rasanya 3 tahun lepas saya dah cuba sifir ni. memang meriah kuih raya.. sesuai utk mak2 yang bz. tq sis..

    BalasPadam