Rabu, 12 Jun 2013

44 hari sukses!

Alhamdulillah, hari ni genap 44 hari I berpantang.
Kehkehkeh. Ambil syarat je nye pun 44 hari tu. I sebenarnya berpantang betul, sebulan je. Balance dua minggu tu dah tak berapa pantang dah, tapi makan I tetap jaga, ais tak usik, mandi tetap air panas dan apa yang perlu dipantangkan, tetap dipantangkan lah. 

Pencapaian I selama berpantang 44 hari ni:

1. Berpantang.
I enjoy time berpantang kali ini. Tak terasa boring ke hapa. Maunye nak rasa boring bila kau dah ada anak dua orang dan kau tak cukup nafas nak menghandle mereka. Haha. Takde masa ok nak boring-boring. Lagi-lagi pula dapat tugasan mendeco hantaran time berpantang kannnnn, lagi lah kau lupa yang kau tu ada jahit 20 nak dijaga.

Selama berpantang yang kedua ni pun, segala mak nenek lauk berpantang ibu I masak, I makan bersahaja je. Enjoy kan, so tak perlu fikir apa lah. Suap telan makan dan berak sudah! Haha. Minggu ketiga berpantang I lari ke rumah Mertua dah sebab taknak tambahkan susah Ibu I yang busy nak tolong majlis kahwin makcik lagi, nak jaga I tiga beranak lagi dengan nenek I yang tak sihat semua tu so I beralah lah dah lari ke rumah Mak Mertua seminggu. Selebihnya, I duduk di rumah sendiri.


2. Berat badan.
Alhamdulillah, I berjaya dapat berat asal sebelum pregnant haritu balik. Dari 87 ke 69kg. Ok  dah I rasa tapi husband dok bising lagi suruh dapatkan berat time anak dara lak iaitu 54 kg.  Bubuh penampaq sekali kang! Kan mainnnnnn senang cakap. Bak lah RM10k. Tak yah cakap banyak senang lenang je I turunkan ke 50kg yang oiii dengan pi London Management. Haha. Ni pun penat control makan nasi sesenduk je setiap hari sepanjang berpantang. Kalau lapar dok pulun lah minum susu makan beskot sebab nak bagi ada susu dan pada masa yang sama nak kurus bagi hati laki senang jugekk. Apapun, puasa nanti, I rasa akan turun lagi berat I tu kot. Merasa lah iols pakai peplum uols. Ark ark ark.


3. Time Management.
Setakat 44 hari ni juga, hidup I makin terurus dah.  Dah boleh urus masa untuk masak, buat kerja rumah, handle anak. Biasanya, lepas Subuh, I tak tidur dah. Time ni lah nak buat segala kerja rumah, basuh baju, masak lauk tenghari, mandi, mandi kakak, online semua. Sebab lepas 10 ke atas, bila Reezqy dah bangun memang kena belek dia aje lah. Then petang, bila suami balik kerja, baru boleh masak dinner lak. Malamnya, pukul 9 ke atas baru boleh rehat. Time ni masa untuk tengok TV, online kalau rajin, solat berjemaah kalau nak or dalam kata lain, time ni lah masa untuk si suami. Haha.

I tak sangka bila beranak dua ni, dia punya penangan penat tu kan main oiii lah hai. Sampai husband pun terkeluar statement, dok ofis lagi senang tak penat macam ni. Haha. Kan main ko ye suami! Mula-mula balik rumah sendiri haritu, rasa nak menangis pun ada. Bukan penat apa pun, cuma penat nak menghandle si kakak yang start dari hari pertama adik dia balik, dia dah jadi attention seeker. Tu je. Lepas tu paling penat bila kena handle dua-dua serentak. Contoh, adik nak susu, time tu juga kakak pun melalak nak susu. Memang tarik nafas panjang lah Mummy ko ni. Siap tak tahan sabar, memang selepek lah kakak kena juga bila pujuk pun tak jalan. Dah tentu yang kene lepek mestilah yang tua. ;p

Masuk kerja nanti, I kena tukar lain lah pulak rutin yang sekarang ni.


4. Breastfeed journey.
Tuhan, dia tak bagi semuanya mudah. Kalau semua nye senang, nanti manusia ni lupa daratan lak kan? Gitu jugalah dengan I. Bahagian bersalin I dipermudahkan tapi time BF baby, dia punya dugaan memang buat I nangis. Time bersalin pun tak nangis macam ni tahu. Tapi Alhamdulillah, berkat tak putus asa, moral support dari suami, famili dan kawan-kawan, usaha yang tak pernah jemu dan sentiasa positif, genap sebulan je, usaha I dah menampakkan hasil. =,) Happy tak terkata time tu.


5. Lain-lain.

  • Semalam I cuba puasa, Alhamdulillah berjaya. Tapi suffering jugalah sebab bila BF, haus dia kan main lagi time puasa walaupun tak buat kerja sangat pun duduk kat rumah je.
  • Khamis ni Iman Reezqy ada appointment dengan pakar. Hmmmm, harap-harap semuanya ok jelah. 



11 ulasan:

  1. kak, teruskan BF tau.. chaiyok2..
    -jannah-

    BalasPadam
  2. Tahniah anda telah menghadapi cabaran selama 44hari dgn jayanya...like =)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. pasni boleh la diet lagi. cakap kat En.Somi tu, 9bulan ambik masa tambah berat, so 9bulan lah bg masa turun berat,. hehe

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. ala-ala ome-ome...baby nie..tahniah ain...itulah ain bukan senang bila anak amsuk dua..tambah2 si kakak nak perhatian..mmg menguji kesabaran...ooo lagi satu selamat menurunkan berat badan...huhuh bukan senang tu...cayok!

    BalasPadam
  6. inshallah lepas dpt ank kecik nih kompem 200% barat akan turun banyak..hhehehe..yer lah banyk keje nak kena buat..keje pun bertambah...;p

    BalasPadam
  7. sila tayang gambar terkini ko, aku nak tgk...tapi aku tau ko mesti menten comel kan nok...

    bertabahlah nok, ada anak kecik mmg cenggitu...dah besar kang, senang sikit la...

    aku suka header ko!!

    BalasPadam
  8. Tahniah ye sis..setel 44 hri brpntg..

    BalasPadam
  9. salam sis, selamat sudah 44 hari kan
    masa ain rasa cm skejap plak 44 hari tu..hihi

    yupp btl bila hjung2 suma dah mls nk pakai
    bengkung, stokin, param pilis bagai..
    sbb tak sabo nk bjalan..hehe

    BalasPadam
  10. congrates la ain..n slamat berpantang...tp kalo bebetul nk journey bf ni terus ke 2 thn try produk shaklee..try la trial bf set dia dulu..in shaa allah..sy bkn pengedar but user n it works....bb sy prem ms lahir 1.54 kg je but now sethn da cm bb normal 8kg..ok la tu..berkat rajin mkn shaklee mungkin..bdn kita sihat n anak pon sihat Alhamdulillah...try la...

    IelaLeyla

    BalasPadam