Khamis, 8 Januari 2026

Papa Zola The Movie with Kiddos

Salam semua,

Dari mula cuti sekolah lagi anak-anak dah ajak pergi tengok movie Papa Zola tu, tapi makpaknya busy, kita hold la dulu. Lepas tu pesan kat adik, kalau nak pergi tengok, kami nak join. Nak bagi cousins ni tengok movie sesama.

Tengok FYP, movie ni pecah panggung. Kutipan berjuta. Yelah, tayang time cuti sekolah kan, confirm tiap hari penuh panggung. Target audience kanak-kanak lak tu, mesti macam anak-anak I juga, hari-hari tanya bila nak tengok Papa Zola.

Feedback dari penonton semua cakap best siap ada yang mengalirkan air mata. So, moh la kita anak-anak dan anak saudara semua.

Wayang kat Nilai ni dah tutup so adik I cadang pi tengok kat My Town, KL. Dia ajak lak pergi naik MRT. Baru la adventure cuti sekolah kata dia. Haha!

I sampai awal kat  Stesyen Sungai Jernih ni dalam pukul 7 macam tu, tengok parking semua penuh. Terus call adik tanya nak parking mana.

Adik gelak je cakap, jangan percaya. Parking board tu gilo! Naik  je ke tingkat 3, situ parking untuk ke MRT.

Booking tiket pukul 9.30 pagi, kenalah kita awal ya. Orang Nilai sampai awal dari orang Semenyih =p

Memang kosong parking kat tingkat 3 tu. Tak banyak kereta pun. Sambil menunggu family adik, kita explore sat Stesyen MRT Sungai Jernih, Kajang ni.

Sambil explore, tiba-tiba mamat baju putih tu tegur suami. Dia minta duit nak isi minyak motor. I tanya husband bagi ke tidak, dia cakap tak! Alahaii, minyak motor je kan, bagi je lah RM5.

Husband cakap, cara dia bercakap pun lalok semacam, mesti mat pet. Kang bagi, dia beli barang.

Nowdays gitulah kan. Kadang kita kesian, tapi bila kesian, takut orang pula ambil kesempatan atau salah guna kebaikan kita. 

Dalam pukul 8 gitu, family adik sampai. Jom la kita!

Lamanya tak naik MRT. Now, dewasa, Malaysian kena top-up di IC untuk tiket. Nanti touch je IC, bila nak masuk. Kanak-kanak boleh beli coin di mesin tiket.


Kami dan family masing-masing.  9.20 sampai My Town. Kodai pun tak buka lagi.

Tengok peta kat mana lokasi GSC.


Yang dua ni, kalau dah jumpa mesti nak duduk sesama.




Happy watching Kiddos!

Memang best ceritanya seperti review yang lalu di FYP. Perjuangan Hero keluarga untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya  memang menyetuh perasaan. Gen Z dan Gen Alpha ni siap nangis ya, so mesej sampai dan hati tersentuh lettew =p

Berkorban tanpa meminta,
Mencintai tanpa berkata,
Terima kasih semua, para pejuang, Hero Keluarga!

Nice je kan quote ending tu. Achikk pun salah seorang yang cry juga. Haha!


Popcorn kebenaran wajib beli. 


Habis wayang, habis airmata, moh la kita lunch! Tadi mengejar waktu nak tengok movie, sarapan pun light je.


My girls 💖



Tak ingat nama kedai ni tapi kami makan stimboat & grill. Puas hati bila tengah lapar dapat makanan gini. Puas makan.

Dah kenyang makan, seret kaki ke stesyen MRT sambil bakar balik kalori. 


Time pergi tak ramai orang dalam MRT, bila balik dah petang, kena berdiri. 



Dah takda seat, kena la abang-abang pangku adik-adik ya. 
 

Selasa, 6 Januari 2026

GCB's annual meeting

Salam,

Nowdays semua sibuk susah nak jumpa my GCB. Lagi-lagi yang dah dilantik jadi Pengarah, lagi busy jadualnya. So, this year, I try juga la setkan siap-siap pertemuan. Book tarikh diorang di kalendar, dan pesan siap-siap, sila bawa 5 hadiah time jumpa nanti. Nak buat gift exchange.

Hari yang ditunggu pun tiba. I block date dan masa je. Tempat diorang cari sendiri! Haha! So kami ke Wawa Cafe, Nilai. Jom, group photo for 2025.

Kafe ni baru buka. I order air suam, sekali nahhhhh, siap teko ia sampai ko! Tanjat acikkkk.



Semua food ok, sedap tapi since kami datang time rehat Jumaat, adik kedai suruh order menu cepat sebab diorang nak tutup kedai jap, nak pergi solat Jumaat. Ini kelako ya! Dah la ada yang belum sampai, so kita call la tanya nak makan apa.


Presentation dia memang A++. Air siap ada deco bunga.



Lepas makan, since adik-adik kedai tu dah pi solat Jumaat, kedai pun takda orang, selesa betul kami buat sesi tukar hadiah. 




Lepas semua food dan air sampai, adik kedai suruh bayar siap-siap. Haha. Gelak besar kami. Takut kami lari la tuuu.

Kami pun pesan suruh kunci kedai sesiap sebab kang orang masuk kami tak tahu nak layan =p


 

Isnin, 5 Januari 2026

Salam Tahun Baru 2026!

Salam semua,

Selamat Tahun baru 2026!

Semoga semua rakan blogger terus diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan rutin tahun 2026 dan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang dilakukan, amin!

This year kami tak pi tengok bunga api pun sebab anak-anak tak nak. Haha! Bukan jenis berjaga lewat malam. Last year pergi tengok bunga api, si adik siap tidur, bangun balik, belum juga pukul 12 malam. So this, year, semua nak tenang-tenang je di rumah di malam tahun baru.


This year juga, husband ajak start balik exercise sebab berat dia dah naik, perut pun dah ke depan. Haha. Day 1/365, ayuhlah kita! Santai-santai briskwalk as a starter.


Happy New year siput! Boleh laju sikit tak jalan tu =p


Healthy breakfast gitu tapi I rasa tak kenyang terus goreng nasi.

Tengahari ajak anak-anak pi cari barang sekolah tapi sebelum tu isi perut dulu kat sini.


Walaupun dah tahun 2026, bujang sorang tu tetap gitu ya. Seboleh-boleh nak menyelit kat makpak. Mana tak kena reject 😂 Dia GAMON sebab awek cakap dia tak matang.


Rakyat Malaysia suka beratur


Beratur sebab nak makan Nippon Sushi Shabuyaki ni la. Tak boleh booking, so kena datang awal kalo nak masuk. Penuh sokmo tempat ni.

I lagi suka Seoul Garden sebab ada udang dan ketam. Tapi tu lah, harga pricey sikit  dari Nippon Sushi ni. 


Fav kakak.


Our first family photo for 2026!
Dah elok melantak tengahari, petang Apaknya ajak lagi briskwalk sebab dia kata dia dah makan banyak. Ayuuuuuhhhh, ke taman baru buka di Nilai kita tuju.


Cinta hati. Moga kita terus bercinta sampai syurga ya, amin. Nak jumpa you je kat syurga. Takmo orang lain =)


Ni yang sebenarnya tujuan nak pi Nippon Shabuyaki ni. I nak makan ice snow dia. Sedap tau yang ni. Flavor Tiramisu.


Tiga ketul The Imans. Amanah pinjaman Allah.
Insha Allah, moga yang baik-baik saja untuk anak-anak Mami di tahun 2026, amin.


Jumaat, 26 Disember 2025

Takda rezeki menang

Salam semua,

Kitanya merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. Alhamdulillah, selesai 3 minggu komitmen dengan kumpulan koir UR. 

Perjalanan yang tak mudah, tetapi Alhamdulillah, dapat pengalaman yang indah, mengenali staf dari jabatan lain, berlatih bersama-sama demi menjayakan pasukan ini.


Moh la simpan kenangan di sini untuk dikenang di masa hadapan. Hello, panggung PUSKEB. Setelah kena sidai oleh JKKNS dengan macam-macam tarikh, akhirnya dapat masuk semula berlatih di panggung ni untuk pertandingan akhir.


Cikgu yang dirindui. Haha. 
Terima kasih cikgu, banyak curahkan ilmu tentang muzik kepada kami. Minta maaf tak dapat bagi MENANG.


Team LHDN yang sama-sama join koir Hari Kebangsaan dulu.


During sound check.


Final moment - siap ada make-up artist. Terima kasih PUSKEB.


Kesayangan semua ni walaupun perangai macam-macam ragam. Terima kasih tetap bersama sehingga ke akhirnya. 


Cikg AO, cikgu ganti bila Cikgu Azizul takdo.


Maghrib dulu, baru final!


Sesi Preview bersama Ketua Jabatan.


Sesi soundcheck. Berdedai jalan kaki ke tempat program.


Satu keluarga turut hadir sama ke sesi latihan.



Thank you adik-adik yang bantu kami bersiap dan make-up kan.


Majlis Bacaan Yasin dan Doa selamat memohon keberkatan dariNya untuk pasukan kami. Namun, tiada perkenanNya. Mungkin ada yang lebih baik lagi rezeki untuk kami selepas ini.


Terima kasih anak-anak kerana memahami passion kami dan sentiasa support. Siap nangis ya makpak tak menang =(


Yang selalu ada. Hmmm, belakang tu orang ketiga =p


Dealova


My remedies for tekak sepanjang persiapan pertandingan.