Rabu, 22 Oktober 2025

First time join Deklamasi Puisi sempena Sambutan Kemerdekaan

Salam,

 Untuk pertama kalinya lagi, sepanjang 42 tahun hidup, haha gelak dulu, kita join pertandingan deklamasi puisi. Peringkat kampeni kita je. 

Dah tua-tua ni pula datangnya keinginan nak try benda baru. Time sekolah atau sambung belajar dulu, takda pula rajin join benda-benda gini. Mungkin dulu busy mencari cinta, takda masa nak cuba. Now, cinta dah depan mata, siap bagi semangat jadi props lagi haha, tu yang semangat nak join =p


Inilah pertandingannya. Kurlasss siap ada poster bagai. Tahniah Urusetia!
Seram nak join sebenarnya sebab kalau ikut dalam gambar tu, ramai otai-otai puisi, wakil kelab debat la time sekolah dulu, emcee tersohor kampeni, emak guru puisi lagi, tapi demi sebuah pengalaman, kita beranikan diri je lah.


I tak menang pun tapi dapat hadiah untuk Busana Kreatif kategori perempuan. 


Penguat semangat dan props tambahan =)



Support system yang selalu ada = USIMIAN Rhapsody! Kita seru, terus datang semuanya.
Thanks for your support, guys!!!


Dah selesai tugas, makan bubur kacang. Kita siap suruh Yan mekapkan sebab Urusetia kata, muka tu kena sedap mata juri memandang. Thanks Yan, sedap mata akak pandang mekap ni. Feeling pengantin baru.


Dah makan bubur kacang, pengantin kena makan mengadap pula. Haha! Dah macam kena kawin paksa dah gambar candid ni. Kerja dak-dak UR la ni!


The ladies a.k.a peserta. I dah cabut dah cucuk sanggul I time ni sebab lepas turn I,  balik office jap ada kerja. Kang terkejut lak orang office tengok I bersanggul bagai.



Ha, nampak tu props kita.


Tiga orang dari jabatan I yang join. 
Yang tengah tu, bos puisi tu. Dia deklasmasi puisi yang dia karang sendiri.



Terima kasih Yan, yang buat peace tu, mekapkan akak dan Popo sebelah Yan, yang menyediakan ruang untuk mekap  =)

Alhamdulillah, untuk semua pengalaman dalam pertandingan ni. Tak mudah ya, dah tua-tua ni nak menghafal 25 rangkap sajak tapi sis cuba juga la! 

Insha Allah, next year kalau ada lagi, kita join sambil perbaiki segala teguran yang juri berikan.



 

Selasa, 21 Oktober 2025

Breakfast at Cameron Highland

Salam,

Selamat menyambut Hari Deepavali pada yang merayakan!
Masih cuti lagi ke tu? Harini kita kerja. Lepas siapkan breakfast untuk kekanak nanti, nak masuk kerja. Lambat-lambat sikit harini sebab takda apa nak kejar. Bos pun jadual dia free, takda apa-apa meeting or program.

Ahad malam haritu cakap ke husband, terasa nak sarapan scone la. Jom pi Cameron Highland (CH) nak tak? Lagipun, dia free hari Isnin. No coaching or ada game bola.

Dia ok je la mengikut, haha.
Pesan kat anak-anak juga, esok tolong bangun awal sebab kita nak gerak ke CH pukul 4.00 pagi.
Alhamdullilah juga, pagi tu MU menang lawan Liverpool, takda la krik krik nau dalam perjalanan. Kot kalah tu, mau tangkup bertaut muka orang tu.


4.30 pagi juga baru gerak dari Nilai. Nak mengejut mandi masing-masing tu payahnya lahai.  Dah siap, sambung tidur balik dalam kereta.

Trafik smooth je pagi tu walaupun haritu cuti Deepavali. Berhenti solat kat Hentian Ulu Bernam, then sambung perjalanan ke CH melalui Tapah.

Ngam sampai di Cameron Valley, 8.35 pagi. Kedai pun buka 8.30, so memang timing cantik je la kami sampai. Parking pun, rezeki, dapat depan kedai terus. Alhamdulillah. Hot tea with scones, yummy! I dah siap-siap tapau kopi untuk diri sendiri =p



Nikmat mana lagi yang nak kau didustakan, Nurain Syazrin? 
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas segala nikmatmu. 

Bestnya dapat makan scone sambil dapat tengok keindahan alam yang menghijau (lantaklah mabuk dalam perjalanan tu, haha). Taip ni pun sambil senyum-senyum lagi sebab seronok. Makan pula sambil ditemani hingaq anak-anak kan, haha, beginilah indahnya hidup berkeluarga. Hingaq-hingaq, berantakan sikit sini sana, tapi tetap senyum sebab dah imune.

Since tak pernah lagi try naik buggy turun ke ladang teh, so jom anak-anak, kita balik kampung Mami. 

Reezqy tak buka  baju sejuk dia sebab tak nak tunjuk tshirt pink. Dah bujang kan, dah pandai pilih nak pakai apo.


Kembas seiras ni. Kuat DNA apak ea. Muka sama. Anak kesayangan Dedi bak kata kakak dan abangnya.


Bunga teh 💓


Tenang aja. Seronok pergi ke sini tapi tu la, jalan nak ke sana tu, bengkang-bengkok tak larat nak hadap.


Syukran shuami kita bawa kita balik kampung.


Tah bunga mana la si kakak ni pi kutip. Tapi lawa!


Ladang teh Cameron Valley ni luas. Peluh juga la berjalan kat bawah tu walaupun cuaca sejuk.


Yang terpaling happy berlari ke sini-sana sampai senget-benget tudung. Semua spot nak bergambar. Tudung pun sampai terbang lah sebab dah tak tentu arah letaknya.


Ohana 💞


Half day at CH, half day more bercinta dengan jammed lekat 😆


Kami tak nak atas pun sebab jammed panjang. Beli strawberry pun yang ada jual kat tepi jalan. Memang naik untuk sarapan dan jalan-jalan di Ladang Teh. 






 

Khamis, 16 Oktober 2025

Penat gaduh dengan GEMINAI

Salam,

Lepas trend gambar AI di ChatGPT, now musim Gemini AI pula. I takdo la beriya nak cuba tapi nak sangat try tudungkan gambar kahwin. Dulu ada juga tanya beberapa photog dan blogger hebat, boleh tak buatkan gambar kahwin I jadi bertudung, tapi takda yang boleh. Try kat chatGPT pun, dia jadi pelik.

So, saje la try buat prompt dan minta ditudungkan. Terhasillah gini. Gambor masih kekal, tapi dikeluarkan pula jambul kat situ.

Kita try lagi bagi arahan, suruh hijab cover forehead nicely. Tergelak I tengok, jadi gini. Astagaaaaa.


Adjust lagi prompt supaya AI dapat faham kehendak I. Alhamdulillah, menjadi tapi style muncung tudung tu kitonyo tak berkenan.

Akhirnya setelah adjust prompt berkali-kali, ok la result yang last ni. Nampak jendul tu bior je lah. Dah malas nak fikir. Haha.

Senyum happy je kita tengok gambo fav time kahwin ni dah bertudung. =)


 

Selasa, 14 Oktober 2025

Reshuffle jabatan: Bye Kak Emma!

Salam,

Reshuffle jabatan adalah perkara biasa dalam dunia kerjaan gomen atau badan berkanun. Kalau organisasi besar, biasa akan bertukar negeri atau kawasan. Macam kami, pertukaran atau reshuffle berlaku di peringkat jabatan je.

Walaupun berlaku di peringkat jabatan, tetaplah sedih  sebab bila bertukar ni, environment kerja tu dah lain ya. Kalau dulu dapat duduk semeja sarapan, now dah di pejabat lain. Nak berjumpa pun kadang-kadang je, kalau ada program company.

I sendiri pun rasanya dah 4 ke 5 kali bertukar jabatan. Jabatan paling lama setakat ni yang I ditempatkan adalah Fakulti, selama 9 tahun.

So tengah tahun haritu, one of my officemate kene reshuffle, yang baju pink tu, Emma. Tak silap I, dia di jabatan kami ni dah 13 tahun dah. So, namanya naik untuk pertukaran jabatan.

Bila bertukar jabatan ni, ada yang jenis berlapang dada, menerima segalanya dengan redha. Haha! Ada yang  jenis suka bertukar jabatan, cukup je 3 ke 4 tahun, dia buat surat mohon tukar. Ada yang terpaksa tukar sebab, ada jenis bos, bila dia bertukar, dia suka bawa staf dia sekali. Ada yang selesa, siap berdrama air mata tak nak tukar. Begitulah ragam masing-masing.

Oleh kerana kami tak nak buat majlis dia di office (team admin je) nanti sedih, kami plan keluar healing satu hari spent time together. Semua sebulat suara setuju, ke IOI Putrajaya dan makan SUKIYA.


Ayuh, semua!


Sempat scroll tiktok cari info macam mana nak makan, nak buat sos sambil beratur.


Tengok balik gambar lama ni, haishhh bila nak repeat ladies?

Garlic rice dia sedap

Lepas makan di SUKIYA, kami jalan-jalan di IOI. Singgah di booth Elianto, siap dapat teh ais. Depa borang make-up dan body mist.

Sebelum balik, ajak semua singgah Kenny Hills Baker. Sambut la sekali birthday yang dah lepas dan yang akan datang.


Tengok ni pun craving juga. Sedapnyaaaaaaaaaa.


Happy faces dapat desserts. Sedap!

Then, hari yang di nanti pun tiba. Walaupun kata tak nak buat majlis, tetaplah demi jabatan, kena juga uruskan. Haha.

Majlis perpisahan tapi food tetap meriah. Begitulah kami, dengan makanan berpisah tiada.


Team Admin, bergambar kenangan dengan yang nak keluar dan yang akan mengganti.
All the best Kak Emma, welcome Kak Sila (baju purple).

Time salam-salam, siap bisik, sorry juga untuk yang dulu-dulu ya Emma #ytjt 🙈


 

Rabu, 8 Oktober 2025

Bila Rindu Bertandang: Kuih Abok-abok

Salam,

Sempat buat R&D pagi tadi. Haha.
Lama dah teringin nak makan kuih abok-abok ni. Arwah Nenek dengan Arwah Ibu selalu buat dulu. Asyiklah cari resipinya kat Tiktok. Buatnya  tak juga.

Haritu ada kawan bawa time potluck tapi sempat rasa satu je. Lepas tu terkenang-kenang lagi kuihnya.

Sebab dah terkenang-kenang, malam tadi, rendam siap-siap sagu mata ikan, then layur kan daun pisang atas dapur gas dan potong siap-siap saiz yang nak guna.



Berkuntau la kat dapur pagi tadi seawal 4.30 pagi.
Alhamdulillah, bila siap, cantik kejadiannya. Cuma kena tambahkan lagi kot kukus 2-3 minit nak bagi lembut sikit sagu tu. 

Sedap. Sambil makan sambil terkenang momen-momen dengan arwah Ibu =)

Bahan tak banyak pun untuk kuih ni tapi preparation tu yang renyah sikit sebab pakai daun pisang kan. Boleh je nak pakai bekas tapi tak feel kuih lama-lama lah. Lagipun, guna daun pisang, naikkan aroma kuih ni. Ala, nak explain pun tak reti tapi bila guna daun pisang, memang tambah sedap lah kuih ni.


Resipi Kuih Abok-abok ikut suka hati I

Bahan-bahan:
1 cawan sagu mata ikan (direndam semalam)
1/2 cawan kelapa parut
2 keping gula nisse (sagat/hiris halus macam serbuk)
Sedikit garam
Daun pisang yang telah dilayur untuk bungkus kuih.

Cara-cara:
1. Gaulkan rata sagu mata ikan dengan kelapa parut dan masukkan sedikit garam.
2. Buatkan daun pisang bentuk kon, masukkan sesudu sagu, cucuk-cucuk dengan chopstick bagi sagu ke hujung kon.
3. Masukkan setengah sudu gula besar nisse (suka manis boh lebih lagi)
4. Tutup permukaan gula nisse dengan sagu semula.
5. Bungkus kemas daun pisang. Pandai-pandai lah lipat.
6. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
7. Siappp!