Selasa, 6 Januari 2015

Iman Reezqy ke taska.

Dua tiga hari ni, kalau pandang si Reezqy mesti dalam hati akan berkata-kata,

Macam manalah ko nanti dik nak urus diri kat taska?
Siapalah nak tepuk-tepuk ko dik nak bagi tidur?
Siapalah nak melayan rajuk kau, nangis kau dik?
Alahaiii, kesiannya lahai anak Mummy ni
..

Tapi bila difikirkan balik Tips nak nganto anak ke taska I tu, tambah pula tengok kakak elok je sampai sekarang, maka kita buat hati kering je lah hantar Reezqy ke taska.

5 Januari 2015, dengan rasminya Iman Reezqy pergi taska. Bujang dah anak Mummy sebab dah kena berdikari ;p

Dua tiga hari dah bisik kat dia, nanti adik pergi taska ya. Dia jawab ha je. Ni pagi semalam lepas siap, cakap kat dia lagi, adik tinggal dengan kakak ye kat taska nanti. Dia senyum je lah sambil layan lagu kat tab.

Isnin, 5 Januari 2015

Tips menjadi Sukarelawan.

Untuk panduan bersama.

Terharu mendengar teman-teman berusaha keras membantu mangsa banjir. Tidak dinafikan sangat ramai yang ingin turun padang. Ada pelbagai orang yang turun ke padang walaupun mungkin semua berniat baik.

Tolong hindari:

i. mereka yang ingin meninjau dan melapor dalam sosial media dan jarijemarinya tidak lekang dari smart phone.
ii. mereka yang hanya bercakap dan menganggap dirinya amat penting membuat penyelarasan untuk memberi laporan kepada YB agar dapat pujian politik. Sebaiknya, jadilah kalangan mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Masyarakat kita tidak seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan bantuan sedangkan kita lebih mengikut cara sendiri dan sering timbul kecelaruan. Kita akan bertemu dengan pelbagai situasi yang tidak menyenangkan.

Pengalaman bertahun-tahun mengetuai misi membantu mangsa banjir CENSERVE setiap kali berlaku musibah, membuat saya terasa ingin berkongsi sedikit tips dengan mereka yang baru mencuba:

i. Sebelum pergi, solatlah dua rakaat, bersihkan hati, berdoa agar diberi petunjuk dan hikmah dari Allah agar apa yang bakal dilakukan dapat memberi manfaat kepada mangsa.

ii. Usah pergi sekiranya ia lebih menyusahkan dari membantu

Sabtu, 3 Januari 2015

Realiti suami isteri.

 Ye ke dak ni?

Untuk yang menghadap hari-hari, tambah pula anak dah dua, I akui memang ye.
Belum lepas fasa 5 tahun pun lagi dah,

Yang, I handsome tak?
Awak dah kenapa? Nak kahwin lagi satu ke! *menyinga
Kahkahkah.

Eh, tapi bila berjauhan macam sekarang ni sebab suami join misi cuci cuci lepas banjir, kan main merindu lak haa sampai update blog. 
Dear Suami, moga selamat pergi dan selamat kembali ye. Kita tunggu awak tau ;)


Apapun, salam Maulidur Rasul semua.
Kenapalah kan Maulidur Rasul tak jatuh pada hari Ahad? Kalau tak boleh terus cuti sampai Isnin? 
=)






Jumaat, 2 Januari 2015

Hai 2015!


Salam 2015 semua.
Semoga semuanya bersemangat untuk menghadap tahun baru masihi dengan semangat dan azam baru.

Hari pertama 2015 tahun ini, pagi-pagi lagi I dah kena marah dengan Ibu sebab dari malamnya ibu telefon, tapi tak berjawab. Telefon Azreen lak takde bateri dan tak cas.

Maaflah ibu, bukan tak mahu menjawab panggilan, tapi anakmu ini berjuang melawan kesakitan ibu! Kita is sakit perut T___T Bila ditanya kenapa sakit perut, I hanya mampu menjawab makan asam jeruk walhal, gigih taknak makan nasi sebab mahu kurus kononnya. Tolong lah Nurain, kau tu dan nasi berpisah tiada, lagi mahu menyiksa diri, maka, mendapatlah kau kan!

Berbalik kepada panggilan dari Ibu, satu  berita sedih yang diterima. Kakak saudara I meninggal dunia pada 31 Disember selepas Maghrib. Ibu cerita,

Jenazah dia Kak Long, senangnya nak diuruskan, lembut, wangi. Mudah segala urusan dari dikapankan, hingga dikebumikan. Orang takde dosa kan, mudah aja segalanya.

T______T

Alhamdulillah, Allah permudahkan pengakhiran Along Esah. Alhamdulillah pengakhiran Along Esah juga lancar walaupun di hayatnya dia sakit menahan derita. Semoga Along tenang di sana ya. Tamat sudah derita Along di dunia. Moga Along ditempatkan di kalangan para muslimin dan muslimat.

Teringat lagi di waktu buat makan-makan keluarga haritu, masih terbayang lagi di mata ni, pandangan Along Esah dari tingkap rumahnya. Ya Allah, tak sangka sangat. Rupanya, itu adalah pandangan dia yang terakhir untuk kami.

Al-Fatihah untuk arwah Along Esah.
Yang pergi tetap pergi, yang hidup tetap kena teruskan kehidupan.
Moga pengakhiran kita semua nanti juga akan baik-baik seperti Along Esah.

Untuk adik-adik I, ingatlah ya. Tak sempurna seseorang itu, tak semestinya pengakhiran juga tak sempurna. Malah Tuhan janjikan sesuatu yang lebih baik untuk menutup ketaksempurnaan itu. Yang penting, sentiasa bersangka baik, sentiasa berbuat baik dan sentiasa ingat Dia semestinya.

Walaupun permulaan 2015 I agak sedih, doa I, moga 2015 akan terus bersinar untuk lebih banyak lagi kebahagiaan dan kegembiraan.

Hai 2015!
Hai kegembiraan dan kebahagian.
Hai cabaran baru dan cerita baru yang bakal diwarnai ;)



Khamis, 1 Januari 2015

Warna-warni 2014 yang mewangi!


It's a wrap!
Meh kita bungkus 2014.

Terima kasih Tuhan untuk setiap masam, manis, tawar, pahit, masin yang dikurniakan untuk 2014.
Moga kami semua  diberi kekuatan dan cukup bersedia dengan kehadiran tahun 2015 yang lebih mencabar.
Insha Allah, Amin.
;)