Selasa, 21 Januari 2014

Tips hantar anak ke taska


Alhamdulillah, bulan ni masuk bulan ke lima hantar Iman Raneeya ke taska. Dia dah semakin pandai bawa diri, dah boleh ikut aktiviti dan dah tak menangis dah. Siap hari cuti pun dia tanya, bila nak pergi taska. Haha. Lagi-lagi dah ada uniform kan, siap suruh simpan baju Iman dalam bag, nanti Iman nak pergi taska. Cuma bila cuti lama sikit, mula lah datang penyakit merengek nak pergi office dia tu balik. Tapi tak lama mana lah merengeknya. Jejak je pagar taska, nampak kawan tergedik-gedik panggil Iman, Iman, hilang rengek terus mengelinjang si minah kenit tu balik.

Agak mencabar juga nak menghantar si Iman ni dulu ke taska sebabnya, satu,  lumrah anak sulung, dimanja terlebih then tak independent. Sebab yang kedua, Iman  dijaga oleh saudara iaitu makcik I dan nenek sendiri; orang-orang yang memang dia dah kenal so, bila tengok orang asing tu, dia punya cultural shock siap nangis dalam hati tersedu-sedu sampai dua bulan.

Antara tips yang boleh I kongsi bila nak hantar anak ke taska ni:

1. Survey
Ni semua orang tahu kot. Perkara yang paling asas. Survey lah keadaan taska, cikgu dia macam mana, tanya pendapat kawan-kawan yang ada hantar anak kat taska tu, yuran, makanan, layanan, aktiviti semua tu. Tanya ikut apa yang kita hendaklah. I sendiri, cari yang bayaran ok, lepas tu satu jalan nak ke office. Senang. Tak payah nak pusing-pusing semata nak hantar Iman ke taska. Kalau nak feeling-feeling masuk taska, minta permission buat lawatan dalam taska. Time tu boleh lah tengok tahap kebersihan dan cara budak lain dijaga di taska itu.


2. Hati kering
I ni kalau tak ikut hati kering I, memang bulan kedua dah letak balik Iman kat rumah MIL. Siapa tak nak kau, layanan first class MIL yang 9 jam memang tertumpu kat Iman je. Tapi bila fikir balik yang MIL pun nak kena urus si Reezqy debab tu, so, nak tak nak, korbankan lah perasaan Iman. Haha.

MIL i pun, satu hal juga. Dia siap menangis bila tengok Iman menangis nak pergi taska. Siap dia cakap, tak payahlah hantar dah. Dia boleh jaga dedua. Tak bayar pun takpa. Terus kami jadi serba salah.  Bukan duit soalnya. Kami kesian kudrat MIL yang dah berusia. Tu je. Azreen lagilah tak tentu arah bila mak dah asyik menangis. Siap cakap, neraka dah tempat I ni Yang. Rasa I nak lempang je mamat tu even dia melawak.

Bulan pertama I hantar, serabut jugalah asyiklah terfikir, macam mana lah Iman bawak diri, siapa lah pujuk dia nangis, macam mana lah dia makan, macam manalah Iman nak tidur sebab dia kena di garu-garu dulu badannya kalau nak tidur, berak cikgu basuh tak, cikgu pukul tak Iman kalau asyik menangis, bersih tak Iman mandi, boleh tak Iman bergaul dengan kawan-kawan semua. Haishhh. Hari-hari fikir. Siap kalau ada kereta I nak pergi mengendap. Tapi, fikir je lah, buat tak sebab suami I asyik cakap, nak perfect awak pergi jadi cikgu lah! :p

Hati memang kena kering wehh dalam bab ni. Tak payah layan sangat perasaan yang bukan-bukan tu. Buat bodoh je dan muka kena cool bila anak melalak sambil pangil Mummyyyyyyy time masuk taska tu. Nak berjejes air mata, sila dalam kereta ye Mummy. Haha. Buat pekak je bila Iman menyanyi mendayu-dayu Iman tak nak pergi taska. Jangan dilayan. Fikirkan, ini semua untuk kebaikan Iman juga. 


3. Soal selidik 
Masuk bulan kedua, Iman masih tetap menangis, I ambil pendekatan lain pula. Hari-hari I tanya kenapa Iman tak nak pergi taska. Bila tanya, cikgu pukul ke? Dia geleng. Kawan jahat ke? Dia takde respon. Jawapan yang dia bagi. Taska tak best. Boleh?? Memang lah tak best sebab dalam hati Iman Raneeya yang best playgroud je, main pasir, pi Giant, pi Tesco kennnn. Hari-hari tanya jawapan dia tetap taska tak best so I buat kesimpulan, taska tu takde masalah lah.

Kat FB pun I post juga pasal Iman yang menangis je pergi taska tu, dan macam-macam lah orang komen. Ada yang komen, dia ada fav cikgu kot, cikgu lain dia taknak, suruh cuba tukar taska lain ke, dan macam-macam lagilah. Agaknya, cikgu Taska tu pun ada baca komen-komen kat FB I, terus satu hari tu Pengetua Taska ajak berbincang. First dia suruh cuba hantar Iman half day dulu, lepas lunch hour I ambil. Bagi Iman mesra dulu dengan enviroment taska. Yang kedua, dia suggest cuba tukar Iman kat branch yang lagi satu. Mana tahu kalau Iman serasi sebab kat situ ramai perempuan.Kalau dua-dua tak jalan, boleh lah I kalau nak cuba tukar taska lain.

Alhamdulillah, I pilih cara yang kedua, dan ianya berkesan untuk Iman.


Setakat ni tu jelah tiga tipsnya. Haha. Kalau ada lagi, nanti kita tambah ye.

2 ulasan:

  1. Sangat berguna tips nih....leh Umi Qi cuba bila nak masukkan Qi ke taska 2 tahun lg...sekarang Qi tinggal ngan tok nenek dia...mmg layanan bak raja...tp serius takut nanti besar terlalu manja...so nak x nak kena gak hantar QI ke taska...bg dia pandai bergaul ngan kawan2 dan cikgu

    BalasPadam
  2. Betul2 hati ibu kene kering kalau tak kerja pun xleh jalan. Part kene waspada tu memang betul.. dan yg paling penting kita mintak pd Allah spy dilindungi n disayangi. even kita sendiri pun xdpt jage anak2 sebaik Allah jaga.. :)

    BalasPadam