Macam manalah ko nanti dik nak urus diri kat taska?
Siapalah nak tepuk-tepuk ko dik nak bagi tidur?
Siapalah nak melayan rajuk kau, nangis kau dik?
Alahaiii, kesiannya lahai anak Mummy ni..
Tapi bila difikirkan balik Tips nak nganto anak ke taska I tu, tambah pula tengok kakak elok je sampai sekarang, maka kita buat hati kering je lah hantar Reezqy ke taska.
5 Januari 2015, dengan rasminya Iman Reezqy pergi taska. Bujang dah anak Mummy sebab dah kena berdikari ;p
Kat kakak pun dah pesan siap-siap. Tolong jaga adik. Adik nangis nanti tolong pujuk sama. |
Saja pakaikan adik uniform taska even adik belum kena pakai uniform lagi. Ambil mood ke taska gitu. |
Bila tanya, adik nak g mana? Dia jawab chul (school) |
Sepanjang hari kat office, memang tengok-tengok juga handphone kotlah cikgu ada sms ke whats app ke. Azreen pun sibuk suruh tanya keadaan adik.
Dalam tengahari, baru I tanya. Alhamdulillah cikgu jawab ok. Cuma lepas makan je, dia macam tersedar Mummy takda, dia menangis lah sikit. Tapi sekejap je nangis sebab Kakak Iman tolong pujuk sama.
Lega hati mendengarnya. Harap-harap adik ok jelah ye dik dan dapat sesuaikan diri dengan sebaik mungkin.
Gambar dari cikgu. Nasib ada kakak, dapat bantu adik sesuaikan diri. |
Adik Reezqy dan rakan-rakan di taska. |
Iman Raneeya dan Iman Reezqy,
Maafkan Mummy dan Daddy ye sebab kecil-kecil lagi awak berdua dah kena berdikari.
Semoga Tuhan sentiasa merahmati awak dua beradik, diberi kesihatan yang baik dan saling menyayangi sentiasa.
Terima kasih juga kerana faham dan permudahkan urusan Mummy dan Daddy mencari rezeki.
=)
insyaallah diorang okey...sekejap jer masa berlalu kan...nanti masuk sekolah plak...
BalasPadamTu lah Lyn kena biasakan diri dari sekarang. Besok nak mengadap diorang sekolah senang.
PadamAlahai kak apesal kita sedih sama ni.. Takut lak rasa nk hantar si adik gi taska nnti sebab ni first time ank kita dok pengasuh pastu gi taska..abgnye dulu baby lagi dah hantar taska..
BalasPadamSedih memang sedih rinie tapi kena hadap realiti. =) Good luck to you too ye.
Padamaku pun sedih je hantar baby semalam...mood nak koje masih kelaut....
BalasPadam